Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Wednesday, 30 October 2013

Simple Beef Stew

Salam semua...

Harinie alhamdulillah sempat gak aku blik rumah and masakkan dinner for the kids...

Walaupun simple food but the Hafiizans love it...

Nie resepi yang mak aku suka masakkan dari aku kecik lagi...

Semua main campak-campak jer so memang takde exact amount for the bahan-bahan.




Simple Beef Stew


Bahan-bahannya :

*Daging
*Bawang besar
*Bawang putih
*Serai
*Tomato puree
*Sos tiram
*Kicap cair
*Lada hitam
*Garam secukup rasa
*Carrot
*Kentang
Tepung jagung

Cara membuatnya :

Rebus semua bahan bertanda * sehingga daging empuk dan masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Siap untuk dihidang dan boleh dimakan bersama roti atau nasi...


Selamat mencuba...

Tuesday, 22 October 2013

5 Makanan Untuk Mengurangkan Risiko Kanser Payudara

Sumber : Yahoo


21 Okt - Seperti yang kita sedia maklum, kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Pakar percaya gaya hidup yang berbeza dan tabiat makan tidak sihat merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembiakan sel kanser payudara terutama bagi wanita yang sudah menopaus.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda mula mengamalkan tabiat makan yang sihat bermula sekarang untuk mengurangkan risiko kanser payudara. Sempena dengan bulan mencegah kanser payudara, dibawah merupakan beberapa jenis makanan yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser ini.

Buahan dan sayur sayuran
Buah buahan merah (lobak, tomato) oren dan sayur – sayuran yang kaya dengan karotenoid boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 20 peratus. Karatenoid boleh didapati dalam tomato dan lobak merah.

Ikan & kacang
Menurut British Medical Journal, Asid lemak Omega 3 yang ditemui dalam ikan dapat meningkatkan sistem imunisasi seseorang dan juga melancarkan peredaran darah. Ia dapat mengurangkan risiko sebanyak 14 peratus . Asid lemak ini juga boleh ditemui dalam kacang seperti mentega kacang .

Buah beri
Strawberi dan rasberi mengandungi kandungan asid elagik yang tinggi. Asid elagik bukan sahaja membantu mengurangkan risiko mendapat kanser payudara, tetapi juga kanser kulit, pundi kencing dan paru – paru bermasalah.

Makanan yang mempunyai vitamin D
Vitamin D boleh didapati daripada kacang soya, badam atau susu. Makanan ini mempunyai kandungan Vitamin D yang tinggi.

Bijirin
Bijirin kaya dengan serat. Penyelidikan membuktikan bahawa dengan mengambil 10 gram bijirini sehari dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 7 peratus.

Monday, 21 October 2013

Smoked Salmon & Spinach Quiche Recipe...

Haaa.. puas dah menikmati gambar quiche aku????

Well semuanya telah selamat masuk perut kami semua...ekekekekeke...

Mulanya takot gak aku nak buat besar camnie sebab takot the Hafiizans taknak makan biler nampak all the spinach dalam the quiche.

Tapi biler aku sebut jer takde langsung rase sayur tue and mostly rase smoked salmon and cheese sahaja terus laju jer diorg makan.

Hamzah malam tu tak makan pon sebab dah tertido. Tapi since ade banyak left-over dinner tue aku simpan dalam fridge.

Bangun pagi terus kelaparan. Bayangkan 1/4 quiche tue Hamzah makan sorang. Then portion untuk daddy and aku punyer pon Hamzah sebat. Balance adik-adik die pon Hamzah habiskan. End up aku rase Hamzah makan almost 1/2 of the quiche.

Nasib ade stock frozen chicken pie dalam freezer so En Hubby breakfast makan chicken pie sebab 1/2 of the quiche habis lenyap pagi tue gak.

Jiom kite tengok recepi quiche yang sebenarnya sangat mudah.

Well aku tak ikut exactly mane-mane recepi sebenarnya. Ikut sedap tekak jer tau!!!

Smoked Salmon & Spinach Quiche 

Bahan-bahannya :

2 keping flexi pastry (aku pakai brand Kawanku)

1 kotak kecil thick cream
100 gram spinach (aku beli new zealand spinach yang dah ready washed)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 pack smoked salmon
1 cawan grated cheddar cheese
1/4 cawan parmesan cheese
5 biji telur
1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara membuatnya :

  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan masukkan daun spinach.
  2. Setelah daun spinach agak masak sedikit padamkan api dan ketepikan.
  3. Di dalam dulang pie masukkan kulit pastry.
  4. Campurkan thick cream dan telur.
  5. Kemudian masukkan spinch tadi, smoked salmon yang telah dicarik sedikit, 1/2 cawan cheddar cheese, 1/4 cawan parmesan cheese dan lada hitam kedalam campuran thick cream dan telur tadi.
  6. Gaul rata semua bahan tadi dan tuang kedalam dulang pie.
  7. Taburkan baki cheddar cheese keatas adunan dan bakar selama 45 minit.
  8. Setelah siap, bolehlah di hidangkan.

Selamat mencuba!!!! 


 
 

Saturday, 19 October 2013

Smoked Salmon & Spinach Quiche

Salam semua,

This is our dinner tonight and alhamdulillah the kids love it so much termasuk la En Hubby...

Very simple food yang complete in 1 meal...

Recipe nanti aku sharekan ok!!! 






 

Tuesday, 10 September 2013

Al-Amin XianJiang Muslim Restaurant

Salam korang...

Lama rasenye aku tak buat food review kan...

Ahad aritue aku berkesempatan ke Al-Amin XianJiang Muslim Restaurant yang terletak di ground floor SStwo Mall, Petaling Jaya. Tak silap aku no lot restaurant nie adalah G53. Sebaris dengan Restaurant Belanga yang telah pon tutup.

Since kami sekeluarga adalah food lover especially chinese food, kesempatan mencuba makanan disana selepas menyaksikannya di Jalan-jalan cari makan 2 minggu yang lepas tidak dilepaskan.

Since busy makan sambil melayan kerenah permata-permata hati aku 3 orang tue sampai lupa nak snap gambar makanan yang diorder.

Tapi hasil comment yang diberikan oleh En. Hubby, MIL & FIL yang dah beberapa kali berkunjung ke negara China, makanan di Al-Amin XinJiang Muslim Restaurant nie memang hampir sama rasa masakannya dengan masakan chinese muslim di negara China.

So to those yang berhajat nak merasakan makanan authentic chinese muslim di negara China, boleh la cuba datang ke restaurant ini.

Kat bawah nie some photo of makanan yang kami order haritue yang aku cilok dari Mr Google (minta maaf la yerrr)...

 

 
 
 

Monday, 5 August 2013

24, 25 & 26 Ramadhan....

Salam korang...

Harini insyaAllah tinggal lagi 3 hari sahaja lagi untuk umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan...

Sekejap betul rasa masa berlalu...

Sure masing-masing tengah sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut Syawal plak kan...

Well kisah Ramadhan aku pon dah nak sampai ke penghujung dah nie...

So far alhamdulillah Hamzah masih mengekalkan puasa Ramadhan tanpa tinggal walau sehari pun lagi...

Hadie plak tahun nie terpakse tuang sehari puasa on last sabtu, 25 Ramadhan. Tue pon sebab die demam panas tak kebah-kebah.

Then bukan takat demam panas jer..bersekali dengan cirit-birit plak tue..so terpakse pujuk die untuk tinggalkan puasa sehari...

To me okla since Hadie pon baru jer 5 tahun.

Buat ape nak pakse die berpuasa jika boleh memudaratkan diri die..tambahan lagi belum wajib ke atas diri die untuk berpuasa...

Semangat berpuasa yang ditunjukkan oleh Hamzah & Hadie tue pon dah cukup buat aku dan En Hubby bersyukur.

24 dan 26 Ramadhan kami berbuka di rumah MIL.

24 Ramadhan aku makan lontong again!!! Yummy!!! Tak pernah jemu aku makan lontong nie... memang one of favorite aku...

26 Ramadhan semalam plak nenek masak briyani udang... MIL beli udang kertas besar-besar dari pasar.

So aper lagi..sampai bertambah nasi la aku makan...memang terbaik....

25 Ramadhan, kami geng-geng Masdutch sama-sama pakat anjurkan majlis tahlil dan iftar di rumah sahabat kami, Rozie.

Muaz & Ahmad sponsor nasi arab, while kawan-kawan yang lain plak bawak perlbagai juadah... memang banyak sangat food siap tapau bawak balik untuk makanan sahur tue...

Aku plak since sabtu tue busy dengan hantar kereta service dan kemas rumah serba sedikit maka aku mintak En Hubby belikan buah yang tidak perlu dipotong...

Meaning buah yang hanya perlu dicuci dan terus hidang...So En Hubby beli la buah longan yang sangat manis!!!

Semoga dengan majlis dan sumbangan yang tak seberapa tue dapat membantu Rozie dalam mencari kekuatan diri meneruskan kehidupan beliau dengan 3 orang anak yang masih kecil lagi...

Ikutkan hati memang sayu biler melihat wajah Aishah Zahra yang baru berusia dalam 40 hari.

Tapi aku pasti setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya.

Semoga Allah akan permudahkan segala urusan Rozie dalam membesarkan dan mendidik ketiga-tiga cahaya mata beliau.

Sesungguhnya itulah harta yang tidak ternilai yang ditinggalkan oleh arwah Iskandar untuk Rozie jaga dan pelihara.

Harini aku dan En Hubby masih bekerja lagi... Yerlaa..nak ambik cuti pon bukan kami nak balik jauh pon.

15 minit perjalanan dari rumah aku dah sampai rumah mak. 

Then 30 minit perjalanan plak dah sampai rumah MIL.... ekekekekekeke

So tahun nie insyaAllah kami akan pulang dulu ke rumah mak aku di pagi raya, then akan langsung ke rumah MIL on raya kedua dan ketiga...

Untuk raya ke-4 dan seterusnya plak bergantung kepada keadaan.

Plan nak bawak the Hafiizans berjalan...kemana tue blom decide lagi..tapi yang sure sekitar Kuala Lumpur jer kot...

Okla korang..harini Hamzah & Hadie ikut aku ke office...so busy sket la aku sebab nak kene layan kerenah dua beradik tue. 

Bukan aper...takot diorang ganggu plak officemate yang lain...

Nak keluar merayau pon tengah patah kaki nie sebab kereta pada En Hubby...

Kesimpulannya... duduk la kami bertiga beranak baik-baik di office jer untuk sepenjang hari....

Selamat berpuasa semua!!!!

 

Friday, 2 August 2013

22 & 23 Ramadhan....

Salam korang...

Pantas sungguh masa berlalukan. Dalam tempoh kurang lagi seminggu Ramadhan akan meninggalkan kita....

Bersempena Aidilfitri yang hampir kunjung tiba aku telah mengambil kesempatan menyesakkan diri di Jalan TAR waktu lunch hour.

Niat dihati nak cari baju melayu untuk En Hubby, Hamzah & Hadie.

Unfortunately takde plak warna yang aku berkenan....

End up semalam aku ajak En Hubby singgah Ampang Park kejap dan berjaya membeli sepasang baju melayu untuk suami tercinta...

Since misi membeli baju melayu Hamzah & Hadie belum tercapai, maka esok pagi-pagi aku dah plan nak ajak En Hubby and the Hafiizans untuk pegi ke Wisma Yakin... Harapnye jumpe la baju melayu untuk anak-anak terunaku...

Ok, nie aku nak cerita plak pasal iftar 22 Ramadhan kami.

Well, kelmarin kami dengan jayanya berbuka di rumah MIL....

Pergghh...syiok berbuka bila MIL rupanya belikan mee tarik warisan untuk iftar haritue...

Bagi sesiapa yang tak tau lagi aper itu mee tarik warisan boleh jengok entry aku kat sini.

Thank you so much ibu sebab belikan mee tarik kegemaran aku tue walaupun sebenarnya aku bagitau die yang kami akan datang berbuka quite last minute.

Untuk sahur plak aku gorengkan nugget for Hamzah & Hadie, while aku dengan En Hubby makan nasi briyani yang aku order kat office.

Orait, kite sambung plak dengan cerita semalam yang bersamaan dengan 23 Ramadhan.

Actually merupakan ulang tahun kelahiran insan yang amat aku sayangi dan aku hormati.

Dialah segalanya dalam hidup aku... Melahirkan aku, membesarkan aku, mendidik aku seterusnya tidak jemu mencurahkan kasih sayangnya kepada aku..

Orang itu tiada tandingnya dan dia adalah mak aku, Hjh Wahida Abdullah @ Peh So Gim.

Happy Birthday Mak!!! Semoga mak panjang umur, murah rezeki dan sentiasa diberikan kesihatan...

So bagi meraikan birthday mak semalam aku pepagi dah call pesan kat mak untuk berehat jer takyah masak untuk berbuka semalam.

Sebab aku nak balik kerja masakkan lauk untuk berbuka ker??????? Muahahahahahaha...kirim salam la yer.. balik keje pon sampai rumah dah dekat pukul 7 takde maknenye aku nak masak bagai..

Aku mintak mak choose nak makan kat mane since mak tue payah bebenar nak ajak makan kat kedai...

End up mak ajak makan kat The Mahattan Fish Market.


Maka balik keje semalam aku terus singgah rumah mak dulu.

After berbuka ala kadar dan usai solat maghrib terus kami bertolak ke Setia City Mall.

Perhhh...betol punyer ramai orang semalam...biasanya mall tue kalo weekdays memang kosong.

Tapi semalam boleh tahan ramai orang berbanding biasa.... mungkin ramai yang bershopping last minute untuk raya kot...

Sampai tempat yang dituju sekali ramai orang la plak..so terpakse la Q menunggu about setengah jam baru la dapat tempat duduk.

Since masing-masing dah lapar and the Hafiizans dah start mengantuk terus jer aku order set Ramadhan yang disediakan.


Kalo tengok set tue agak banyak makanannya. Risau gak aku kalo tak habis.

Tapi since semua foodnya sedap belaka... habis licin semua kami makan...

Alhamdulillah...

Selesai makan terus salam mak dan adik aku, Yomie terus kami bergerak balik rumah since dah dekat pukul 10 malam...

Pagi nie untuk sahur aku just grillkan chicken sosej untuk Hamzah & Hadie.

Aku dengan En Hubby plak makan bubur lambuk yang mak bekalkan... well to me bubur lambuk mak masak is still the best!!!!

Okla korang...actually office aku dah start sunyi nie..ramai yang akan memulakan cuti aidilfitri start today...

Since aku boleh diketegorikan sebagai orang local jer, seperti tahun-tahun sebelum ini aku akan menjadi penunggu office sampai sehari sebelum raya....

Hati nie ade gak rase macam nak merayau tengah hari nie...tapi member plak takde... So buat semua reader rumahbatamerah, aku ingin mengucapkan Selamat berpuasa semua!!!! (masih Ramadhan lagi kan....)
 

Wednesday, 31 July 2013

20 & 21 Ramadhan...

Salam korang..

Diam tak diam dah masuk hari ke 22 Ramadhan dah kite kan!!!

Camner persediaan menyambut Aidilfitri masing-masing???

Seriously cakap aku & En Hubby sebenarnya belum buat any serious preparation untuk menyambut hari raya tahun nie...

Malam tadi baru aku start kumpulkan semula pakaian-pakaian the Hafiizans yang aku dah belikan dari awal dulu termasuklah pakaian-pakaian yang MIL & SIL belikan juga...

MIL & SIL aku memang menjadi kesukaan diorang belikan pakaian untuk the Hafiizans. Aku dengan En Hubby plak memang tersenyum lebar jer laaaa... Untung aku kan!!! Alhamdulillah...tue namanya rezeki Allah berikan.

Tahun nie the Hafiizans tema pakaian raya diorang agak berlainan sket since MIL ade belikan pakaian daripada China untuk diorang haritue..meaning raya diorang akan berkonsep berhari raya di China....

Then mak pon aritue ade belikan pakaian batik jawa untuk the Hafiizans waktu die pergi melawat abang aku kat Banten, Jakarta. So ade antara hari di hari raya tue nanti the Hafiizans akan mengayakan plak pakaian batik jawa....

So internationalkan anak-anak aku!!!

Tue blom lagi baju Hackett yang SIL order khas dari U.K!!! perrgghhh...tahun nie the Hafiizans memang beraya sakan dengan tema satu dunia....

Namun begitu ada resam tidak dilupakan... baju kurung untuk Little Princess Hannah aku dah belikan siap-siap. Sekarang nie tinggal lagi nak carikan baju melayu saja untuk En Hubby, Hamzah & Hadie.

InsyaAllah kalo ade rezeki tengah hari nanti aku nak keluar mencari kejap.

Harapnye aku larat la memandangkan harini kesihatan aku agak kureng...

Rasenyer bp aku naik tinggi kot time sahur tadi sebab hidung aku tetibe berdarah dan aku termuntah lepas subuh tadi... biasanya tue tanda-tanda bp aku tengah tinggi tue...

Sebenarnya ubat hbp aku dan makan siap-siap waktu sahur tadi. Tapi bukannyer darah tue bley turun serta merta kan!!!

Pakaian raya aku plak, alhamdulillah telah selamat aku collect dari toilor aku semalam... Actually aku nie memang jenis menempah baju kurung setahun sekali jer sebagai baju raya langsung terus akan menjadi baju aku pegi keje... Ekekekekekeke...

En Hubby plak so far dah ade sehelai t-shirt Hackett yang SIL belikan untuk die. Sayang adik pada abang die yang sorang tue....

Then MIL plak ade belikan baju dari China gak untuk En Hubby yang akan dipakai time raya... Actually baju untuk aku pon ade gak MIL belikan...tapi aku akan pakai baju tue biler ke tempat yang sejuk jer la kot memandang baju tue more to overcoat.

Kuih raya seperti tahun-tahun terdahulu memang semuanya adalah hasil tunjuk-tunjuk jer... 

Tahun nie kami menjalankan aktiviti berjimat cermat dimana kuih raya yang ditempah semuanya 1 bekas sahaja dan total jenis kuih raya dalam 5 jenis sahaja yang ditempah. Kalo ade extra tue meaning rezeki orang bagi...alhamdulillah syukurrrr....

Orait....cukup serious ker persediaan raya aku tue?????? Bagi aku belum cukup serious selagi kerja-kerja overhaul rumah belum dimulakan...

InsyaAllah weekend nie persediaan akan menjadi lebih serious...

Crite plak pasal 20 Ramadhan aritue, kami balik kerja terus jer pergi Setia City Mall... 

Pusing punyer pusing end up kami berbuka di KFC jer... Sahur plak kami makan chicken wrap... camner nak buat chicken wrap tue korang bley refer pada entry aku yang kat sini.


Then semalam on 21 Ramadhan En Hubby ajak berbuka dengan kawan-kawan program BAKTI die dekat Hadramwat Palace Restaurant...

Hamzah dengar jer berbuka kat kedai arab die memang excited laa...

