Sunday 22 September 2013

Peach Cobbler Recipe...

Salam korang...

Here is simple dessert yang sempat aku buat lepas waktu lunch tadi...

Peach Cobbler

Bahan-bahannya :

1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu
1/2 cawan gula
3/4 cawan mentega cair
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 tin peach


Cara-caranya :

  1. Campurkan tepung, gula dan serbuk kayu manis.
  2. Masukkan mentega yang telah dicairkan terlebih dahulu.
  3. Gaul sebati semua bahan tadi dan tuangkan susu.
  4. Griskan dulang pembakar atau mangkuk casserole dan susunkan peach di dasarnya.
  5. Tuangkan semua aduanan kedalam dulang pembakar atau mangkuk casserole tadi dan dibakar didalam oven selama 45 minit.
  6. Hidangkan peach cobbler yang telah masak bersama-sama ice cream vanilla...

Selamat mencuba!!!

Friday 20 September 2013

Kisah Anak Angkat... Part 9

Salam semua...

Lama aku tak update pasal anak-anak bulus nie kan...

Siaran tertangguh semua gara-gara tuan rumah dilanda penyakit M untuk update blog...uhuhuhuhuhuhu...

Untuk pengetahuan korang, Yaya & Beemer sekarang telah genap umur 1 tahun!!!

Beemer alhamdulillah dah fully recover from his ring worm problem...

Tue pon after En Hubby dengan sabarnya sapukan colloider silver then magic mist kat effected area.

Yaya plak sebelum nie kami suspect die dah start pregnant... Tapi mungkin sebab 1st timer, takde rezeki kami nak menimang cucu bulus nie...

Last week time balik dari Singapore we found out bilik diorg nie penuh dengan lendiran coklat berbau darah atas lantai.

Up to the stage si Beemer yang metroseksual nie takmo turun jejak lantai at all...

Makanan yang kami tinggalkan untuk 2 hari langsung tak berusik...habis susut badan Beemer sebab 2 hari tak makan gara-gara tak sanggup pijak lantai yang kotor....

So kami baut kesimpulan Yaya dan miscarriage and disebabkan lendiran tue masih keep on keluar dari bottom Yaya, kami pon refer to vet.

Vet dah sahkan dalam perut Yaya dah takde baby lagi... It oks Yaya, baru 1st time kan... lagi pon Beemer tue walaupun metroseksual tapi tetap jantan sejati!!!

Since Yaya not in good condition, En Hubby dan aku terus decide to stop dulu Yaya dari makan barf and can food...

Maka semalam aku pon memulakan projek menyediakan healthy food for them....

Balik keje semalam terus singgah Jaya Grosser untuk beli chicken breast, hati dan pedal...

Sampai jer rumah aku terus cuci dan rebuskan semuanya...

Taknak bagi diorang makan raw food dulu since Yaya agak kurang sihat...

Siap rebus terus aku potong-potong semua bahan-bahan tadi dan gaulkan dengan air stok rebusan.

Untuk menambah nutrition dalam makanan tadi, setiap hidangan akan digaulkan dengan sesudu Transfer Factor powder from S4life. 

Jangan ingat manusia jer ade Transfer Factor nie... Kucing pon ade tau!!!

Supplement nie aku beli dari Qitta Catz....

Mula-mula Yaya agak jual mahal taknak makan the food that I prepared.

Tapi mungkin sebab tengok Beemer makan dengan lahapnyer...terus Yaya pon join makan. Takot nanti semua Beemer habiskan plak...

Beemer nie tak reti nak stop makan... Kalo di sua 2 plate, 2 plate la licin...uhuhuhuhuhu...

So mulai hari ini, Yaya & Beemer akan makan food yang mommy masakkan...

Sampai biler??? Sebenarnyer kalo diikutkan hati sampai bila-bila..tapi semuanya depends on kesempatan yang mommy ade ok anak-anak bulus sekalian...

Check dalam freezer stok salmon ade banyak lagi...

Maybe lepas nie aku nak addkan sedikit salmon pon dalam campuran makanan diorang nie... Kita kasi meriah sket...

Rasenyer tue jer dulu update pasal anak-anak bulus aku nie... 

Have a nice day all!!! 

Wednesday 18 September 2013

22 Weeks...

Salam korang...

Semalam aku pegi monthly check-up baby H...

Diam tak diam dah 22 minggu usia baby H dalam rahim nie...


wahhh...insyaAllah half way to go...

Dan semalam En Hubby ikut sekali time check-up sebab last month die tak dapat ikut so die missed tak dapat tengok jantina baby H.

Semalam again my gyne tunjukan lagi jantina baby H pada daddy die plak...

Alhamdulillah baby H sangat active dan sihat...

Aku pon semalam for the first time blood pressure ok time check-up.

If not manjang tinggi mencanak...maka bermula semalam doktor telah reduce dosage ubat darah tinggi aku dari 2 biji 3 kali sehari kepada 1 biji 2 kali sehari...

Then doktor bagi free sample fish oil capsule untuk supplement aku... Supplement like similac (folic acid) & caltrate (calcuim) tue memang wajib la since aku sekarang dah di usia awal 3 series....

Berat aku plak buat masa nie naik 100gram jer dari bulan lepas. Alhamdulillah.

Paling penting baby H punyer tumbesaran normal.
 
So far baby H sangat active bergerak especially waktu malam.

So aku dah start la rase kurang selesa untuk tidur malam... mengiring ke kiri tak sedap, mengiring ke kanan tak kena, tidur telentang pon tak syiok... Tidur tiarap obviously la cannot!!!

Hannah Tatak (kakak Hannah) semakin hari semakin manja dan rasanya so far alhamdulillah aku dah berjaya fully wean off her from breastfeeding.

Getting pregnant diusia awal 3 series nie seriously jauh beza time zaman muda mudi dulu...ikutkan orang lain mungkin baru nak start kot..tapi bagi aku yang dah mula awal nie, time for me to stop rasanya...

Kurniaan Allah seramai 4 orang nie insyaAllah sudah cukup menceriakan dan melengkapkan keluarga the Hafiizan. InsyaAllah...

Aperpon aku sentiasa berdoa semoga the Hafiizans menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Serta berjaya didunia dan akhirat... Aminn Ya Allah... 

Monday 16 September 2013

Hari Malaysia...

Salam korang...

Fuhhh...tahap menulis blog agak merudum lately...

Maybe disebabkan mobile phone aku dah 3 minggu rosak so banyak picture-picture untuk dijadikan modal entry tak dapat aku snap.... (ade jer alasan kan...

Hari nie 16 September merupakan Hari Malaysia...

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia...


Semoga Malaysia menjadi negara yang aman damai dan berjaya menjadi negara maju pada tahun 2020...

Hari ni aku nak bersantai-santai jer dirumah sebab kepenatan baru balik dari Singapore malam tadi...

Ape aku buat kat Singapore tue nanti aku sharekan kemudian ok...

So selamat bercuti semua.....

Tuesday 10 September 2013

Al-Amin XianJiang Muslim Restaurant

Salam korang...

Lama rasenye aku tak buat food review kan...

Ahad aritue aku berkesempatan ke Al-Amin XianJiang Muslim Restaurant yang terletak di ground floor SStwo Mall, Petaling Jaya. Tak silap aku no lot restaurant nie adalah G53. Sebaris dengan Restaurant Belanga yang telah pon tutup.

Since kami sekeluarga adalah food lover especially chinese food, kesempatan mencuba makanan disana selepas menyaksikannya di Jalan-jalan cari makan 2 minggu yang lepas tidak dilepaskan.

Since busy makan sambil melayan kerenah permata-permata hati aku 3 orang tue sampai lupa nak snap gambar makanan yang diorder.

Tapi hasil comment yang diberikan oleh En. Hubby, MIL & FIL yang dah beberapa kali berkunjung ke negara China, makanan di Al-Amin XinJiang Muslim Restaurant nie memang hampir sama rasa masakannya dengan masakan chinese muslim di negara China.

So to those yang berhajat nak merasakan makanan authentic chinese muslim di negara China, boleh la cuba datang ke restaurant ini.

Kat bawah nie some photo of makanan yang kami order haritue yang aku cilok dari Mr Google (minta maaf la yerrr)...

 

 
 
 

Monday 9 September 2013

10000 Viewer!!!!

Salam korang...

Tetiba aku jadi excited plak sebab finally hari ni blog aku telah mencapai 10,000 viewer dalam tempoh 6 bulan...

Aku tau bagi orang yang serious ber blogging setakat seribu dua viewer sehari tue normal la kan..

But bagi aku yang berblog sekadar untuk bersuka-suki jer dah consider good achievement untuk diri sendiri...

At least ade gak orang yang sudi membaca dan follow blog aku nie walau tak semeriah mane...

Tujuan asal aku tulis blog nie pon sebab kengakawan office aku yang mintak aku sharekan fews tips dan recipes yang aku tau untuk jadi rujukan diorang kelak.

Aper pon aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua reader rumahbatamerah...

Minggu nie aku agak pack sket sebenarnyer sebab nak kejarkan dateline bagi aku finalist contract document before di hantar semula ke AGC untuk diluluskan.

Harapnya AGC berpuas hati dan meluluskan standard form of contract tue untuk digunapakai oleh semua agensi kerajaan kelak...

Adoiiii...baby aku dari 2008 tue... pelbagai kenangan pahit manis telah aku tempoh selama hendak menyiapkan standard form of contract tue....

Kalo setakat contract biasa tue mungkin seminggu dua dah boleh siapkan.. nie standard form of contract yang akan digunapakai oleh semua agensi kerajaan once diluluskan oleh AGC.

Boss dah 4 orang bertukar...kawan seunit semua dah transfer ke tempat lain...tinggallah aku sesorang yang masih kekal kat unit nie bersama-sama team yang baru...

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku untuk hari ini dan hari-hari mendatang... Aminnn....


Okla korang...ingat tadi nak buat review restaurant yang aku pegi makan semalam...tapi since tengok jumlah viewer telah mencapai 10,000 terus excited tukar topic...

Aku nak sambung buat keje yang tertangguh nie...esok jer la ye aku crite pasal restaurant tue...

Have a nice day!!!  

Friday 6 September 2013

Bila Anak Tak Suka Makan Ubat Batuk...

Salam korang,

Rasanyer topic nie agak biasa bagi ibu-ibu mempunyai anak yang berusia 10 tahun ke bawah kot...

Well masalah nie turut dihadapi oleh aku.

Everytime anak-anak mengalami masalah batuk up to the stage sampai termuntah punyer la susah nak pujuk diorang untuk makan ubat batuk especially yang diperolehi daripada clinic.

Sebab rasenyer agak pedas dan mengantukkan.

So biasanya biler the kids batuk aku akan sapukan tiger balm kat dada die depan dan belakang.


So far alhamdulillah agak membantu juga kaedah yang diajarkan oleh mak aku tue...

Selain daripada itu juga, mak aku galakkan makan jeli gamat jika batuk berterusan. Alhamdulillah kaedah nie pon sangat pantas melegakan batuk dan kahak.


Buat masa ini hanya satu jenis sahaja ubat batuk yang boleh diterima oleh anak-anak aku iaitu Ivy leaf extract.

Sebab ubat batuk yang nie agak manis rasanya seperti green tea pon ade.

Harapnyer dengan perkongsian ini dapat membantu korang dalam mengatasi masalah anak batuk.

Selamat mencuba!!!

Wednesday 4 September 2013

Ron 97 pon Naik Harga...

Salam korang...

Baru dapat sms from the star yg Ron 97 jugak akan turut naik RM0.15/liter.

Macam aku cakap sebelum nie...semua ini adalah impak daripada kenaikan harga petrol global akibat dari krisis negara timur tengah.

Bukan kita di Malaysia jer menerima tempias daripada kenaikan petrol dunia...

Satu dunia turut merasakannya...

Tindakan terpaksa diambil oleh kerajaan agar tanggungan subsidi tidak meningkat naik kerana dana subsidi tersebut boleh salurkan untuk pembangunan negara dan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia...

Fikir-fikirkanlah..bertindak menggunakan akal fikiran yang cerdik, bukan mengikut nafsu sahaja...

Jika sekadar merungut dan complaint sahaja tidak akan membantu menyelesaikan masalah.

Jiom kite mulakan langkah penjimatan dan perbelanjaan secara bijak bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat dari hari ke hari....

Tuesday 3 September 2013

Bila Petrol Naik Harga...

Salam korang...

Maka dengan rasminya hari ini petrol Ron 95 telah dinaikkan harga sebanyak RM0.20


Banyak sungguh rungutan dan comment aku baca dari kawan-kawan kat mukabuku tue...

Well bagi aku sebenarnya how you take it laaa....

Selama nie pon bekalan petrol Ron 95 di Malaysia rendah dari harga pasaran kerana mendapat subsidi daripada kerajaan.

So bila subsidi sebanyak RM0.20 ditarik balik oleh kerajaan terus semua rakyat merungut dan menyalahkan kerajaan...

Ermmm... well terus terang aku katekan seluruh rakyat Malaysia termasuk aku memang aku merasa sedikit bebanan petrol kereta yang digunakan harian untuk ke tempat kerja dengan kenaikan ini.

Tapi kalo dikaji semula dari sudut ekonomi global kenaikan harga petrol dunia sekarang memang tengah melonjak naik akibat daripada krisis yang sedang berlaku di Mesir dan beberapa negara timur tengah lain.

Adakah kerajaan mampu menanggung subsidi petrol yang semakin meningkat naik ini sedangkan sebagai negara yang sedang membangun lebih banyak dana perlu di salurkan bagi proses pembangunan.

Taknak komen banyak-banyak sangat sebab aku pasti ramai keyboard worrior yang rasa mereka lebih pandai daripada penganalisa ekonomi yang bertauliah diluar sana...

Tapi apa yang pasti aku dapat katakan, harga petrol global tidak pernah statik dan sentiasa meningkat terutama apabila berlaku krisis di negara-negara pengeluar minyak utama dunia.

Sampai bila negara kita mampu untuk menanggung subsidi petrol kepada rakyat jika harga petrol global terus melambung tinggi.

Aku jamin walau siapa pun memerintah Malaysia ini, tidak ada satu kerajaan pon yang berani memberi jaminan 100% yang mereka tidak akan mengurangkan harga subsidi petrol kepada rakyat apabila harga petrol global melonjak tinggi...

Sama-samalah kita menggunakan akal fikiran untuk mengkaji fakta semasa....

Well ini adalah pendapat aku sahaja...terpulang pada korang nak terima atau tidak...

Jangan marah yerr...nanti kene jual RM0.20 baru tau!!!..Haippp!!!!