Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Wednesday, 27 November 2013

Animal Farm Bukit Tinggi

Salam semua...

Sempena cuti sekolah nie En Hubby dok fikir kemana nak bawak the Hafiizans nie berjalan.

Walaupun diikutkan Hamzah & Hadie tak bercuti seperti rakan-rakan yang lain sebab masih sambung kelas tahfiz mereka pagi hingga ke petang but to Hamzah mood cuti sekolah tetap ade sebab sekolah kebangsaan die tutup.

So Ahad dan Isnin lepas kami telah bawa mereka ke Bukit Tinggi untuk melawat Animal Farm kepunyaan sahabat kami.

Wow!!! I'm so impress with the animal farm.

Bermula dengan arnab sahaja sekarang animal farm tersebut lebih meriah dengan kehadiran keldai, sumatera deer, holland deer, guinea pig, peacock dan hill tortoise.

Perkara yang paling menarik dekat animal farm ini adalah kebanyakkan binatang-binatang disini telah dijinakkan.

Pengunjung dibenarkan untuk memberi makan binatang-binatang ini dengan makanan yang ada dijual dikaunter tiket.

Harga untuk masuk ke animal farm ini juga amat murah dimana dewasa hanya RM3 dan kanak-kanak RM2.

Rasanya animal farm nie akan menjadi destinasi utama kami apabila ada kelapangan.

Jarak dari Kuala Lumpur ke Bukit Tinggi juga tidaklah jauh sangat. Hanya mengambil masa dalam 35-45 minit sahaja.

Jiom kite layan few pictures and videos the Hafiizans sepanjang di Animal Farm Bukit Tinggi. 








Monday, 18 November 2013

Kuala Lumpur International Motor Show 2013

Salam semua...

Waaa...harinie bermula cuti persekolahan akhir tahun anak-anak.

Buat Hamzah & Hadie plak cuti mereka pada harini jer...

Esok dua orang hero aku nie akan memulakan program cuti sekolah dan day care di sekolah tahfiz mereka.

So buat masa nie aku memang takde plan ape-ape lagi program bercuti untuk mereka memandangkan aku pon dah sarat.

Namun begitu, bermula sabtu lepas Hamzah & Hadie telah memulakan sesi latihan di AAB Soccerkids Academy untuk setiap hari sabtu & ahad.
Mommy dua hari berturut lepak tunggu dalam kereta jer memandangkan hari hujan.

Alhamdulillah nampak serasi gak la diorang setelah 2 hari menjalani latihan sabtu dan ahad lepas...

Hari nie Hamzah & Hadie menghabiskan cuti sehari diorang kat rumah oma bersama moyang dan Tante Faridah while mommy & daddy is working.

Semestinya 2 orang hero tue memang sangat enjoy la duduk rumah oma sebab moyang, oma, tante faridah & aunty cikin (bak kate Hannah) rajin melayan kerenah the Hafiizans tue.

Ok, kalo tengok tajuk entry aku sebenarnya bende lain kan...

Tapi aku dok sebok berceloteh pasal 2 orang hero kesayangan aku tue...

Bukan aper..mukadimah rue nak cover balik cerita yang lama sebelum nie dan ianya berkaitan juga dengan tajuk entry aku nie.

Mungkin ramai yang dah tau yang KL International Motor Show 2013 sedang berlangsung di PWTC dari 15 hingga 24 November 2013.


Sebenarnyer En Hubby agak looking forward event nie untuk bawa the boys pergi melawat.

Cuma sekarang nie kami blom berkesempatan jer lagi.

Sebab knowing Hamzah die memang sangat berminat dengan kereta-kereta nie.

Harapnyer tahun nie sempat la kami bawa the Hafiizans pegi the show.

Sebab knowing about the KLIMS nie memang akan banyak kenderaan yang best-best akan dipamerkan.

Time tue bley la pasang angan-angan nak pakai kereta-kereta yang power kejap kan...

While sang suami mungkin akan ter excited kejap tengok model-model seksi yang memperagakan model-model kereta tue... (Haiiissshhhh... memang sah ade yang lebam lengan kene cubit dengan bini kat sebelah tue..ekekekekeke)

So bagi sesiapa yang berminat dan hendak mengetahui lebih lanjut berkaitan motor show nie boleh la lawati laman web ini.

Monday, 19 August 2013

Hari Raya Update?!?!?!

Salam korang...