Kepada sesiapa yang nak tau pasal restaurant nie boleh la check kat website die di sini.


Sorry sangat disebab kekalutan aku sendiri semalam memang aku lupa nak keluarkan camera dan ambik gambar-gambar sepanjang kat sana...

Aper pon aku boleh katekan not bad gak restaurant nie....

Cuma mungkin aku terlalu penat semalam so selera makan aku tersangat merudum.

Tak banyak pon food yang mampu aku telan semalam.

Untuk sahur pagi nie aku just goreng nugget for the Hafiizans (Hannah pon bangun join sahur) then aku panaskan semula stok tauhu anora yang aku memang simpan dalam fridge kat rumah.

Since grilled chicken strip semalam ade balance lagi untuk cukup 1 wrap so aku buatkan chicken wrap untuk En Hubby.

So far aku berasa sangat beruntung sebab Hamzah & Hadie masih lagi dapat mengekalkan puasa Ramadhan diorang tanpa tinggal walau sehari.

Semoga Allah permudahkan lagi urusan kami sekeluarga. Aminnn....

Monday, 29 July 2013

Baked Carbonara

Jiom aku share sket resepi baked carbonara yang aku masak last saturday.

Actually aku agak mengelat gak time masak nie sebab aku pakai ready made sauce from Leggo's.

Aper pon jiom kite tengok cara penyediaannya yang mudah dan cepat!!!

Baked Carbonara

Bahan-bahannya :


1 botol Leggo's Carbonara pasta sauce
1/2 bungkus shell pasta (or macaroni pon boleh)
Brisket beef strips
Straw mushroom
Parmesan cheese
Cheddar cheese
Olive oil


Cara membuatnya :

Rebus shell pasta sehingga lembut
Tumiskan beef strips dan straw mushroom dengan sedikit olive oil
Masukkan carbonara sauce dan shell pasta
Gaul rata semua bahan tadi.
Di dalam mangkuk casserole or tray masukkan separuh daripada pasta tadi dan taburkan parmesan cheese dan cheddar cheese.
Kemudian lapiskan lagi dengan baki pasta yang tinggal dan taburkan lagi parmesan cheese dan cheddae cheese di atas pasta tersebut.
Bakar di dalam oven pada suhu 180 degree celcuis selama 40minit.
Siap untuk dihidang...



 

17, 18 & 19 Ramadhan...

Salam korang...

Haaaa....aku lambakkan 3 hari punyer entry kali nie.

Semuanya gara-gara badan yang lemau sepanjang weekend.

We start with 17 Ramadhan bersamaan dengan hari Nuzul Quran.

Since kami sekeluarga kerja dan sekolah di Kuala Lumpur, maka Jumaat lepas kami sekeluarga tidak bercuti...

Balik kerja ingat nak berbuka puasa kat rumah jer... Tiba-tiba on the way balik rumah mak plak call ajak berbuka di rumah die.

Terus En Hubby kate ok...Sebelum sampai rumah mak kami singgah dulu pasar ramadhan Setia Alam.

Hajat dihati nak cari murtabak jer...al-maklumlah puasa kali ni aku tak rase lagi walau sepotong murtabak....

Rase macam tak lengkap ramadhan aku kalo tak berbuka dengan murtabak walau sekali pon jadilah...

Maka jumaat lepas kami beli murtabak, honey chicken wing, putu piring, balls (Hamzah & Hadie punyer), tau foo fah (Hamzah punyer) and char kuew teow (Hadie punyer).

Ikutkan mak memang tak bagi beli any food from pasar ramadhan sebab takut tak habis dan membazir. Tapi since mak buyung nie teringin nak makan murtabak maka En Hubby turutkan gak laaa...

Sampai rumah mak rupenyer mak dah sediakan nasi lemak (favorite Hamzah), lauk-lauk sampingan dan mee goreng (yang terlebih masin...muahahahahaha).

After berbuka terus pack makanan sket untuk sahur dan kami balik rumah...

So sahur subuh tue Hamzah & Hadie makan mac & cheese (again???? dah tue fav diorang), while aku dengan En Hubby makan nasi lemak, sambal udang, daging goreng dan tauhu goreng which yang aku tapau dari rumah mak....

18 Ramadhan buat pertama kalinya aku berkesempatan untuk masak sendiri juada iftar kami...

Aku masak baked carbonara dan puding sagu... Air plak aku sediakan sirap selasih jer since Hamzah suke sangat minum sirap selasih.
Baked carbonara


Santapan iftar


Hamzah loves it so much...

Puding sagu


Lepas berbuka terus kami bersiap untuk pergi ke majlis tahlil arwah Iskandar di Taman Melawati.

Biler dah jumpe geng-geng Masdutch tue banyak la plak topic nak diborakkan. So kami sambung borak plak kat kedai mamak sampai pukul 1.15a.m.

Perghhhh...sampai rumah dekat pukl 2a.m tue...Disebabkan takot terlajak tak bangun sahur maka aku pon menahan mata dari tertido dengan melayan cerita Skyfall.

Pukul 4a.m terus turun dapur panaskan semula pasta dan kejutkan En Hubby, Hamzah & Hadie untuk bersahur.

Since hari ahad, lepas subuh terus aku bergolek tido....

Pukul 12.30 En Hubby dah bunyikan siren suruh semua orang mandi dan bersiap...

Rupenyer die nak bawak the Hafiizans pegi tengok movie!!!
Hannah berangan main the game

Hadie pon same...

Hamzah trying his luck while Hadie & Hannah bagi moral support

While waiting for the movie...
Maka kami pon pergi la ke Setia City Mall untuk menonton cerita Turbo.

Movie nie dah lama Hamzah & Hadie nantikan... Everyweek tanye daddy die dah keluar ke blom...

Well boleh dikatekan cerita TUrbo tue memang 100% sesuai dengan kanak-kanak.

Sampaikan at 1 stage aku boleh terlelap...uhuhuhuhuhuh...

Habis tengok movie En Hubby decided to berbuka di rumah MIL plak...

So on the way to rumah MIL aku singgah pasar ramadhan TTDI kejap tapau popiah basah yang dipesan nenek, apam beras kegemaran aku dan the Hafiizans dan kuih cuping telinga yang menjadi kegemaran En Hubby.

Masuk jer pintu rumah MIL semerbak bau masakan dari dapur...

Wahhhh... MIL masak asam pedas ikan dan ikan bakar petai la semalam!!!!

Turn nenek untuk rest plak nampaknyer kali nie...

Dah dekat waktu berbuka plak, En Hubby keluar pegi belikan KCF for the Hafiizans since dah janji dari awal lagi...

Siap makan semua terus bergerak untuk balik ke rumah.

On the way balik tetibe Hamzah request nak sahur nasi goreng cina... Alamakkk.... nasi putih tak masak lagi kat rumah.

Satu kerja plak aku nak masak dulu nasi then baru boleh goreng the nasi. 

Mata aku memang dah tak larat buka time tue. Maka En Hubby singgah Damansara Uptown untuk tapau nasi goreng cina, char kuew teow dan tang hoon goreng dari gerai Tony (favorite gerai kami die Damansara Uptown dari zaman student dulu).

Sahur hari nie memang sah-sah la kami semua makan makanan yang dah ditapau disiap dari uptown... Senang keje makcik...

Ikutkan pagi nie mata aku berat betol nak bangun pagi...tapi mengenangkan Hamzah & Hadie yang berpuasa and hari ni Isnin dikuatiri jalan akan jam giler... Aku paksa gak diri bangun...

Tapi sepanjang perjalanan hantar the Hafiizans ke sekolah masing-masing sampai la ke office aku memang aku membuta jer la sepanjang jalan....

Nasib En Hubby tetap gagah drive the car...ekekekekkeekekeke... 

