Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Thursday, 25 September 2014

Resepi Bubur Gentel

Salam,

Lama tak share resepikan...

Arini tetibe sempat plak menggentel tepung pulut and buat bubur...
Actually bubur ni ade nama die yang sebetulnya...
Tapi makcik lupo plakkkk...
So panggil bubur gentel jer la ek...
Yang penting sedap ditekak!!!!
Sorry lagi sekali sebab buat kali ni memang takde spesific sukatan...
Semua pakai agak-agak jer....



Bahan-bahan :

Tepung pulut
Air
Perisa pandan
Gula melaka
Gula pasir
1 tin jagung cream
Biji sagu (kali ni stok biji sagu plak takde)
Santan
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1. Bancuh tepung pulut dengan air sehingga tidak melekat.
2. Masukkan sedikit perisa pandan dan diuli sebati.
3. Gentel adunan tepung tadi dan dimasukkan ke dalam air yang mendidih
4. Apabila sudah timbul, angkat dan masukkan kedalam bekas berisi air sejuk
5. Masukkan santan, gula melaka, jagung cream dan biji sagu kedalam bekas yang berisi tepung yang telah siap dimasak tadi.
6. Hidupkan api dan masak sehingga biji sagu menjadi jernih sepenuhnya.
7. Tambahkan garam dan gula pasir sesedap rasa.
8. Kemudian boleh la dihidang....


Senangkan.... Selamat mencuba!!!

 

Friday, 20 December 2013

Asam Pedas Tetel

Salam korang...

Harini aku nak sharekan 1 resepi yang diajar oleh nenek mertua ku...

Asam pedas tetel yang menjadi kegemaran En Hubby...

Bahan-bahan untuk masakan nie sebenarnyer aku tak reti nak sebut berapa banyak...

Biasanya main agak-agak jer...




Asam Pedas Tetel



Bahan-bahan :

Daging lembu bahagian tetel (urat)
Bawang merah
Bawang putih
Cili boh
Sedikit rempah kari daging
Kerisik
Air asam jawa
Garam
Gula
Daun limau purut


Cara membuatnya :

  1. Rebus tetel sehingga empuk.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih yang telah diblend bersama cili boh sehingga garing.
  3. Masukkan sedikit rempah kari daging.
  4. Apabila telah naik bau masukkan air asam jawa dan tetel yang sudah direbus bersama air rebusannya sekali
  5. Apabila mendidih, masukkan kerisik dan daun limau purut.
  6. Perasakan dengan garam dan gula..

 

Wednesday, 30 October 2013

Simple Beef Stew

Salam semua...

Harinie alhamdulillah sempat gak aku blik rumah and masakkan dinner for the kids...

Walaupun simple food but the Hafiizans love it...

Nie resepi yang mak aku suka masakkan dari aku kecik lagi...

Semua main campak-campak jer so memang takde exact amount for the bahan-bahan.




Simple Beef Stew


Bahan-bahannya :

*Daging
*Bawang besar
*Bawang putih
*Serai
*Tomato puree
*Sos tiram
*Kicap cair
*Lada hitam
*Garam secukup rasa
*Carrot
*Kentang
Tepung jagung

Cara membuatnya :

Rebus semua bahan bertanda * sehingga daging empuk dan masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Siap untuk dihidang dan boleh dimakan bersama roti atau nasi...


Selamat mencuba...

Monday, 21 October 2013

Smoked Salmon & Spinach Quiche Recipe...

Haaa.. puas dah menikmati gambar quiche aku????

Well semuanya telah selamat masuk perut kami semua...ekekekekeke...

Mulanya takot gak aku nak buat besar camnie sebab takot the Hafiizans taknak makan biler nampak all the spinach dalam the quiche.

Tapi biler aku sebut jer takde langsung rase sayur tue and mostly rase smoked salmon and cheese sahaja terus laju jer diorg makan.

Hamzah malam tu tak makan pon sebab dah tertido. Tapi since ade banyak left-over dinner tue aku simpan dalam fridge.

