Salam korang...
Here is simple dessert yang sempat aku buat lepas waktu lunch tadi...
Peach Cobbler
Bahan-bahannya :
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu
1/2 cawan gula
3/4 cawan mentega cair
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 tin peach
Cara-caranya :
- Campurkan tepung, gula dan serbuk kayu manis.
- Masukkan mentega yang telah dicairkan terlebih dahulu.
- Gaul sebati semua bahan tadi dan tuangkan susu.
- Griskan dulang pembakar atau mangkuk casserole dan susunkan peach di dasarnya.
- Tuangkan semua aduanan kedalam dulang pembakar atau mangkuk casserole tadi dan dibakar didalam oven selama 45 minit.
- Hidangkan peach cobbler yang telah masak bersama-sama ice cream vanilla...
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment