Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Friday, 22 August 2014

SELAMAT KEMBALI MANGSA TRAGEDI MH17, SEMOGA ROH MU TENANG DI SANA....

Salam semua...

Lame dah aku tak mencoret ape-ape di blog aku nie. since beranak 4 nie tahap kesibukan di office and rumah tue usah cakap laaa...memang tak menang tangan.

Aper pon back to tajuk entry aku kali nie. Seperti yang kite semua sedia maklum, Jumaat, 18 Julai yang lalu negara telah dikejutkan dengan berita jatuhnya MH17 di tanah bergolak Russia-Ukraine.

Sesungguhnya berita itu sebenarnya sangat memberi kesan yang mendalam terhadap aku dan En Hubby memandangkan flight tersebut datang dari bumi Belanda dimana tempat kami pernah tinggal dahulu.

Lebih memilukan apabila dikhabarkan bahawa salah seorang mangsa yang terlibat adalah warga Masdutch.

Hari ini, Jumaat 22 Ogos 2014 tercatatlah sejarah negara apabila rombongan 20 orang pertama jenazah-jenazah MH17 selamat tiba di tanah air daripada Amsterdam untuk disemadikan buat selamanya.

Seluruh negara berhenti sejenak untuk bertafakur dan menghadiahkan Al-Fatihah buat mangsa-mangsa tersebut. Semoga roh-roh mangsa MH17 di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah....

Friday, 29 November 2013

Happy Birthday To Me!!!

Salam semua...

Tengok tajuk entry aku jer korang semua sure dah sedia maklum kandungan post aku kali ni kan...

Yupsss... Today 29 November, Jumaat is my birthday!!!! .... Yang keeeee.....tak perlu menjadi rahsia la kot... 32 tahun.

Alhamdulillah syukur Ya Allah kerana masih memberi peluang kepada aku untuk menghirup udara mu selama 32 tahun ini.

Thank you so much to my beloved mom kerana telah melahirkan aku, membesarkan aku, menyayangi aku dan sehingga hari ini masih terus mendidik aku tanpa jemu.

To En Hubby yang bertahkta di hati, terima kasih for being my friend, my partner, my lover & daddy to our 3+1 gorgeous kids.

To all my family & friends termasuk la reader rumahbatamerah ini juga aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sentiasa bersama aku jatuh dan bangun.

Semoga Allah memberkati, memanjangkan usia, memurahkan rezeki dan mengurniakan kesihatan kepada diriku, anak-anak ku, keluarga ku dan rakan-rakan ku. Jadikanlah kami semua tergolongan dikalangan hamba Mu yang soleh dan solehah...Amin Ya Allah....  



Monday, 18 November 2013

Kuala Lumpur International Motor Show 2013

Salam semua...

Waaa...harinie bermula cuti persekolahan akhir tahun anak-anak.

Buat Hamzah & Hadie plak cuti mereka pada harini jer...

Esok dua orang hero aku nie akan memulakan program cuti sekolah dan day care di sekolah tahfiz mereka.

So buat masa nie aku memang takde plan ape-ape lagi program bercuti untuk mereka memandangkan aku pon dah sarat.

Namun begitu, bermula sabtu lepas Hamzah & Hadie telah memulakan sesi latihan di AAB Soccerkids Academy untuk setiap hari sabtu & ahad.
Mommy dua hari berturut lepak tunggu dalam kereta jer memandangkan hari hujan.

Alhamdulillah nampak serasi gak la diorang setelah 2 hari menjalani latihan sabtu dan ahad lepas...

Hari nie Hamzah & Hadie menghabiskan cuti sehari diorang kat rumah oma bersama moyang dan Tante Faridah while mommy & daddy is working.

Semestinya 2 orang hero tue memang sangat enjoy la duduk rumah oma sebab moyang, oma, tante faridah & aunty cikin (bak kate Hannah) rajin melayan kerenah the Hafiizans tue.

Ok, kalo tengok tajuk entry aku sebenarnya bende lain kan...

Tapi aku dok sebok berceloteh pasal 2 orang hero kesayangan aku tue...

Bukan aper..mukadimah rue nak cover balik cerita yang lama sebelum nie dan ianya berkaitan juga dengan tajuk entry aku nie.

Mungkin ramai yang dah tau yang KL International Motor Show 2013 sedang berlangsung di PWTC dari 15 hingga 24 November 2013.