Friday, 26 July 2013

15th & 16th Ramadhan....

Salam korang....

Sebelum aku memulakan cerita pasal Ramadhan 15th dan 16th kami, aku memohon jasa baik reader untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada salah seorang rakan kami semasa di bumi Netherlands dulu... Allahyarham Iskandar Kassim yang telah pergi buat selamanya semalam.... Al-Fatihah....

Actually pemergian arwah sangat memberi kesan pada diri aku bila mengenangkan isteri arwah, Rozie yang sekarang ini masih lagi dalam pantang anak no. 3 mereka. Lebih menambahkan sedih dihati bila melihat Aiman, 6 dan Aishah Sophea, 3 duduk disebelah jenazah abbi mereka di masjid semalam....

Hati aku bertambah-tambah sayu apabila di tanah perkuburan, Aiman memeluk umminya dan cakap yang dia rindukan abbi... Ya Allah, besar sungguh dugaan yang ditanggung oleh sahabatku Rozie Ahmad...

Aku juga mohon reader semua untuk mendoakan  semoga Allah memberikan kekuatan kepada Rozie untuk meneruskan hidup bersama-sama putera & puteri-puteri beliau dan semoga Allah menempatkan Allahyarham Iskandar bersama-sama orang yang beriman dah beramal soleh.

Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dengan setiap kejadian yang berlaku ini.

............................................................................................................

Orait berbalik pasal 15th Ramadhan, En Hubby telah ajak aku & the Hafiizans to join his office's iftar at Sahara Aosis Restaurant, Jalan Ampang.

Not bad juga juadah berbuka di sana and the price rasenyer not too bad... RM55 dewasa dan RM26 kanak-kanak.

Hamzah berulang kali tambah nasi mandy with roasted lamb... Rasenyer 4 kali kot die berulang tambah makan...

Rata-rata food yang dihidangkan memang tasty. Antaranya ade musaka, chicken mandy, lentil soup, humus, tabboleh, falafel, fish fillet, kebab, baklava ...etc...

Nie some of the picture sepanjang kami berbuka di sana...
Meja berbuka kami

Hamzah boring tunggu maghrib

Barisan buffet

Hannah Hafiizan...

Yummy food!!!

My 1st plate...roasted lamb, chicken mandy & rice mandy

Semua dah ready untuk berbuka puasa

Doa dulu sebelum makan...


En Hubby tersenyum manisssss

Hadie loves the mint tea

Hamzah with his 4th plate of mandi rice & roasted lamb

Muka budak kekenyangan....

Smile....
 Untuk bersahur aku tak makan aper pon sebab perut masih kenyang berbuka. So aku minum air jer.

Hamzah & Hadie aku masakkan mac & cheese again.... En Hubby plak aku panaskan laksa johor yang aku beli dari office.

16th Ramadhan plak mood memang dah ke laut la sebab hati masih sedih. Dalam keadaan badan penat, nenek call ajak berbuka puasa di rumah MIL.

Alhamdulillah rezeki kami semalam berbuka di rumah MIL.

Nenek rupenyer masakkan nasi sambal goreng!!!

Sape yang biasa breakfast makanan Singapore kenal la kot nasi sambal goreng nie...

Nenek siap bungkuskan sorang satu dengan daun pisang. 

Basically dalam setiap bungkusan tue ade nasi, sambal goreng, daging rendang, acar timun, serunding, bergedel dan terung garam asam.

Perghhh...memang sedap laaa...sampai aku tak larat nak habiskan sebungkus nasi tue since banyak nenek letak dalam setiap bungkusan.

Nasib En Hubby memberi bantuan....

Sahur pagi tadi plak memang aku panaskan jer wutever makanan yang left-over dalam fridge.

Mata masih bengkak sebab nanges semalam and badan plak sakit-sakit macam nak demam....

Aper pon bak kate En Hubby, relax and take it easy... Hidup perlu diteruskan...