Haaa...bukan takat dah berhabuk, dah start naik sawang blog aku nie jadinyer...

Sorry la yerr...tuan rumah bercuti raya sakan...sampai raya ke-12 baru naik office semula...

Sebenarnye ikut hati malas nak cuti panjang-panjang nie sebab tugasan kat office tue memang tengah banyak menanti...

Tapi biler dikenangkan Hamzah cuti sekolah, Hadie & Hannah pon taska & nursery tutup sampai 18 Ogos, nak tak nak mommy & daddy terpakse mencutikan diri demi untuk the Hafiizans....

Macam aku cerita malam raya aritue, tahun nie memang aku tak boleh nak kate beraya kat mane dulu.

Rumah mak aku ke rumah mertua aku, sebab malam raya yang dah consider hari raya tue aku berbuka rumah mak terus balik ke rumah mertua plak lepas tue.

Cuma pagi raya pertama jer aku mulakan dengan balik ke rumah mak, then balik ke Sungai Besar untuk melawat kubur abah sambil beraya di rumah abang ngah aku....

Malam tue plak aku terus singgah ke Kuala Selangor, kampung halaman aku untuk pergi ke rumah Mak Usu aku.

Time nie aku pegi dengan En Hubby & Hafiizans jer since Ucu buat open house  pada raya ke-2, adik-beradik aku yang lain akan datang beraya ke rumah ucu the next day...

Raya ke-2 aku plak di rumah mertua... Time nie semua sepupu En Hubby dari Singapore turun ke KL...

Memang meriah betul rumah mertua aku hari tue... Nenek plak siap masak briyani kambing dan udang...

Perghhh...semua orang makan menjilat jari!!!!

Petang raya ke-2 tue kami rushing balik ke rumah sebab dijangkakan the cousins akan singgah beraya ke rumah kami masa diorang on the way back to air port.

Fuuhhh...macam lipas kudung aku dengan En Hubby membersihkan rumah.

Alhamdulillah tetamu pertama kami untuk hari raya tahun ini adalah keluarga En Hubby...

Best sangat bile ade orang datang beraya dirumah... Since tuan rumah punyer ketupat, kuah kacang dan rendang tak sempat ambik kat rumah mak, maka aku hidangkan jer ayam bakar ayamas...

Nasib sempat singgah beli...takde la kami jamu tetamu dengan air bujang jer...

Pagi raya ketiga plak mak, nenek dan adik-beradik aku datang bertandang ke rumah aku...

1st time nenek aku menjejakkan kaki ke rumah aku dan sebagai cucu bertuah aku hidangkan roti canai kari ikan dari kedai mamak depan rumah tue jerr...ekekekeekekeke...

Dari rumah aku langsung kami semua berarak plak ke rumah adik bongsu aku kat Saujana Utama....

Duduk lepak kejap rumah die terus kami patah semula ke rumah dan end up semua tertido keletihan...

Petang tue kami pegi plak ke rumah mertua aku...

Kami lepak kat sane sampai malam....

Raya ke empat semua orang bangun lewat...siap-siap terus pegi lunch kat rumah kakak aku kat Port Klang. Time tue ade la small celebration untuk birthday-birthday girls bulan Ogos yang melibatkan mak, kakak, anak kakak dan cousin aku....tak buat aper pon..takat abang belikan sebiji cake jer...

Habis lunch aku terus ke rumah mertua semula...plan asal nak ajak MIL pegi makan kat fatty crab disamping En Hubby nak cari barang kat Pasar Malam Taman Megah.

Sekali sampai ke rumah MIL, rupenyer petang tue mereka ade tetamu dan aku plak dapat sms yang tak dirancang...

Adik-beradik aku plan nak berbbq kat rumah aku plak malam tue...

Dalam sms tue diorang dah pesan siap-siap kat aku yang aku hanya perlu menyediakan tempat bbq dan air minuman sahaja...

Barang lain termasuk makanan bbq diorang akan bawak malam tue...

After bincang dengan En Hubby, die pon setuju dan petang tue balik dari rumah MIL kami terus singgah ke BBQ King di Citta Mall untuk angkut sebiji bbq pit yang disponsor oleh mak aku... (slamber jer aku swipe credit card mak aku...muahahahahaha)

Bayangkan time tue dah pukul 7.30 malam, dan adik-beradik aku akan sampai rumah pukul 8 malam.

Memang macam lipas kudung aku dibuatnyer...