Sebenarnyer En Hubby agak looking forward event nie untuk bawa the boys pergi melawat.

Cuma sekarang nie kami blom berkesempatan jer lagi.

Sebab knowing Hamzah die memang sangat berminat dengan kereta-kereta nie.

Harapnyer tahun nie sempat la kami bawa the Hafiizans pegi the show.

Sebab knowing about the KLIMS nie memang akan banyak kenderaan yang best-best akan dipamerkan.

Time tue bley la pasang angan-angan nak pakai kereta-kereta yang power kejap kan...

While sang suami mungkin akan ter excited kejap tengok model-model seksi yang memperagakan model-model kereta tue... (Haiiissshhhh... memang sah ade yang lebam lengan kene cubit dengan bini kat sebelah tue..ekekekekeke)

So bagi sesiapa yang berminat dan hendak mengetahui lebih lanjut berkaitan motor show nie boleh la lawati laman web ini.

Friday, 8 November 2013

Terry Fox Run 2013

Salam korang...

dah Jumaat baru aku teringat nak buat entry ek!!!

Sian blog aku nie..sorry la semenjak semakin sarat nie mood nak ber blogging makin ke laut...

Tambahan lagi plak keje kat office sekarang nie makin melambak... mentang-mentang lepas nie aku nak cuti 3 bulan....

Ok, this is some info untuk sesiapa berminat dan menantikan kehadirannya...

Terry Fox Run!!!!.. Acara tahunan yang memang kami sekeluarga nantikan...

For the time being tak pernah lagi kami miss mendaftarkan diri join larian nie...

Actually macam aku nie tak lari pon...just jalan tolak troller anak jer...

Tahun nie agak lewat siket diorang buat, iaitu pada 1 Disember 2013 di Taman Tasik Titiwangsa.


Kalo diikutkan tahun-tahun sebelum nie biasanya acara nie diadakan dalam bulan November.

Tapi tak kisah la penting tahun nie acara ini tetap diteruskan.

Terry Fox Run nie sebenarnyer hanyalah fun run untuk mengutip dana Terry Fox Foundation bagi membantu pesakit cancer seluruh dunia.

Terry Fox nie sebenarnya adalah seorang Canadian yang pernah menghidapi penyakit kanser tulang.

Mungkin kalo korang berminat nak tau lebih lanjut pasal Terry Fox and Terry Fox Foundation boleh la lawati laman web nie.

So bagi sesiapa yang join the Terry Fox Run 1 Disember nanti, nampak sorang mak buyung terhegeh-hegeh jalan menolak stroller anak dara die tue...tegur-tegur la yer....

Friday, 11 October 2013

Pemanggang Ajaib...

Salam,

Promosi pemanggang ajaib...

Aku just nak bantu kawan jer buat sesiapa berminat.


Pemanggang Ajaib Generasi pertama = RM 110
Pemanggang Ajaib Generasi Kedua = RM 143

Sesiapa berminat sila buat tempahan selewat-lewatnya 17 Oktober 2013 bersama-sama bayaran.

Penghantaran hanya di buat di KLCC, U10 Shah Alam and Jalan Sultan Salahuddin KL.

Terima kasih.

Monday, 16 September 2013

Hari Malaysia...

Salam korang...

Fuhhh...tahap menulis blog agak merudum lately...

Maybe disebabkan mobile phone aku dah 3 minggu rosak so banyak picture-picture untuk dijadikan modal entry tak dapat aku snap.... (ade jer alasan kan...

Hari nie 16 September merupakan Hari Malaysia...

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia...


Semoga Malaysia menjadi negara yang aman damai dan berjaya menjadi negara maju pada tahun 2020...

Hari ni aku nak bersantai-santai jer dirumah sebab kepenatan baru balik dari Singapore malam tadi...

Ape aku buat kat Singapore tue nanti aku sharekan kemudian ok...

So selamat bercuti semua.....

Monday, 9 September 2013

10000 Viewer!!!!

Salam korang...

Tetiba aku jadi excited plak sebab finally hari ni blog aku telah mencapai 10,000 viewer dalam tempoh 6 bulan...

Aku tau bagi orang yang serious ber blogging setakat seribu dua viewer sehari tue normal la kan..

