Lama aku tak menconteng ape-ape kat blog aku nie kan.
Baru-baru nie 1 of my classmate kat uni ask me to share tips on keperluan dan persediaan untuk menyusukan anak sepenuhnya.
Well aku takde la pakar dalam bidang breastfeeding nie. Tapi melalui pengalaman aku menyusukan ketiga-tiga anak aku sebelum ini sehingga mereka mencapai usia 2 tahun so boleh la aku sharekan serba sedikit tips melalui pengalaman dan hasil pembacaan dan perkongsian bersama-sama other breastfeeding moms.
- Perkara paling penting sebelum memulakan breastfeeding nie adalah nekad dihati. Sebab sepanjang tempoh 2 tahun breastfeed anak ni akan ade banyak cabaran dan dugaan yang akan ditempuhi. Kalau hati tak kuat tue yang ramai kecundang di tengah jalan dan end up akan bagi anak minum formula milk.
- Restu dan sokongan daripada suami. Bende nie jangan dipandang ringan. Sebab tanpa restu dan sokongan daripada suami kita pasti semangat nak breastfeed anak tue mudah luntur. Tapi kalau dapat full support from husband, sure kite berkobar-kobar nak fully breastfeed anak kite. Lagi pon kitekan nak jadi isteri dan ibu mithali...so perlu la dapatkan restu suami dulu sebelum melakukan ape-ape. If possible sharekan sebanyak mungkin benefit breastfeeding dengan suami kite. InsyaAllah pasti husband pasti akan merestui dan memberi sokongan yang sepatutnya.
- Waktu mengepam susu. Perkara ini amat penting dimana breastfeeding mom perlu mendisiplinkan diri untuk mengepam once in 2 to 3 hours. Wajib!!! Bagi memastikan susu sentiasa di stimulate bagi mengelakkan susu cepat kering. Basically jumlah susu yang dihasilkan oleh breast kita adalah berpandu kepada supply and demand concept. The more we pump out the milk, the more milk akan di produce oleh breast kita. So elakkan daripada selalu skip waktu mengepam. Ini adalah antara masalah utama working mother. Jangan risau jika didapati susu telah mula merudum. Anda boleh cuba melakukan power pumping diwaktu malam or boleh juga cuba supplement atau ubat daripada doktor bagi merangsang semula breastmilk.
- Join breastfeeding group untuk mendapatkan moral support dan info daripada breastfeeding mom yang lain. Kalo kita lihat sekarang ini telah banyak breastfeeding group di buat di laman facebook atau NGO diluar sana seperti Kumpulan Ibu2 Menyusukan, Susuibu.my dan sebagainya. InsyaAllah hasil daripada perkongsian dan info serta tips yang diberi dan dikongsikan oleh breastfeeding mom yang lain akan secara langsung atau tidak langsung memberi semangat serta membantu dalam our breastfeeding journey.
- Bagi ibu-ibu yang bekerja seperti saya, breastpump amat diperlukan untuk collect ebm (expressed breast milk) sewaktu bekerja. Kalau dilihat ade banyak jenis pump di pasaran sekarang nie. So semuanya terpulang kepada budget dan kemampuan masing-masing. Macam aku dulu, time Hamzah memang tak pump la sebab time tue duduk di Holland jadi full time housewife. Waktu Hadie pula aku dah start bekerja. Since baru nak memulakan hidup di Malaysia time tue aku hanya mampu beli madela harmony manual breast pump. Seriously to those yang nak pakai manual breastpump, highly recommended la madela harmony tue. Sebab die ade 2 phase expression yang membantu untuk merangsang susu keluar dulu sebelum kite start mengepam sepenuhnya. kelemahan manual pump ni plak ianya mengambil masa min 40mint untuk siap pump kedua-dua belah breast dan tangan agak lenguh laaaa....Time Hannah, kami bermodal siket so tukar kepada spectra dew 350. Spectra adalah salah satu brand electric breast pump yang highly recommended juga dikalangan breastfeeding mom kerana harga yang berpatutan dan kite boleh laras level pumping...Keistimewaan pakai spectra ni adalah ianya double pumping, so tempoh mengepam dapat dipendekkan kepada 20 minit sahaja. Since level pumping boleh dilaras, memang sangat selesa la bagi kita memilih level kekuatan pump yang sesuai dengan diri kita. Cuma breast pump spectra ni memerlukan direct electric power from socket. So few time waktu ken bertugas diluar pejabat, takde power socket di surau, terpakse mengepam di toilet. Tapi, demi untuk Hannah time tu, mommy pump juga...
Finally time Hakim, En Hubby telah bermurah hati menghadiahkan mommy madela freestyle. Memang sangat convenience, ringan dan portable.Walaupun menggunakan battery, tekanan pump tetap kekal sama sehingga battery habis, so tidak mengganggu proses mengepam. Battery can last for 3 hours, so 1 session will take 20 minnutes means sekali charge battery boleh guna untuk max 8 ke 9 session sebelum perlu dicharge semula. So far madela freestyle adalah the best breast pump yang aku pernah guna setakat ini. Untuk breastpump yang lain-lain tu rasenye korang boleh la google dan bace review daripada orang yang pernah menggunakannya ok!!!
- Tempat meyimpan ebm. Since time Hadie aku mengepam hari ini untuk kegunaan esok harinya, so ebm aku simpan terus di dalam botol. Tapi time Hannah, disebabkan stok ebm yg terlalu banyak, aku simpan ebm di dalam botol dan plastic zap seperti didalam gambar dibawah.
- Baju untuk breastfeeding. Baju ni takde la wajib ade, tapi baju yang di design khas untuk breastfeeding ni sangat memudahkan kita menyusukan anak especially in public. Tak perlu kite nak selak baju luas-luas.
- Poncho. Nie pon another optional item. Aku sendiri tak pernah ade. So far aku cover pakai tudung jer or pahmena. Ikut keselesaan masing-masing.
- Warmer - diperlukan untuk memanaskan ebm. Tapi aku tak pernah ade pon sebab aku prefer direct feeding my kids tak kira dimana dan bila-bila masa. Ebm memang exclusively aku sediakan untuk my kids kat nursery sahaja. Namun jika korang rase tak selesa nak breastfeed anak in public boleh la bawa bekal ebm untuk diberi kepada anak. Warmer ade yang memerlukan direct electric power from socket dan ade juga yang portable cucuk didalam kereta. Kalau rase taknak pakai warmer nie, boleh juga rendam ebm didalam air panas (conventional way).
- Ice pack dan cooler bag. Sangat diperlukan untuk menyimpan ebm selepas dipump di pejabat atau dimana-mana sahaja. Biasanya ice pack untuk cooler bag ni boleh bertahan sehingga 10 ke 12 jam. Cukup la kot masa untuk memasti ebm tidak rosak sehingga kita transfer ke dalam fridge.
- Peti sejuk / deep freezer. Bergantung kepada berapa banyak stok ebm kita. Time Hannah ebm aku terlalu banyak sehinggakan freezer dekat rumah tue 100% digunakan untuk simpan ebm sahaja dan siap tumpang freezer nursery lagi sehinggakan ade ebm yang lama aku terpaksa buang sebab hendak memberi ruang kepada ebm baru. Ade some of breastfeeding mom, chest freezer tue pon penuh dengan ebm... wow!!! murah sungguh rezeki anak die kan. Time Hakim nie aku ade plan gak nak beli freezer memandangkan fridge baru nie freezer agak limited. Tapi plan tu masih kiv bergantung kepada jumlah ebm aku nanti. Tak perlu rushing....
- Teknik menguruskan ebm. Ebm nie agak sensitive. Jika tidak diuruskan dengan betul, nutrien di dalam ebm boleh rosak. So pengetahuan untuk menguruskan ebm perlu ada pada ibu yang breastfeed anak dan juga perlu disampaikan kepada orang yang menjaga anak kita agar ebm tidak rosak. Jika ebm telah rosak, nutrition di dalam ebm akan hilang = anak minum air kosong jer laaa...
Untuk makluman korang, semua gambar dan illustration post aku kali ini adalah daripada en google sepenuhnya dan ianya adalah sekadar untuk perkongsian ilmu.
Harap dengan info-info tadi dapat membantu ibu-ibu diluar sana....
No comments:
Post a Comment