Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Monday, 23 June 2014

Tips Mengurangkan Rambut Gugur dan Kembali Sihat

Salam korang...

Lama dah aku tak sharekan any tips right...

Just nak share dengan korang masalah yang aku alami baru-baru nie.

Like usual lepas bersalin masalah rambut gugur nie agak biasa right.

So aku since dah 4 kali bersalin mulanya malas nak ambik pusing sgt sebab tahap keguguran rambut masih dalam kawalan lagi... meaning takde la sampai botak kepala aku. Cuma rambut semakin menipis sedikit la.

Until 1 day aku pergi gunting rambut di sebuah salon di Tesco Setia Alam. Waaa...amoi tue punyer la bising2 kate rambut aku dah nipis sgt la macam2...

Maka die recommended anti-hair fall set from Loreal. Kononnyer it is the best product. Less chemical and sangat mujarab la...
 
Aku dengan hati yang berkobar2 melayang Rm150 beli set tue which is selama nie aku pakai syampoo head & shoulder mint tue jerrr...

Since the 1st time pakai rambut aku gugur sangat banyak...sampai segumpal rambut gugur time bersyampoo...

Aku sedapkan hati cakap pada diri sendiri takper...ni maybe kesan sampingan untuk sementara.

Tapi biler everyday rambut aku segumpal gugur setiap kali bersyampoo atau tidak... Bayangkan sampai katil, lantai rumah penuh dengan rambut aku merata-rata...up to the stage, within 2 week kepala aku naik botak....

Seriously botak as in sampai nampak kulit kepala!!!!

Terus aku stop pakai product tue dan kembali ke syampoo asal aku.
 
Unfortunately masalah keguguran rambut aku tetap tak stop juga.

Finally satu malam aku terjage dan hati sedih mengenangkan rambut aku tue, maka aku ambik minyak habbatussauda yang mak pernah bagi aku 6 tahun dulu waktu die balik haji dan lumurkan di atas kepala aku.


Seriously mmg tak berapa selesa memandangkan minyak tue agak likat. Tapi aku nekad jer la since orang kate minyak habbatussauda nie banyak khasiatnya.

Alhamdulillah sekali jer pakai rambut aku stop gugur and now anak2 rambut baru telah start tumbuh semula.

Fuhhh...lega siket hati aku. Tapi since aku nie memang pemalas rasenyer 2 kali jer kot aku pakai minyak tue atas kepala nie.

Since rambut dah tak gugur lagi, aku pon malas pakai dah and so far alhamdulillah aku nampak banyak anak2 rambut kembali tumbuh semula.

So to those yang mengalami masalah rambut gugur yang serious rasenyer boleh la try lumurkan minyak habatussauda sebelum tido, then bangun pagi tue syampoo la kepala kalo tak seharian ber grease kepala tue sure tak selesa.

Selain daripada aku lumurkan di kepala aku, minyak habbatussauda juga aku gunakan untuk sapu di dada anak2 bila mereka batuk.

So far alhamdulillah agak mujarab...

Rasenyer sekarang nie agak mudah untuk mendapatkan minyak nie di kedai-kedai arab atau kedai-kedai jamu dalam bentuk minyak didalam botol ataupun softgel untuk dimakan sebagai suppliment.

Aku memang amalkan makan softgel habbatussauda dalam usaha mengekalkan production susu aku dan control my hi-blood pressure....
 
Selamat mencuba!!!!

*segala gambar nie aku copy daripada Mr Google Image jer tau..sekadar untuk menunjukkan bagaimana rupa minyak habbatussauda nie.

Wednesday, 19 February 2014

Keperluan dan Persediaan Untuk Menyusukan Anak Sepenuhnya

Salam semua...

Lama aku tak menconteng ape-ape kat blog aku nie kan.

Baru-baru nie 1 of my classmate kat uni ask me to share tips on keperluan dan persediaan untuk menyusukan anak sepenuhnya.

Well aku takde la pakar dalam bidang breastfeeding nie. Tapi melalui pengalaman aku menyusukan ketiga-tiga anak aku sebelum ini sehingga mereka mencapai usia 2 tahun so boleh la aku sharekan serba sedikit tips melalui pengalaman dan hasil pembacaan dan perkongsian bersama-sama other breastfeeding moms.