But bagi aku yang berblog sekadar untuk bersuka-suki jer dah consider good achievement untuk diri sendiri...

At least ade gak orang yang sudi membaca dan follow blog aku nie walau tak semeriah mane...

Tujuan asal aku tulis blog nie pon sebab kengakawan office aku yang mintak aku sharekan fews tips dan recipes yang aku tau untuk jadi rujukan diorang kelak.

Aper pon aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua reader rumahbatamerah...

Minggu nie aku agak pack sket sebenarnyer sebab nak kejarkan dateline bagi aku finalist contract document before di hantar semula ke AGC untuk diluluskan.

Harapnya AGC berpuas hati dan meluluskan standard form of contract tue untuk digunapakai oleh semua agensi kerajaan kelak...

Adoiiii...baby aku dari 2008 tue... pelbagai kenangan pahit manis telah aku tempoh selama hendak menyiapkan standard form of contract tue....

Kalo setakat contract biasa tue mungkin seminggu dua dah boleh siapkan.. nie standard form of contract yang akan digunapakai oleh semua agensi kerajaan once diluluskan oleh AGC.

Boss dah 4 orang bertukar...kawan seunit semua dah transfer ke tempat lain...tinggallah aku sesorang yang masih kekal kat unit nie bersama-sama team yang baru...

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku untuk hari ini dan hari-hari mendatang... Aminnn....


Okla korang...ingat tadi nak buat review restaurant yang aku pegi makan semalam...tapi since tengok jumlah viewer telah mencapai 10,000 terus excited tukar topic...

Aku nak sambung buat keje yang tertangguh nie...esok jer la ye aku crite pasal restaurant tue...

Have a nice day!!!  

Wednesday, 4 September 2013

Ron 97 pon Naik Harga...

Salam korang...

Baru dapat sms from the star yg Ron 97 jugak akan turut naik RM0.15/liter.

Macam aku cakap sebelum nie...semua ini adalah impak daripada kenaikan harga petrol global akibat dari krisis negara timur tengah.

Bukan kita di Malaysia jer menerima tempias daripada kenaikan petrol dunia...

Satu dunia turut merasakannya...

Tindakan terpaksa diambil oleh kerajaan agar tanggungan subsidi tidak meningkat naik kerana dana subsidi tersebut boleh salurkan untuk pembangunan negara dan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia...

Fikir-fikirkanlah..bertindak menggunakan akal fikiran yang cerdik, bukan mengikut nafsu sahaja...

Jika sekadar merungut dan complaint sahaja tidak akan membantu menyelesaikan masalah.

Jiom kite mulakan langkah penjimatan dan perbelanjaan secara bijak bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat dari hari ke hari....

Tuesday, 3 September 2013

Bila Petrol Naik Harga...

Salam korang...

Maka dengan rasminya hari ini petrol Ron 95 telah dinaikkan harga sebanyak RM0.20


Banyak sungguh rungutan dan comment aku baca dari kawan-kawan kat mukabuku tue...

Well bagi aku sebenarnya how you take it laaa....

Selama nie pon bekalan petrol Ron 95 di Malaysia rendah dari harga pasaran kerana mendapat subsidi daripada kerajaan.

So bila subsidi sebanyak RM0.20 ditarik balik oleh kerajaan terus semua rakyat merungut dan menyalahkan kerajaan...

Ermmm... well terus terang aku katekan seluruh rakyat Malaysia termasuk aku memang aku merasa sedikit bebanan petrol kereta yang digunakan harian untuk ke tempat kerja dengan kenaikan ini.

Tapi kalo dikaji semula dari sudut ekonomi global kenaikan harga petrol dunia sekarang memang tengah melonjak naik akibat daripada krisis yang sedang berlaku di Mesir dan beberapa negara timur tengah lain.

Adakah kerajaan mampu menanggung subsidi petrol yang semakin meningkat naik ini sedangkan sebagai negara yang sedang membangun lebih banyak dana perlu di salurkan bagi proses pembangunan.

Taknak komen banyak-banyak sangat sebab aku pasti ramai keyboard worrior yang rasa mereka lebih pandai daripada penganalisa ekonomi yang bertauliah diluar sana...

Tapi apa yang pasti aku dapat katakan, harga petrol global tidak pernah statik dan sentiasa meningkat terutama apabila berlaku krisis di negara-negara pengeluar minyak utama dunia.

