Friday, 22 August 2014

SELAMAT KEMBALI MANGSA TRAGEDI MH17, SEMOGA ROH MU TENANG DI SANA....

Salam semua...

Lame dah aku tak mencoret ape-ape di blog aku nie. since beranak 4 nie tahap kesibukan di office and rumah tue usah cakap laaa...memang tak menang tangan.

Aper pon back to tajuk entry aku kali nie. Seperti yang kite semua sedia maklum, Jumaat, 18 Julai yang lalu negara telah dikejutkan dengan berita jatuhnya MH17 di tanah bergolak Russia-Ukraine.

Sesungguhnya berita itu sebenarnya sangat memberi kesan yang mendalam terhadap aku dan En Hubby memandangkan flight tersebut datang dari bumi Belanda dimana tempat kami pernah tinggal dahulu.

Lebih memilukan apabila dikhabarkan bahawa salah seorang mangsa yang terlibat adalah warga Masdutch.

Hari ini, Jumaat 22 Ogos 2014 tercatatlah sejarah negara apabila rombongan 20 orang pertama jenazah-jenazah MH17 selamat tiba di tanah air daripada Amsterdam untuk disemadikan buat selamanya.

Seluruh negara berhenti sejenak untuk bertafakur dan menghadiahkan Al-Fatihah buat mangsa-mangsa tersebut. Semoga roh-roh mangsa MH17 di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah....

1 comment: