Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Monday, 9 December 2013

Petronas T&E Charity Fun Walk

Salam,

Nie sebenarnya cerita yang dah agak basi sedikit since mak buyung mood nak berblogging dah agak ke laut...uhuhuhuhuhu.

23 November lepas kami sekeluarga telah join office En Hubby on charity fun walk di Wetland Putrajaya.

Untuk acara nie ada 2 laluan iaitu 1.3km atau pon 3.3km.

Since mak buyung nie join sekali bersama anak-anak maka laluan 1.3km adalah menjadi pilihan kami...

Alhamdulillah mak buyung ni berjaya juga menghabiskan fun walk tersebut dengan gembira sekali bersama anak-anak...ekekekekeke...

Bukan setakat fun walk je tau!!! ade juga acara pertandingan mewarna untuk kanak-kanak which Hamzah & Hadie took part and dapat tempat ke empat dan ketiga dan juga pertunjukan science oleh kakitangan Petrosains.

En Hubby plak on that day menjadi leader untuk warming up session. Basically everyone is having fun on that day disamping menderma.

Below aku sharekan few photos yang En Hubby dapat daripada organiser sepanjang acara dijalankan.

Untuk pengetahuan korang juga, tahun ni kami sekeluarga terpaksa missed Terry Fox run on 1 December yang lalu. Memang dah daftar, tapi En Hubby plak last minute terpaksa terbang ke Vietnam kerana menjalankan tugas. Harapnya tahun depan kami dapat join lagi...

 








Wednesday, 27 November 2013

Animal Farm Bukit Tinggi

Salam semua...

Sempena cuti sekolah nie En Hubby dok fikir kemana nak bawak the Hafiizans nie berjalan.

Walaupun diikutkan Hamzah & Hadie tak bercuti seperti rakan-rakan yang lain sebab masih sambung kelas tahfiz mereka pagi hingga ke petang but to Hamzah mood cuti sekolah tetap ade sebab sekolah kebangsaan die tutup.

So Ahad dan Isnin lepas kami telah bawa mereka ke Bukit Tinggi untuk melawat Animal Farm kepunyaan sahabat kami.

Wow!!! I'm so impress with the animal farm.

Bermula dengan arnab sahaja sekarang animal farm tersebut lebih meriah dengan kehadiran keldai, sumatera deer, holland deer, guinea pig, peacock dan hill tortoise.

Perkara yang paling menarik dekat animal farm ini adalah kebanyakkan binatang-binatang disini telah dijinakkan.

Pengunjung dibenarkan untuk memberi makan binatang-binatang ini dengan makanan yang ada dijual dikaunter tiket.

Harga untuk masuk ke animal farm ini juga amat murah dimana dewasa hanya RM3 dan kanak-kanak RM2.

Rasanya animal farm nie akan menjadi destinasi utama kami apabila ada kelapangan.

Jarak dari Kuala Lumpur ke Bukit Tinggi juga tidaklah jauh sangat. Hanya mengambil masa dalam 35-45 minit sahaja.

Jiom kite layan few pictures and videos the Hafiizans sepanjang di Animal Farm Bukit Tinggi. 








Wednesday, 20 November 2013

Original Branded Handbag

Salam semua,

Very short enrty buat peminat-peminat handbag yang branded lagi original...

One of my good friend ada menjual handbag-handbag branded dan original with to me agak murah la harganya.

So to those yang berminat boleh la like page Surreal Steal di facebook or boleh gak follow di instragram.



Selamat mencuci mata & bershopping!!!


Tuesday, 4 June 2013

Penangan Novel....

Salam korang...

Pergghhhh...naik bersawang blog aku nie rupanyer...

Mahap ler tuan rumah tengah bz yang amat...

Weekend aritue sibuk melayan kerenah anak-anak...yelaaaa....the week beforekan aku dah bz dengan cat show...

So this week terpaksa la melayan kerenah diorg plak...tak kemana pon...bawak diorg berulang ke rumah MIL jer sambil menghiburkan hati nenek @ noyang the Hafiizans.

Then ntah camner ahad lepas nenek call kate teringin nak makan Thai food...

Well aku kan menantu yang hantu...erti kata aku nak masak sendiri tue mungkin tak la kot memandangkan Cik Hannah tue yang asyik nak melekat jer kat aku...(alasan dasar pemalas)

So aku pon mintak En Hubby dropkan aku kat Ikano untuk aku tapau food kat 1 of nenek's favorite restaurant, Absolute Thai. Sambil tunggu lauk-pauk yang diorder siap terus aku teringat novel yang aku nanti-nantikan telah berada di pasaran...

Aper lagi, makcik terus berlari memanjat escalator pegi ke Popular Bookstore dan berjaya membeli novel yang membuatkan hidup aku tak tenang selagi tak dapat baca....

So ahad malam lepas aku selamat menidurkan the Hafiizans bermulalah episode aku membaca novel yang aku beli tadi...

'My Precious Iris' (MPI) by Melur Jelita.... actually novel nie adalah sambungan daripada novel 'I Love You Stupid'(ILUS).

Since dah ter syiok bace ILUS dulu, dapat jer tau ade sambungan nyer dalam MPI terus hati tak tenteram selagi tak dapat membacanya...

Maka, asal ada masa terluang jer aku akan terus mengadap novel tue selagi tak habis baca...

Bermula ahad malam sehinggalah pagi tadi aku akhirnya berjaya menghabiskan novel tersebut...

Well biasalah biler baru habis baca novel nie hati masih tersisa-sisa dengan perasaan yang ade dalam novel tue...

Siap terkantoi plak dengan officemate yang mate aku bengkak...die ingat aku demam...sebenarnya aku layan feeling baca novel...muahahahahahahaha....

Buat masa nie Melur Jelita telah menulis 3 buah novel yang semuanya telah berjaya aku baca....

Ape yang aku suka tentang karya Melur Jelita nie, walaupun penuh dengan fantasi kehebatan cinta, beliau tetap menyelitkan info-info yang sangat berguna....

Maknanya aku takde la baca novel lagho jer...dapat gak la sedikit sebanyak ilmu yang aku perolehi dari hasil bacaan novel-novel nie...

Oklaaaa...esok aku ade meeting yang sangat penting di Pejabat Peguam Negara....

So ade sket lagi persiadaan yang perlu aku siapkan....

semoga Allah permudahkan segala urusan ku nanti... Aminnn...

Bubye korang... Have a nice day.....