Sampai bila negara kita mampu untuk menanggung subsidi petrol kepada rakyat jika harga petrol global terus melambung tinggi.

Aku jamin walau siapa pun memerintah Malaysia ini, tidak ada satu kerajaan pon yang berani memberi jaminan 100% yang mereka tidak akan mengurangkan harga subsidi petrol kepada rakyat apabila harga petrol global melonjak tinggi...

Sama-samalah kita menggunakan akal fikiran untuk mengkaji fakta semasa....

Well ini adalah pendapat aku sahaja...terpulang pada korang nak terima atau tidak...

Jangan marah yerr...nanti kene jual RM0.20 baru tau!!!..Haippp!!!!

Wednesday, 28 August 2013

Bersama Tun Dr Mahathir, Pemimpin Kesayangan Rakyat Malaysia

Salam korang...

Aku baru jer masuk office hari nie...

Pagi tadi aku telah mendapat peluang untuk bersama-sama pemimpin kesayangan semua Tun Dr Mahathir.

Walaupun aku hadir sebagai delegate dari Royal Institution of Surveyor Malaysia, RISM (Building Surveyor Division), tapi aku tetap berasa bangga kerana buat pertama kali dalam hidup aku dapat bersua dan duduk bersama Tun Dr Mahathir.

Rombongan kami seramai 10 orang, memberi peluang untuk aku bercakap sendiri secara terus dengan Tun.

Wow!!! Bagi aku ini adalah peluang dan pengalaman yang amat berharga.

Walaupun Tun sudah berusia 85 tahun, namun he is very sharp person.

Aku sebut jer nama aku sekali terus sepanjang perbualan beliau ingat nama aku.

Wahhh...bangga plak rasa dalam diri ini.

Aper pon aku mohon kepada semua reader rumahbatamerah untuk mendoakan agar Tun Dr Mahathir terus diberikan kesihatan oleh Allah S.W.T.

Tidak dinafikan dari riak fizikal beliau nampak keuzuran yang sedang beliau alami...

Terserlah kegembiraan aku berjumpa pemimpin yang disegani

Delegates bersama Tun Dr Mahathir
Penyampaian cenderahati kepada Tun oleh Chairman RISM, BS Division
 

Monday, 26 August 2013

Makan-makan Hujugn Minggu

Salam korang...

Camner weekend korang semalam???

Hope semua baik-baik belaka....

Bagi aku kat rumahbatamerah plak semalam ade la buat makan-makan siket jemput keluarga mertua, family friends, cousins En Hubby and jiran depan rumah.

Since menu yang dirancang pon simple jer mengenangkan mak buyung yang mudah keletihan dan kekurangan man-power maka semua preparation untuk makan-makan semalam kami sediakan dalam tempoh 4 jam in total...

Hebat tak kami??? Keluar rumah pergi pasaraya Giant pukul 12.30 tengah hari. Makan dulu kat Pak Li baru gerak beli bahan-bahan masakan....

Then singgah Jaya Grocer dan sampai rumah jam 2.30 petang.

Janji MIL pukul 4.30petang... So aku bersilat masak sorang-sorang kat dapur while En Hubby and the boys bersilap mengemas and menyediakan tempat BBQ.

Lucky menu yang aku pilih semalam adalah laksa sarawak mengenangkan pes laksa sarawak yang officemate aku bagi balik cuti raya haritue ade...

Maka takde la renyah mana kerja aku..meaning tak perlu nak menumis bagai laaaa...semua main potong-potong dan rebus-rebus jer...

About 4.30 MIL and jemputan pon sampai...perghhhh...nasib laksa sarawak dah masak...and aku terlupa nak buat the sambal belacan since belacan takde pon kat rumah...

Maka aku jemput dulu tetamu makan the laksa while aku kat dapur mengadun orange cake plak...

En Hubby kat luar the fire-up the BBQ pit... and luckily SIL ade bantu En Hubby ber BBQ.

To me & En Hubby makan-makan semalam consider berjaya gak la bila semua makanan almost finish dan tak banyak pembaziran berlaku...

Okla tuekan.... last tetamu kami adalah jiran depan rumah yang balik almost pukul 10 malam...

Perghhh...sambung mengemas dan mencuci pukul 11 malam Little Princess Hannah dah start menangis sebab mommy die buat tak tau jer kat die seharian....

So nak tak nak pukul 11 malam aku dan En Hubby telah di kerah oleh cik Hannah naik ke bilik...

Hannah selamat tido, mommy daddy yang tak bley tido sebab keletihan yang amat...

Pinggang aku usah cakap lagi laaaa...memang mengerang kesakitan malam tadi sampai ingat nak MC arinie...

Tapi mengenangkan ade program yang telah dirancang dipejabat yang tak boleh aku elakkan lagi maka aku menguatkan gak diri datang office hari ni...

Bayangkan harini aku meeting pagi sampai ke petang... perghhh....

Letih pon letih jugak tapi aku dan En Hubby berpuas hati dengan hasil air tangan kami semalam.

Mungkin terlalu banyak kelemahan yang boleh diperbaiki tapi bagi aku dengan En Hubby semalam yang penting kami dapat membuatkan semua tetamu tersenyum kekenyangan... satu nikmat buat kami tuan rumah... Alhamdulillah....

Since aku cakap awal tadi aku dan En Hubby bersilat semalam maka memang confirm la takde sekeping gambar pon kami snap....

Boringnyer blog aku sekarangkan dah sangat kurang gambarnyerrr....

InsyaAllah lepas nie aku kene tanam tekad untuk lebih rajin snap picture ok...

Okla korang aku nak kene gerak pick-up En Hubby and kids nie...

Until then....bubye semua....
 

Thursday, 22 August 2013

Kalimah Allah: Mahkamah menolak rayuan Gereja Roman Katolik

Alhamdulillah akhirnya....
Kesucian kalimah Allah terpelihara....


Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA - Utusan Malaysia....

PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan berkenaan diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin mula yang bersidang pada pukul 9.30 pagi dan berhenti rehad pada pukul 12.55 tengah hari kemudian bersambung semula 3.30 petang.

Dengan keputusan itu bermakna prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 tidak akan dijalankan.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.

Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.-UTUSAN ONLINE

Wednesday, 21 August 2013

Kejadian Nahas Bas Terbabas Ke Dalam Gaung di Genting Highlands

Salam korang...

Sure ramai dah sedia maklum kejadian bas ulang-alik Genting Highlands yang telah terbabas siang tadi pada jam 2.45 petang kan...

Aper pon aku ingin mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa & Al-Fatihah buat mangsa-mangsa yang beragama islam.

Kalau diikut berita lintas langsung daripada Utusan Malaysia Online operasi menaikkan mangsa telah tamat pada jam 10.39pm tadi. Namun operasi kini tetap diteruskan bagi memastikan tiada mangsa yang tercampak keluar dari bas tersebut.

Jumlah keseluruhan mangsa adalah seramai 53 orang termasuk pemandu dimana 37 orang meninggal dunia dan 16 orang cedera.

Pada jam 11.11pm tadi pula hanya waris mangsa sahaja telah mula dibenarkan masuk ke bilik pengecaman mayat di HKL.

Some picture yang aku copy dari FB rakan-rakan, malaysianinsider dan harian metro untuk tatapan dan pedoman bersama....

Aper pon tahniah pasukan penyelamat Malaysia yang sangat pantas bertindak dalam operasi menyelamat mangsa....

Jumlah mangsa yang telah dinaikkan

Keadaan mangsa nahas

Bas yang terlibat di dalam nahas



Monday, 19 August 2013

Hari Raya Update?!?!?!

Salam korang...

Haaa...bukan takat dah berhabuk, dah start naik sawang blog aku nie jadinyer...

Sorry la yerr...tuan rumah bercuti raya sakan...sampai raya ke-12 baru naik office semula...

Sebenarnye ikut hati malas nak cuti panjang-panjang nie sebab tugasan kat office tue memang tengah banyak menanti...

Tapi biler dikenangkan Hamzah cuti sekolah, Hadie & Hannah pon taska & nursery tutup sampai 18 Ogos, nak tak nak mommy & daddy terpakse mencutikan diri demi untuk the Hafiizans....

Macam aku cerita malam raya aritue, tahun nie memang aku tak boleh nak kate beraya kat mane dulu.

Rumah mak aku ke rumah mertua aku, sebab malam raya yang dah consider hari raya tue aku berbuka rumah mak terus balik ke rumah mertua plak lepas tue.

Cuma pagi raya pertama jer aku mulakan dengan balik ke rumah mak, then balik ke Sungai Besar untuk melawat kubur abah sambil beraya di rumah abang ngah aku....

Malam tue plak aku terus singgah ke Kuala Selangor, kampung halaman aku untuk pergi ke rumah Mak Usu aku.

Time nie aku pegi dengan En Hubby & Hafiizans jer since Ucu buat open house  pada raya ke-2, adik-beradik aku yang lain akan datang beraya ke rumah ucu the next day...

Raya ke-2 aku plak di rumah mertua... Time nie semua sepupu En Hubby dari Singapore turun ke KL...

Memang meriah betul rumah mertua aku hari tue... Nenek plak siap masak briyani kambing dan udang...

Perghhh...semua orang makan menjilat jari!!!!

Petang raya ke-2 tue kami rushing balik ke rumah sebab dijangkakan the cousins akan singgah beraya ke rumah kami masa diorang on the way back to air port.

Fuuhhh...macam lipas kudung aku dengan En Hubby membersihkan rumah.

Alhamdulillah tetamu pertama kami untuk hari raya tahun ini adalah keluarga En Hubby...

Best sangat bile ade orang datang beraya dirumah... Since tuan rumah punyer ketupat, kuah kacang dan rendang tak sempat ambik kat rumah mak, maka aku hidangkan jer ayam bakar ayamas...

Nasib sempat singgah beli...takde la kami jamu tetamu dengan air bujang jer...

Pagi raya ketiga plak mak, nenek dan adik-beradik aku datang bertandang ke rumah aku...

1st time nenek aku menjejakkan kaki ke rumah aku dan sebagai cucu bertuah aku hidangkan roti canai kari ikan dari kedai mamak depan rumah tue jerr...ekekekeekekeke...

Dari rumah aku langsung kami semua berarak plak ke rumah adik bongsu aku kat Saujana Utama....

Duduk lepak kejap rumah die terus kami patah semula ke rumah dan end up semua tertido keletihan...

Petang tue kami pegi plak ke rumah mertua aku...

Kami lepak kat sane sampai malam....

Raya ke empat semua orang bangun lewat...siap-siap terus pegi lunch kat rumah kakak aku kat Port Klang. Time tue ade la small celebration untuk birthday-birthday girls bulan Ogos yang melibatkan mak, kakak, anak kakak dan cousin aku....tak buat aper pon..takat abang belikan sebiji cake jer...

Habis lunch aku terus ke rumah mertua semula...plan asal nak ajak MIL pegi makan kat fatty crab disamping En Hubby nak cari barang kat Pasar Malam Taman Megah.

Sekali sampai ke rumah MIL, rupenyer petang tue mereka ade tetamu dan aku plak dapat sms yang tak dirancang...

Adik-beradik aku plan nak berbbq kat rumah aku plak malam tue...

Dalam sms tue diorang dah pesan siap-siap kat aku yang aku hanya perlu menyediakan tempat bbq dan air minuman sahaja...

Barang lain termasuk makanan bbq diorang akan bawak malam tue...

After bincang dengan En Hubby, die pon setuju dan petang tue balik dari rumah MIL kami terus singgah ke BBQ King di Citta Mall untuk angkut sebiji bbq pit yang disponsor oleh mak aku... (slamber jer aku swipe credit card mak aku...muahahahahaha)

Bayangkan time tue dah pukul 7.30 malam, dan adik-beradik aku akan sampai rumah pukul 8 malam.

Memang macam lipas kudung aku dibuatnyer...

But alhamdulillah aku sempat sampai rumah dulu sebelum diorang semua tiba...

Memang malam tue walaupun aku sebagai tuan rumah, tapi segala urusan mencuci ayam, lamb, ikan, kerang semua di buat oleh adik beradik aku... aku tinggal masakkan mushroom soup instant & buat garlic bread jer...

Yang lelaki plak kat luar rumah menguruskan bbq pit...

Selamat habis ber bbq semua periuk belanga yang telah diguna pakai selamat dicuci oleh kakak & adik-adik aku... bak kate diorang..mak buyung jangan penat-penat sangat ok... lega aku...

En Hubby pon happy gak kat luar tue sebab abang-abang aku sebelum balik semuanya dah tolong bersihkan rumah aku kepada asal...

Basically rumah aku ala-ala menjadi tempat kejadian jer laa..tapi segala urusan dari preparation sampai mengemas di buat oleh adik-beradik aku yang lain... ekekekekekeke

Raya ke-5, En Hubby telah membawa aku dan the Hafiizans ke taman burung...

Happy bebudak tue kat sane...dok kat taman burung tue sampai pukul 4.45 petang dan kami terus ke rumah MIL lagi. Sebab Aunty En Hubby dari Singapore datang... 

Untungkan aku...sebab siket-siket balik rumah MIL dan mak aku... Dekat la katekan... ekekekekekeke....

Raya ke-6, aku balik ke rumah mak aku sebab petang tue abang aku akan balik semula ke Jakarta dan hari rabu nenek dan cousin aku akan balik ke Kelantan...

Petang tue plak kami kembali ke rumah MIL sampai la tengah malam sebab uncle En Hubby plak datang bertandang...

Sampai rumah time tue dekat pukul 12.30 malam, terus packing barang-barang anak bulus untuk dihantar ke rumah adik aku di Saujana Utama.

Kitorang terpakse meninggalkan anak-anak bulus di rumah adik aku since raya ke-7 tue kami akan bertolak ke rumah abang aku di Pontian...

Maka seperti yang dirancang, raya-7 kami bertolak ke Pontian.

Raya ke-8 kami masuk Singapore, beraya di rumah Aunty En Hubby.

Raya ke-9 kami bawak the Hafiizans & the cousins ke Legoland plak.

Raya ke-10 kami pegi ke majlis perkahwinan cousin En Hubby di Muar dan terus drive balik ke KL.

Ikut plan asal nak terus singgah rumah MIL sebab nak hantarkan barang yang dikirim, sekali Hannah buat onar dalam kereta tak jauh sari simpang KLIA.

Hannah tuang 1/2 botol 100plus atas car seat dan baju die, then biler aku rampas semula botol 100 plus tue die bantai nanges sampai muntah.

End-up kami terpakse divert dulu perjalanan kami dari straight ke rumah MIL dengan balik ke rumah dulu untuk overhaul anak dara dan kereta.

Biler dah selesai semua baru kami pegi ke rumah MIL dengan perut kosong...ekekekekeke

Nasib nenek dah goreng mee siap-siap. So dapat la akan dan En Hubby makan mee goreng while the Hafiizans plak kluar dinner dengan MIL & SIL aku...

Raya ke-11 iaitu semalam kami menghabiskan petang kami di Ikea untuk makan dan beli some item yang telah disenaraikan, pagi tue semua tido bangun lewat...ekekekekeke...

Malam tadi plak since cousin aku buat open house di Saujana Utama, maka kami pon bertandang la untuk dinner...

Balik rumah terus kerah the boys untuk tido sebab hari ni 1st day school after long holidays.

Maka itulah cerita raya aku untuk tahun 2013.

Seriously tahun nie aku memang malas pegang camera maka jiom layan gambar-gambar raya yang aku cilok dari FB adik aku...

Mahap la yer kalo gambar-gambar nie mostly belah family aku jer since aku cilok pon dari FB adik aku...

Maka mane nak wujud gambar sambutan raya belah En Hubby... alaa..gambar tue sekadar hiasan jer kan.. yang penting kemeriahan dan kegembiraan menyambut Syawal tetap di rasakan di kedua-dua belah pihak...

Jangan plak nanti ade suara-suara sumbang cakap aku asyik belahkan keluarga aku jer since banyak gambar dengan keluarga belah aku jer k!!! Seriously memang tahun nie En Hubby pon berjangkit pemalas pegang camera dengan aku...uhuhuhuhuhuhuhu... 
The Hafiizans 2013
Family aku di pagi raya

Mak & nenek...
With the cucus
The girls...

Family picture kat rumah abang ngah

Antara hidangan semasa ber bbq
Tukang bakar...

The kids dok dalam layan tv
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!!!!





Wednesday, 14 August 2013

Ke Mana Menghilang???

Salam korang...

Tuan rumah sekarang masih busy menghabiskan sisa-sisa cuti raya bersama keluarga tersayang....

Sampaikan nak update blog pon tak sempat lagi....

So to those menantikan camner isi rumahbatamerah menyambut Syawal kene la tunggu dengan kesabaran yerrr.....

