Friday, 3 May 2013

Chicken Pie

Sempena cuti Hari Pekerja lepas aku merajinkan diri masak chicken pie for kids & En Hubby.

Kalo buat masakan camni memang jadi favorite seisi rumah kecuali anak-anak bulus dilarang masuk campur sama sekali....

Anyway, idea nak buat chicken pie nie pon datang selepas my bff dah belikan aku pie maker.. Perth mari ooo....

Thank you Ica sebab susah payah u bawakkan balik my pie maker, then my mom punyer cupcake maker & doughnut maker.... Tak dilupakan juga ole-ole for my kids~~~

Alamak!!!! Lupa la plak nak snap picture all the items...nampak sangat huru-hara aku nie.   

Jiom kite tengok camner aku buat inti pie dulu...resepi nie aku buat ikut-ikut sedap tekak aku jer tau!!!..takde refer kat memaner resepi.




 Inti Chicken Pie

Bahan-bahan :

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang leeks
  • 1 mangkuk mix-vegi
  • 3 ketul dada ayam yang telah direbus dan disiat
  • 3 sudu unsalted butter
  • 6 sudu tepung gandum
  • 1 cawan Fresh milk
  • 1 kiub stok ayam
  • Air rebusan dada ayam
  • Garam dan lada hitam sekucup rasa
  • Mushroom (aku takde stok la plak..dah nak start baru sedar takde stok canned mushroom. Kalo ade sure lagi best!!!)





Cara membuatnya :

  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan unsalted butter sehingga naik bau.
  • Masukkan leeks, mix-vegi dan kiub stok ayam dan gaul rata buat seketika.
  • Kemudian, masukkan tepung gandum kedalam bahan-bahan di dalam kuali tadi dan digaul rata.
  • Setelah itu, bolehlah dan susu dan air rebusan ayam tadi dituang ke dalam kuali dan perasakan dengan garam dan lada hitam.
  •  Masukkan isi ayam dan gaul rata.
  • Jika terlalu pekat boleh ditambah lagi air. Kacau rata kesemua bahan dan tutup api.



Untuk membuat chicken pie kali nie aku hanya menggunakan puff pastry yang ready made.

Tinggal potong dan dimasukkan ke dalam pie maker, masukkan inti dan tutup serta dibakar.


Menggunakan pie maker nie sangat mudah kerana mengambil masa yang sekejap jer untuk masak.

Just about 10 to 15 minutes sahaja telah siap empat biji pie.




Lebihan inti pie boleh disimpan beku dan digunakan pada bila-bila masa sahaja biler teringin nak makan pie.




Selamat mencuba!!!
 

2 comments:

  1. alamakkkk..terasa lapar pulak.. nanti i boleh suruh Chef CiJu buat lah yeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekekeke...sila-sila cube kak yan.
      the best part is boleh makan sampai puas...

      Delete