  1. Perkara paling penting sebelum memulakan breastfeeding nie adalah nekad dihati. Sebab sepanjang tempoh 2 tahun breastfeed anak ni akan ade banyak cabaran dan dugaan yang akan ditempuhi. Kalau hati tak kuat tue yang ramai kecundang di tengah jalan dan end up akan bagi anak minum formula milk.
  2. Restu dan sokongan daripada suami. Bende nie jangan dipandang ringan. Sebab tanpa restu dan sokongan daripada suami kita pasti semangat nak breastfeed anak tue mudah luntur. Tapi kalau dapat full support from husband, sure kite berkobar-kobar nak fully breastfeed anak kite. Lagi pon kitekan nak jadi isteri dan ibu mithali...so perlu la dapatkan restu suami dulu sebelum melakukan ape-ape. If possible sharekan sebanyak mungkin benefit breastfeeding dengan suami kite. InsyaAllah pasti husband pasti akan merestui dan memberi sokongan yang sepatutnya.
  3. Waktu mengepam susu. Perkara ini amat penting dimana breastfeeding mom perlu mendisiplinkan diri untuk mengepam once in 2 to 3 hours. Wajib!!! Bagi memastikan susu sentiasa di stimulate bagi mengelakkan susu cepat kering. Basically jumlah susu yang dihasilkan oleh breast kita adalah berpandu kepada supply and demand concept. The more we pump out the milk, the more milk akan di produce oleh breast kita. So elakkan daripada selalu skip waktu mengepam. Ini adalah antara masalah utama working mother. Jangan risau jika didapati susu telah mula merudum. Anda boleh cuba melakukan power pumping diwaktu malam or boleh juga cuba supplement atau ubat daripada doktor bagi merangsang semula breastmilk.  
  4. Join breastfeeding group untuk mendapatkan moral support dan info daripada breastfeeding mom yang lain. Kalo kita lihat sekarang ini telah banyak breastfeeding group di buat di laman facebook atau NGO diluar sana seperti Kumpulan Ibu2 Menyusukan, Susuibu.my dan sebagainya. InsyaAllah hasil daripada perkongsian dan info serta tips yang diberi dan dikongsikan oleh breastfeeding mom yang lain akan secara langsung atau tidak langsung memberi semangat serta membantu dalam our breastfeeding journey.
  5. Bagi ibu-ibu yang bekerja seperti saya, breastpump amat diperlukan untuk collect ebm (expressed breast milk) sewaktu bekerja. Kalau dilihat ade banyak jenis pump di pasaran sekarang nie. So semuanya terpulang kepada budget dan kemampuan masing-masing. Macam aku dulu, time Hamzah memang tak pump la sebab time tue duduk di Holland jadi full time housewife. Waktu Hadie pula aku dah start bekerja. Since baru nak memulakan hidup di Malaysia time tue aku hanya mampu beli madela harmony manual breast pump. Seriously to those yang nak pakai manual breastpump, highly recommended la madela harmony tue. Sebab die ade 2 phase expression yang membantu untuk merangsang susu keluar dulu sebelum kite start mengepam sepenuhnya. kelemahan manual pump ni plak ianya mengambil masa min 40mint untuk siap pump kedua-dua belah breast dan tangan agak lenguh laaaa.... 
    Time Hannah, kami bermodal siket so tukar kepada spectra dew 350. Spectra adalah salah satu brand electric breast pump yang highly recommended juga dikalangan breastfeeding mom kerana harga yang berpatutan dan kite boleh laras level pumping...Keistimewaan pakai spectra ni adalah ianya double pumping, so tempoh mengepam dapat dipendekkan kepada 20 minit sahaja. Since level pumping boleh dilaras, memang sangat selesa la bagi kita memilih level kekuatan pump yang sesuai dengan diri kita. Cuma breast pump spectra ni memerlukan direct electric power from socket. So few time waktu ken bertugas diluar pejabat, takde power socket di surau, terpakse mengepam di toilet. Tapi, demi untuk Hannah time tu, mommy pump juga...
    Finally time Hakim, En Hubby telah bermurah hati menghadiahkan mommy madela freestyle. Memang sangat convenience, ringan dan portable.Walaupun menggunakan battery, tekanan pump tetap kekal sama sehingga battery habis, so tidak mengganggu proses mengepam. Battery can last for 3 hours, so 1 session will take 20 minnutes means sekali charge battery boleh guna untuk max 8 ke 9 session sebelum perlu dicharge semula. So far madela freestyle adalah the best breast pump yang aku pernah guna setakat ini. Untuk breastpump yang lain-lain tu rasenye korang boleh la google dan bace review daripada orang yang pernah menggunakannya ok!!!
  6. Tempat meyimpan ebm. Since time Hadie aku mengepam hari ini untuk kegunaan esok harinya, so ebm aku simpan terus di dalam botol. Tapi time Hannah, disebabkan stok ebm yg terlalu banyak, aku simpan ebm di dalam botol dan plastic zap seperti didalam gambar dibawah.



  7. Baju untuk breastfeeding. Baju ni takde la wajib ade, tapi baju yang di design khas untuk breastfeeding ni sangat memudahkan kita menyusukan anak especially in public. Tak perlu kite nak selak baju luas-luas.


  8. Poncho. Nie pon another optional item. Aku sendiri tak pernah ade. So far aku cover pakai tudung jer or pahmena. Ikut keselesaan masing-masing.


  9. Warmer -  diperlukan untuk memanaskan ebm. Tapi aku tak pernah ade pon sebab aku prefer direct feeding my kids tak kira dimana dan bila-bila masa. Ebm memang exclusively aku sediakan untuk my kids kat nursery sahaja. Namun jika korang rase tak selesa nak breastfeed anak in public boleh la bawa bekal ebm untuk diberi kepada anak. Warmer ade yang memerlukan direct electric power from socket dan ade juga yang portable cucuk didalam kereta. Kalau rase taknak pakai warmer nie, boleh juga rendam ebm didalam air panas (conventional way).


  10. Ice pack dan cooler bag. Sangat diperlukan untuk menyimpan ebm selepas dipump di pejabat atau dimana-mana sahaja. Biasanya ice pack untuk cooler bag ni boleh bertahan sehingga 10 ke 12 jam. Cukup la kot masa untuk memasti ebm tidak rosak sehingga kita transfer ke dalam fridge.

  11. Peti sejuk / deep freezer. Bergantung kepada berapa banyak stok ebm kita. Time Hannah ebm aku terlalu banyak sehinggakan freezer dekat rumah tue 100% digunakan untuk simpan ebm sahaja dan siap tumpang freezer nursery lagi sehinggakan ade ebm yang lama aku terpaksa buang sebab hendak memberi ruang kepada ebm baru. Ade some of breastfeeding mom, chest freezer tue pon penuh dengan ebm... wow!!! murah sungguh rezeki anak die kan. Time Hakim nie aku ade plan gak nak beli freezer memandangkan fridge baru nie freezer agak limited. Tapi plan tu masih kiv bergantung kepada jumlah ebm aku nanti. Tak perlu rushing....




  12. Teknik menguruskan ebm. Ebm nie agak sensitive. Jika tidak diuruskan dengan betul, nutrien di dalam ebm boleh rosak. So pengetahuan untuk menguruskan ebm perlu ada pada ibu yang breastfeed anak dan juga perlu disampaikan kepada orang yang menjaga anak kita agar ebm tidak rosak. Jika ebm telah rosak, nutrition di dalam ebm akan hilang = anak minum air kosong jer laaa...


Untuk makluman korang, semua gambar dan illustration post aku kali ini adalah daripada en google sepenuhnya dan ianya adalah sekadar untuk perkongsian ilmu.

Harap dengan info-info tadi dapat membantu ibu-ibu diluar sana.... 

Tuesday, 20 August 2013

Malaysia Book of Records: Simultaneous Breastfeeding of 500 Moms-and-Babies 2013

Salam korang...

Kepada semua bakal ibubapa, new parents dan sesiapa sahaja yang support breastfeeding jiom join dan menjadi sebahagian daripada acara ini yang akan diadakan seperti berikut :

Tempat : Grand Ballroom, Grand Season Hotel, Jalan Pahang, Kuala Lumpur
Tarikh : 24 Ogos 2013
Masa : 9.00 pagi hingga 6 petang ( pendaftaran for Malaysian Book of Records bermula jam 12 tengah hari)

Simultaneous breastfeeding record-breaking segment akan diadakan jam 4.30 petang selama 5 minit.

Yuran penyertaan : RM 20 seorang (termasuk lunch, sijil penyertaan dan yuran. Some activities akan dikenakan bayaran berasingan)

Kanak-kanak dibawah 12 tahun, masuk adalah percuma.

Walk-in and registeration yang dibuat selepas 22 Ogos akan dikenakan bayaran Rm50 seorang.

Baking details : Maybank 5127 8106 0359 (Jaringan Penggalak Penyusuan Susu Ibu).

Untuk keterangan lanjut berkaitan acara bolehlah merujuk ke website http://tinyurl.com/GOL13Itinerary 

So ape lagi semua...jiom sertai sekarang!!!!

Friday, 12 April 2013

Cara Menyimpan & Memanaskan Susu Ibu Dengan Betul


Kali nie aku nak share sket cara menyimpan dan memanaskan susu ibu dengan betul.

Perkara ini perlu diambil berat oleh para ibu bagi memastikan kualiti EBM terjamin.

Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku, termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.




*Contoh-contoh botol dan plastic menyimpan EBM dari En Google

Membersihkan Bekas Penyimpanan:
  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan steriliser.


    *Contoh-contoh steriliserbotol susu dari En Google
Panduan Menyimpan Susu Ibu:
  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan
susu.

Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu:
    - bahagian fridge 4°C: 7 hari
    - bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
    - bahagian fridge, 4°C: 5 hari
    - bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting:
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas atau dengan merendamkan botol ke dalam warmer.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.


*Contoh-contoh warmer botol susu dari En Google


Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.

Thursday, 11 April 2013

Kehebatan Susu Ibu

Sebenarnya aku amat sedih bila melihat baby yang baru lahir terus diperkenalkan dengan susu formula...

Tau tak korang sebenarnya susu ibu adalah cecair yang sangat powerful!!!

Allah memberi keistimewaan kepada ibu-ibu yang baru lepas bersalin dengan penghasilan susu ibu.

So ibu-ibu diluar sana, jangan lah kita mensia-siakan kurniaan Allah kepada kite...
Hannah waktu 5 months young & exclusively breastfeeding


Jiom kite tengok sama-sama apakah kehebatan susu ibu nie pada baby.

Sistem Imunisasi
Sistem imunisasi yang sangat baik berikutan kandungan susu ibu yang mempunyai antibodi dan vaksin yang baik untuk baby. Ianya juga mengurangkan risiko kanser pada zaman kanak-kanak.

Tinggi IQ
 Sejenis kolestrol dan jenis lemak lain di dalam susu ibu membantu pertumbuhan tisu saraf.

Endokrin Sistem 
Mengurangkan kadar penyakit Diabetis.

Kulit
Kurang mendapat alahan pada kulit

Telinga
Kurang mendapat jangkitan telinga

Mata
Penglihatan lebih tajam

Mulut
Perkembangan otot muka lebih baik

Sendi dan Otot 
Kanak-kanak yang minum susu ibu kurang mendapat penyakit otot.

Tekak
Kanak-kanak yang minum susu ibu kurang mendapat Tonsillectomies

Lidah
Rasa susu ibu yang pelbagai membuatkan baby lebih menerima perlbagai jenis makanan apabila baby mula makan makanan pepejal nanti. Baby juga lebih seronok dengan rasa susu ibu yang pelbagai berbanding dengan susu formula yang mempunyai rasa yang sama sepanjang masa.

Saluran Kencing
Kurang mendapat jangkitan pada saluran kencing.

Usus
Kurang mendapat sembelit.

Jantung
Baby yang menyusu susu ibu mempunyai rendah kolestrol apabila dewasa kelak. Kadar degupan jantung juga lebih rendah pada baby yang menyusu susu ibu dan mengurangkan kadar serangan jantung.

Sistem Pernafasan
Bayi-bayi yang menyusui susu ibu kurang jangkitan pernafasan, kurang nafas berbunyi, kurang pneumonia dan kurang selsema.

Apendiks
Kanak-kanak yang membesar dengan susu ibu kurang mendapat apendiks zaman kanak-kanaknya.

Sistem Penghadaman
Kurang mendapat cirit-birit. Jika diberi susu ibu sehingga enam bulan atau lebih secara ekslusif, boleh mengurangkan risiko alergik kepada makanan. Juga boleh mengurangkan penyakit ulcerative colitis apabila dewasa kelak.