Bangun pagi terus kelaparan. Bayangkan 1/4 quiche tue Hamzah makan sorang. Then portion untuk daddy and aku punyer pon Hamzah sebat. Balance adik-adik die pon Hamzah habiskan. End up aku rase Hamzah makan almost 1/2 of the quiche.

Nasib ade stock frozen chicken pie dalam freezer so En Hubby breakfast makan chicken pie sebab 1/2 of the quiche habis lenyap pagi tue gak.

Jiom kite tengok recepi quiche yang sebenarnya sangat mudah.

Well aku tak ikut exactly mane-mane recepi sebenarnya. Ikut sedap tekak jer tau!!!

Smoked Salmon & Spinach Quiche 

Bahan-bahannya :

2 keping flexi pastry (aku pakai brand Kawanku)

1 kotak kecil thick cream
100 gram spinach (aku beli new zealand spinach yang dah ready washed)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 pack smoked salmon
1 cawan grated cheddar cheese
1/4 cawan parmesan cheese
5 biji telur
1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara membuatnya :

  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan masukkan daun spinach.
  2. Setelah daun spinach agak masak sedikit padamkan api dan ketepikan.
  3. Di dalam dulang pie masukkan kulit pastry.
  4. Campurkan thick cream dan telur.
  5. Kemudian masukkan spinch tadi, smoked salmon yang telah dicarik sedikit, 1/2 cawan cheddar cheese, 1/4 cawan parmesan cheese dan lada hitam kedalam campuran thick cream dan telur tadi.
  6. Gaul rata semua bahan tadi dan tuang kedalam dulang pie.
  7. Taburkan baki cheddar cheese keatas adunan dan bakar selama 45 minit.
  8. Setelah siap, bolehlah di hidangkan.

Selamat mencuba!!!! 


 
 

Sunday, 22 September 2013

Peach Cobbler Recipe...

Salam korang...

Here is simple dessert yang sempat aku buat lepas waktu lunch tadi...

Peach Cobbler

Bahan-bahannya :

1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu
1/2 cawan gula
3/4 cawan mentega cair
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 tin peach


Cara-caranya :

  1. Campurkan tepung, gula dan serbuk kayu manis.
  2. Masukkan mentega yang telah dicairkan terlebih dahulu.
  3. Gaul sebati semua bahan tadi dan tuangkan susu.
  4. Griskan dulang pembakar atau mangkuk casserole dan susunkan peach di dasarnya.
  5. Tuangkan semua aduanan kedalam dulang pembakar atau mangkuk casserole tadi dan dibakar didalam oven selama 45 minit.
  6. Hidangkan peach cobbler yang telah masak bersama-sama ice cream vanilla...

Selamat mencuba!!!

Wednesday, 28 August 2013

Orange Cake


Salam korang...

Aku baru jer menyiapkan orange cake untuk En Hubby bawak ke jamuan raya office die...

Actually dah few times gak la aku buat orange cake nie sampai aku pon dah lupa mane sumber asal recipe nie since bahan-bahan dan cara membuatnya sangat mudah.

Walaupun esok En Hubby tak dapat menyambut jamuan raya office die esok sebab tetibe diarahkan untuk keluar mesyuarat di luar...Aku tetap buatkan jugak orange cake untuk En Hubby dropkan ke office die esok since die dah janji nak bawak cake for the jamuan.

Orange Cake


Bahan-bahannya :

3/4 cawan butter, dibiarkan pada suhu bilik
1 cawan gula caster
3 biji telur
1 sudu teh vanilla extract
1 sudu teh garam
3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh parutan kulit orange 
1 cawan perahssn jus orange

Cara membuatnya :

Pukul butter, gula caster dan vanilla extect sehingga kembang pada kelajuan sederhana.
Masukkan garam dan parutan kulit limau.
Masukkan telur sebiji demi sebiji berselang seli dengan tepung dan jus orange.
Kemudian bakar adunan tadi ke dalam oven yang telah dipanaskan selama 40 hingga 45 minit.
Apabila cake telah masak dan sejuk bolehlah ditabur dengan gula icing ataupun juga boleh di tuang dengan glaze icing sugar.


Senang kan?!?!?!....Alhamdulillah so far cake nie masih lagi menjadi kegemaran En Hubby.

So selamat mencuba!!!!

Monday, 29 July 2013

Baked Carbonara

Jiom aku share sket resepi baked carbonara yang aku masak last saturday.

Actually aku agak mengelat gak time masak nie sebab aku pakai ready made sauce from Leggo's.

Aper pon jiom kite tengok cara penyediaannya yang mudah dan cepat!!!

Baked Carbonara

Bahan-bahannya :


1 botol Leggo's Carbonara pasta sauce
1/2 bungkus shell pasta (or macaroni pon boleh)
Brisket beef strips
Straw mushroom
Parmesan cheese
Cheddar cheese
Olive oil


Cara membuatnya :

Rebus shell pasta sehingga lembut
Tumiskan beef strips dan straw mushroom dengan sedikit olive oil
Masukkan carbonara sauce dan shell pasta
Gaul rata semua bahan tadi.
Di dalam mangkuk casserole or tray masukkan separuh daripada pasta tadi dan taburkan parmesan cheese dan cheddar cheese.
Kemudian lapiskan lagi dengan baki pasta yang tinggal dan taburkan lagi parmesan cheese dan cheddae cheese di atas pasta tersebut.
Bakar di dalam oven pada suhu 180 degree celcuis selama 40minit.
Siap untuk dihidang...



 

Wednesday, 24 July 2013

14th Ramadhan & Nasi Goreng Serunding...

Salam semua...

Alhamdulillah Ramadhan kita telah sampai separuh jalan... Tinggal lagi 15 hari jer lagi untuk ditempuhi...

Semalam buat kesekiaan kalinya kami sekeluarga berbuka di rumah MIL.

Aper salahnyekan memeriahkan suasana berbuka bersama keluarga tersayang right!!!

In the same time gak sebenarnya En Hubby tertinggal his mobile phone kat rumah MIL kelmarin.

So automatic menjadi peluang buat kami sekeluarga berbuka bersama-sama.

Pagi semalam member office kumpul order nasi briyani. So aku pon tumpang sekaki order 2 briyani ayam dan 1 briyani kambing...

Since dah berbuka di rumah MIL aku bawak la turun sekali briyani tue untuk dinikmati bersama-sama.

While nenek kat rumah plak masak mi goreng dan kuih ketayap/dadar berintikan durian... Cume aku terlepas peluang nak makan kuih ketayap semalam gara-gara the Hafiizans buat huru-hara masa berbuka...

Ermmm...takpe la bukan rezeki aku untuk duduk lama-lama mengadap hidangan. Menguruskan anak-anak tue lebih penting.

Then balik jer rumah terus ajak the Hafiizans lepak tengok cartoon dulu dalam bilik aku. Tue pon after Hamzah manage to siapkan his homework awal...

Sahur pagi tadi plak seriously aku blur tak tau nak sediakan aper untuk En Hubby.

Hamzah & Hadie mudah jer, aku gorengkan nugget confirm diorang makan...

Bukak fridge nampak left-over nasi putih.

Terus teringat nak buat nasi goreng... tapi badan plak ade penyakit M nak potong bawang and dis-frost the perencah... 

Untuk memudahkan diri aku sendiri maka tercipta la nasi goreng serunding...

Rezeki sahur pagi tadi...
Memang sangat mudah disediakan and taste oklaa..not bad!!! 

Kalo nampak En Hubby makan sampai tambah 2 kali tue meaning sedap la kot... (suke hati jer aku assume, ntah-ntah terpakse makan sebab nak jage hati isteri tersayang...muahahahahaha)

Aper pon nasi goreng serunding tue obviously la rase serundingkan, cuma aku rase char die sket dan aku ade pecahkan telur sekali...so a bit different la rase die....

Jiom aku kongsikan resepi nasi goreng serunding aku... Tersangat la mudah sebab tak perlu nak potong-potong bawang..semua main campak jer...