Selamat Berhari Raya semua...

Buat yang sudah mula bekerja, kerjalah dengan sepenuh hati...

Thursday, 8 August 2013

27, 28 & 29 Ramadhan & Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Salam semua...

Sebelum aku memulakan bicara, aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin kepada semua reader rumahbatamerah.

Aku rasa Ramadhan tahun nie sangat cepat berlalu tanpa aku sedari...

Semoga Allah akan memberi peluang kapada aku & keluarga untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan pula....

27 & 28 Ramadhan aritue aku berbuka di rumah MIL.

Wahhh...nenek dah start buat preparation for menyambut Syawal time tue...

So rumah MIL dah start meriah dengan suasana menyambut 1 Syawal.

Malam 28 Ramadhan, nenek dah start operasi menganyam ketupat.

Alhamdulillah dapat gak aku tolong nenek menganyam ketupat sedikit waktu dok tunggu waktu balik kat office hari rabu haritu...

Officemate aku terkejut gak tengok bakat terpendam aku menganyam ketupat...ekkekekeke...(kembang kejap aku...)

Then 29 Ramadhan aku decided untuk memulakan cuti sempena hari raya...

Plan asal nak pegi rumah mak awal pagi sebab nak tlong die anyam ketupat dan basuh ayam..

Sekali celik mate tengok jam dah dekat pukul 9.00 pagi daaaa...

En Hubby pon dah selamat hampir sampai ke office..

Aper lagi terus bersilat la aku siapkan the Hafiizans untuk dibawa bersama ke rumah mak aku....

Risau gak sebab aku dah terjanji dengan mak nak tolong die masak tahun nie...

Sampai jer depan pintu rumah mak lega hati aku biler tengok nenek and adik aku baru nak start menganyam ketupat.

SIL aku plak volunteer cuci ayam pagi tue and bantu mak masak kuah kacang...

So aku mulakan operasi aku dengan membantu nenek dan adik aku anyam ketupat while the Hafiizans syiok bermain bersama cousin-cousin die...

Operasi merebus ketupat bermula jam 2.30 petang... 

Sementara menunggu ketupat masak direbus kami memulakan operasi merendang daging plak....

Pukul 5 petang aku rushing balik rumah since En Hubby dah sampai dirumah and die takde kunci nak masuk rumah..uhuhuhuhuhu

Mungkin disebabkan keadaan aku tengah berbadan dua nie membuatkan aku agak mudah letih....

Sampai jer rumah terus join the Hafiizans tidur....

Sedar-sedar dah pukul 6.45 petang and again aku bersilat menyiapkan the Hafiizans untuk berbuka di rumah mak seterusnya pergi beraya di rumah MIL.

On the way ke rumah mak & MIL malam nie Hamzah tak habis-habis request daddy die pasangkan lau balik kampung...

Sian anak-anak aku sebab perjalanan balik kampung diorang adalah setakat Shah Alam - Klang Sentral & Shah Alam - Damansara jer...

Ape pon the Hafiizans was so excited malam nie menyambut ketibaan Syawal especially Hamzah yang telah berjaya 3 tahun berturut-turut berpuasa penuh, while Hadie pon tetap aku bagi credit walaupun tahun nie die kurang sehari berpuasa Ramadhan kerana demam panas & cirit-birit hari tue. Kalau nak dibandingkan tahun lepas Hadie berjaya juga berpuasa sebulan...

As a mother, I'm so proud with them cause pada usia semuda Hamzah, 7 tahun dan Hadie, 5 tahun bersemangat untuk berpuasa penuh di bulan Ramdhan....

Semoga Allah mengekalkan semangat mereka itu sampai bila-bila...Amin Ya Allah...

Tema kami anak beranak malam nie adalah beraya di China since masing-masing pakai baju yang MIL belikan semasa die pergi ke Xian few months ago...

Unfortunately sekeping gambar pon aku tak ambik memandangkan camera aku yang ada dalam handbag tertinggal di rumah MIL malam semalam...

Pastu plak bila dah kate beraya tue surely la masa dipenuhi bersama keluarga tersayang... so no time bergambar-gambar nie....

Okla korang dah tengah malam nie... aku nak kene tidur sebab esok nak kejutkan the boys untuk pegi solat raya....

Akhir kata daripada aku....