Buah Pinggang
Kandungan garam dan protein yang minimum membolehkan susu ibu lebih mudah dicerna oleh buah pinggang baby.

Banyakkan kelebihan susu ibu...

So aper lagi ibu-ibu, tanamkan azam anda untuk memberi yang terbaik untuk baby dengan memberikan mereka susu ibu secara ekslusif sehingga baby mencapai umur 6 bulan dan seterusnya sehingga mencapai usia 2 tahun. InsyaAllah....


p/s : Maksud memberikan susu ibu secara ekslusif adalah tidak memberikan apa-apa makanan atau minuman lain melainkan susu ibu sahaja kepada baby. Apabila baby mencapai usia 6 bulan, baby perlu diperkenalkan dengan makanan pepejal secara perlahan-lahan.       

Tuesday, 9 April 2013

Breastfeeding & Flu

Selsema merupakan satu penyakit yang agak normal untuk semua orangkan.

Tapi macam mana pula dengan ibu yang breastfeed (bf) anak diorang...

Gambar dari En Google


Q : Adakah perlu untuk ibu memberhentikan bf kepada anak jika ibu dijangkiti selsema???

Jika ibu telah terdedah dengan persekitaran selsema tetapi masih belum sakit, tidak jadi masalah untuk bf anak atas menyimpan stok EBM. Sebenarnya didalam susu ibu terdapat antibodi yang secara langsung akan membina sistem imunisasi anak kita.
Tetapi jika ibu telah mempunyai symptom selsema yang teruk, adalah dinasihat meminta bantuan orang lain untuk memberi anak anda EBM menggunakan botol.

Q : Bagaimana hendak melindungi anak jika ibu telah dijangkiti selsema?

Jika ibu tidak telah dijangkiti selsema beberapa langkah boleh diambil bagi mengelakkan daripada anak turut dijangkiti bersama :

  • Kurangkan sentuhan terhadap ibu dan baby
  • Cuci tangan dengan sabun dan air suam sebelum menyentuh atau memegang bayi.
  • Pakai topeng muka
  • Jika tiada topeng muka, pastikan ibu bersin atau batuk ke aras bertentangan dengan anak atau tutup dengan tisu bukan direct ke muka baby. Kemudian buang dengan elok tisu yang digunakan dan pastikan tangan ibu dicuci semula
  • Gunakan tuala atau selimut yang bersih dah kering apabila ibu ingin memegang atau menyusukan baby. Pastikan tuala atas selimut yang digunakan adalah sentiasa kering dan bersih.
  • Sebelum bf baby, pastikan breast ibu dicuci dengan mild soap dan dibilas dengan air suam.
  • Pastikan peralatan makan, minum, tuala, pakaian, katil bantal atau selimut tidak dikongsi antara ibu dan baby semasa selsema sehingga ibu betul-betul pulih dari selsema.
Q :  Bolehkan ibu yang bf baby mengambil ubat selsema???

A :  Boleh!!!! Ibu boleh mengambil ubat antiviral yang telah ditetapkan oleh doktor seperti oseltamivir (Tamiflu) or zanamivir (Relenza) mengikut yang dos yang telah ditetapkan

Q :  Bolehkah bf baby yang telah dijangkiti selsema???

A :  Wajib!!!! sebab, baby yang selsema memerlukan lebih banyak air dan susu ibu adalah cecair yang terbaik dalam membentuk imunisasi badan baby.

Haaa... so lepas nie jika anda dijangkiti selsema, harapnya anda telah tau aper yang perlu dilakukan kepada diri dan baby ok!!!!
 

Friday, 5 April 2013

Maternity & Motherhood Expo Mid-Valley

Lunch hour tadi mek Anis Fuad ajak ke Mid-Valley.

Actually aku lupa yang ade Maternity & Mootherhood Expo tengah berlangsung kat Mid-Valley.

Dah sampai baru realise.So aper lagi..terus la pegi cuci-cuci mata kejap.

Manusia punyer ramai usah cakap laaa...

Bagi sesiapa yang berminat nak pegi hurry-up.

Expo nie bermula dari hari ini 05 April 2013 sehingga Ahad 07 April 2013.