Nasi Goreng Serunding
Nasi goreng serunding...

Bahan-bahan :

Nasi putih
Serunding daging/ayam
Telur
Minyak
Kicap cair atau garam

Cara membuatnya :

Panaskan sedikit minyak
Gorengkan telur secara hancur dan masukkan serunding dan nasi putih sebelum telur masak sepenuhnya
Gaul rata. Apabila semua bahan telah sebati dan telur masak, perasakan dengan kicap cair ataupun garam.
Gaul rata sekali lagi dan siap untuk dimakan....

*kalo ade mix vegi pon boleh ditambahkan waktu goreng telur tue...at least ade gak la sayurkan...macam aku pagi tadi memang kosong camtue jer... 

Monday, 15 July 2013

Ikan Tenggiri Pindang

Ingat tak aku ade masak ikan tenggiri pindang untuk sahur aritue...

Actually lauk nie memang sangat simple dan merupakan salah satu lauk wajib aku dalam pantang...

Mungkin lain orang, lain cara penyediaannya.

Tapi ini adalah cara penyediaan ikan pindang yang diajar oleh mak aku since aku kecik lagi...

To me dah cukup sedap la tue...

Jiom kite semak camner nak masak ikan pindang style keluarga aku...

Tapi nie aku sharekan resipi seketul ekor ikan tenggiri jer la ek...nak tambah volum tue pandai-pandai la korang adjust the bahan.

Ikan Tenggiri Pindang

Bahan-bahannya :

Seketul ekor ikan tenggiri (boleh digantikan dengna ikan lain macam ikan kembung ker, ikan tauhu ker, etc.)

Setengah biji bawang besar

2 ulas bawang putih

3 inchi halia

Sedikit serbuk kunyit (kalo ade kunyit hidup is the best)

Sekeping asam gelugor

Air & garam secukup rasa


Cara membuatnya :

Masukkan semua bahan kedalam periuk.

Hidupkan api dan dibiar sehingga mendidih & ikan masak.

Tutupkan api dan dihidangkan.


Senang tak??? semua main campak dah rebus jer...ekekekekekeke

Selamat mencuba!!! 

Wednesday, 10 July 2013

Ayam Halia

Salam korang...

Camner sahur pagi tadi???

Bagi aku hari pertama sahur alhamduillah sangat dipermudahkan bila Hamzah & Hadie sangat bersemangat untuk bangun sahur.

Since malam tadi aku balik lewat malam, so takde la lauk yang fancy-fancy aku sediakan.

Cukupla sekadar lauk rutin yang menjadi kegemaran sekeluarga.

Aku masak ayam halia jer malam tadi.

Resipi ayam halia ni adalah resipi turun temurun keluarga mak aku and masakan ini juga adalah lauk wajib aku semasa berpantang. Cuma waktu dalam pantang tue, minyak sayuran ditukar dengan minyak bijan untuk menumis.

Bagi sesiapa yang berminat nak cuba jiom kite tengok resipinya....

AYAM HALIA

Bahan-bahan :


 1/2 ekor ayam
*Seulas bawang besar
*3 ulas bawang putih
*4 ke 5 inchi halia (lagi banyak lagi best!!!)
Kicap cair
Minyak untuk menumis
Air

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * sehingga garing (garing tau!! bukan sampai naik bau sahaja or sampai hangit plak...)

2. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam separuh masak

3. Masukkan kicap cair secukup rasa dan gaul sebati dengan ayam tersebut buat seketika


4. Masukkan air mengikut kesukaan anda. (jika suka bersup lebih letak la air lebih sehingga menutupi ayam, tapi jika tak berapa suka bersup sangat bley la kurangkan sedikit air)

5. Biarkan sebentar sehingga ayam betul-betul masak dan tutup api untuk dihidangkan.


Simplekan resipi nie. Memang sangat mudah dan pantas disediakan.

Selamat mencuba....  

Friday, 3 May 2013

Chicken Pie

Sempena cuti Hari Pekerja lepas aku merajinkan diri masak chicken pie for kids & En Hubby.

Kalo buat masakan camni memang jadi favorite seisi rumah kecuali anak-anak bulus dilarang masuk campur sama sekali....

Anyway, idea nak buat chicken pie nie pon datang selepas my bff dah belikan aku pie maker.. Perth mari ooo....

Thank you Ica sebab susah payah u bawakkan balik my pie maker, then my mom punyer cupcake maker & doughnut maker.... Tak dilupakan juga ole-ole for my kids~~~

Alamak!!!! Lupa la plak nak snap picture all the items...nampak sangat huru-hara aku nie.   

Jiom kite tengok camner aku buat inti pie dulu...resepi nie aku buat ikut-ikut sedap tekak aku jer tau!!!..takde refer kat memaner resepi.




 Inti Chicken Pie

Bahan-bahan :

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang leeks
  • 1 mangkuk mix-vegi
  • 3 ketul dada ayam yang telah direbus dan disiat
  • 3 sudu unsalted butter
  • 6 sudu tepung gandum
  • 1 cawan Fresh milk
  • 1 kiub stok ayam
  • Air rebusan dada ayam
  • Garam dan lada hitam sekucup rasa
  • Mushroom (aku takde stok la plak..dah nak start baru sedar takde stok canned mushroom. Kalo ade sure lagi best!!!)





Cara membuatnya :

  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan unsalted butter sehingga naik bau.
  • Masukkan leeks, mix-vegi dan kiub stok ayam dan gaul rata buat seketika.
  • Kemudian, masukkan tepung gandum kedalam bahan-bahan di dalam kuali tadi dan digaul rata.
  • Setelah itu, bolehlah dan susu dan air rebusan ayam tadi dituang ke dalam kuali dan perasakan dengan garam dan lada hitam.
  •  Masukkan isi ayam dan gaul rata.
  • Jika terlalu pekat boleh ditambah lagi air. Kacau rata kesemua bahan dan tutup api.



Untuk membuat chicken pie kali nie aku hanya menggunakan puff pastry yang ready made.

Tinggal potong dan dimasukkan ke dalam pie maker, masukkan inti dan tutup serta dibakar.


Menggunakan pie maker nie sangat mudah kerana mengambil masa yang sekejap jer untuk masak.

Just about 10 to 15 minutes sahaja telah siap empat biji pie.




Lebihan inti pie boleh disimpan beku dan digunakan pada bila-bila masa sahaja biler teringin nak makan pie.




Selamat mencuba!!!
 

Monday, 29 April 2013

IKAN MASAK KICAP YANG SANGAT SIMPLE

Salam Isnin buat semua...

Amacam weekend??? Well dalam otak aku pagi nie plak tetibe terngiang-ngiang lagu nie...

Hariku
Harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah
Jika dirimu sentiasa
Di sisiku sayangku
Berikanku hanya satu
Hanya satu
Lagu
Hariku
Harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan suaramu divaku


Well, aku dengan En Hubby suka sangat lagu nie and kami dedicate kan lagu nie khas buat our little princess Hannah Hafiizan....



Orait...stop layan jiwang kejap. Hopefully cik kak kecik nie akan membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia & akhirat. Termasuklah lagi 2 Hafiizan tue, Hamzah Hafiizan & Hadie Hafiizan, mommy daddy sentiasa mendoakan semoga kalian semua menjadi anak-anak yang soleh dan berjaya di dunia & akhirat... Aminn Ya Allah...

Ok nie aku nak share sket resepi ikan kicap yang aku rasa agak simple dan sesuai disediakan untuk anak-anak kite.

Jiom kite semak aper bahan-bahan yang aku gunakan...

  • Ikan bawal/tenggiri or any ikan yang ada dalam fridge korang tue
  • Sebiji Bawang besar
  • 3 ulas Bawang putih
  • 8cm Halia (aku memang suka letak banyak-banyak)
  • 1 biji capsicum merah/kuning/hijau (aku letak 1 biji capsicum kuning & 1 biji capsicum merah)
  • 3 biji cili api (untuk sesiapa yang suka pedas, tapi aku tak letak since anak-anak aku semua tak makan pedas)
  • 2 biji tomato (since tomato besar aku takde stok dalam fridge, aku pakai cherry tomato
  • Kicap cair
  • Kicap manis
  • Serbuk kunyit dan garam untuk menggoreng ikan
  • Minyak masak
 Cara membuatnya :

  • Ikan dilumur dengan garam dan kunyit, kemudian di goreng garing
  • Kemudian, kurangkan sedikit minyak goreng ikan tadi dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing (make sure halia tue garing baru sedap!)
  • Setelah itu masukkan kicap cair dan kecap manis.
  • Kacau sebentar dan masukkan capsicum, tomato dan cili api jika digunakan.
  • Masukkan semula ikan yang telah digoreng tadi dan di gaul rata.
  • Tutup api dan bolehlak dihidangkan...


Mudahkan??? Sebenarnya untuk menyediakan masakan di rumah tidaklah susah jika kita tau basic kepada masakan tersebut.

Lagipun bagi aku walaupun makanan yang kita sediakan tue amat simple, tapi yang paling penting adalah effort kita untuk menyediakan makanan kepada suami dan anak-anak kita especially untuk ibu-ibu yang bekerjaya macam aku nie...haaa...riak plak dah makcik nie... Ya ampun!!! takde niat pon wei!!!

Thursday, 25 April 2013

Instant Baked Macaroni

Masakan paling mudah dikala nak cepat...

Yelaa..balik keje dah kene kemas pakaian sekolah anak-anak for the next day, pastu nak aku or En Hubby kene make sure Hamzah siapkan homework which die selalu mengelat taknak buat... then prepare dinner for the kids... mommy daddy tak dinner lagi bagus...diet!!!

Luckily my kids takde la fussy sangat about the food. As long as tak pedas ok jerr.... Adoii...biler la budak-budak nie nak belajar makan pedas ek????  
Makanan yang confirm diorang suka makan adalah pasta...

Tak kisah la cream base or tomato base....

So aritue aku pakai instant baked pasta sauce jer...biasa sauce aku buat from scratch, tapi bukak cabinet nampak plak botol baked pasta sauce yang aku dah beli about 1 month ago... so aper lagi...

For protein aku check freezer chicken breast ade tapi aku dah marinate dengan cajun & Mediterranean rub, beef pon takde...end up aku jumpe frankfurter jer..jadi laaa...sayur pakai frozen mix-vegi, cheese aku pakai cheddar & Parmesan.

Camner nak buat??? Let the pictures tells a thousand words...  



















Tuesday, 16 April 2013

SCONES


Last weekend En Hubby request to have scones for breakfast...

Since the wife tengah in the mood of baking maka, malam sebelum tido tue the wife dah siap-siap menguli adunan scones...

Senang sket, bangun pagi terus cut in pieces and bakar teruskan....

Maka di pagi ahad lepas, our family breakfast ala-ala English gitue!!!

English breakfast tea and scone with whipped cream and strawberry jam (aku beli time singgah kat Cameron Highland aritue).

Resipi buat scones nie sangat mudah...

aku cilok dari sini jer...http://allrecipes.com/recipe/scones/ 

Original recipe makes 8 scones Change Servings :
 
3 cups all-purpose flour
1/2 cup white sugar
5 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
3/4 cup butter
1 egg, beaten
1 cup milk 
 

Directions

  1. Preheat oven to 400 degrees F (200 degrees C). Lightly grease a baking sheet.
  2. In a large bowl, combine flour, sugar, baking powder, and salt. Cut in butter. Mix the egg and milk in a small bowl, and stir into flour mixture until moistened.
  3. Turn dough out onto a lightly floured surface, and knead briefly. Roll dough out into a 1/2 inch thick round. Cut into 8 wedges, and place on the prepared baking sheet.
  4. Bake 15 minutes in the preheated oven, or until golden brown.


1st time aku buat whipped cream...nampak sangat tak pernah mem baking sebelum nie

Scones on the way...

Ready to eat...

Simple but nice....