But alhamdulillah aku sempat sampai rumah dulu sebelum diorang semua tiba...

Memang malam tue walaupun aku sebagai tuan rumah, tapi segala urusan mencuci ayam, lamb, ikan, kerang semua di buat oleh adik beradik aku... aku tinggal masakkan mushroom soup instant & buat garlic bread jer...

Yang lelaki plak kat luar rumah menguruskan bbq pit...

Selamat habis ber bbq semua periuk belanga yang telah diguna pakai selamat dicuci oleh kakak & adik-adik aku... bak kate diorang..mak buyung jangan penat-penat sangat ok... lega aku...

En Hubby pon happy gak kat luar tue sebab abang-abang aku sebelum balik semuanya dah tolong bersihkan rumah aku kepada asal...

Basically rumah aku ala-ala menjadi tempat kejadian jer laa..tapi segala urusan dari preparation sampai mengemas di buat oleh adik-beradik aku yang lain... ekekekekekeke

Raya ke-5, En Hubby telah membawa aku dan the Hafiizans ke taman burung...

Happy bebudak tue kat sane...dok kat taman burung tue sampai pukul 4.45 petang dan kami terus ke rumah MIL lagi. Sebab Aunty En Hubby dari Singapore datang... 

Untungkan aku...sebab siket-siket balik rumah MIL dan mak aku... Dekat la katekan... ekekekekekeke....

Raya ke-6, aku balik ke rumah mak aku sebab petang tue abang aku akan balik semula ke Jakarta dan hari rabu nenek dan cousin aku akan balik ke Kelantan...

Petang tue plak kami kembali ke rumah MIL sampai la tengah malam sebab uncle En Hubby plak datang bertandang...

Sampai rumah time tue dekat pukul 12.30 malam, terus packing barang-barang anak bulus untuk dihantar ke rumah adik aku di Saujana Utama.

Kitorang terpakse meninggalkan anak-anak bulus di rumah adik aku since raya ke-7 tue kami akan bertolak ke rumah abang aku di Pontian...

Maka seperti yang dirancang, raya-7 kami bertolak ke Pontian.

Raya ke-8 kami masuk Singapore, beraya di rumah Aunty En Hubby.

Raya ke-9 kami bawak the Hafiizans & the cousins ke Legoland plak.

Raya ke-10 kami pegi ke majlis perkahwinan cousin En Hubby di Muar dan terus drive balik ke KL.

Ikut plan asal nak terus singgah rumah MIL sebab nak hantarkan barang yang dikirim, sekali Hannah buat onar dalam kereta tak jauh sari simpang KLIA.

Hannah tuang 1/2 botol 100plus atas car seat dan baju die, then biler aku rampas semula botol 100 plus tue die bantai nanges sampai muntah.

End-up kami terpakse divert dulu perjalanan kami dari straight ke rumah MIL dengan balik ke rumah dulu untuk overhaul anak dara dan kereta.

Biler dah selesai semua baru kami pegi ke rumah MIL dengan perut kosong...ekekekekeke

Nasib nenek dah goreng mee siap-siap. So dapat la akan dan En Hubby makan mee goreng while the Hafiizans plak kluar dinner dengan MIL & SIL aku...

Raya ke-11 iaitu semalam kami menghabiskan petang kami di Ikea untuk makan dan beli some item yang telah disenaraikan, pagi tue semua tido bangun lewat...ekekekekeke...

Malam tadi plak since cousin aku buat open house di Saujana Utama, maka kami pon bertandang la untuk dinner...

Balik rumah terus kerah the boys untuk tido sebab hari ni 1st day school after long holidays.

Maka itulah cerita raya aku untuk tahun 2013.

Seriously tahun nie aku memang malas pegang camera maka jiom layan gambar-gambar raya yang aku cilok dari FB adik aku...

Mahap la yer kalo gambar-gambar nie mostly belah family aku jer since aku cilok pon dari FB adik aku...

Maka mane nak wujud gambar sambutan raya belah En Hubby... alaa..gambar tue sekadar hiasan jer kan.. yang penting kemeriahan dan kegembiraan menyambut Syawal tetap di rasakan di kedua-dua belah pihak...

Jangan plak nanti ade suara-suara sumbang cakap aku asyik belahkan keluarga aku jer since banyak gambar dengan keluarga belah aku jer k!!! Seriously memang tahun nie En Hubby pon berjangkit pemalas pegang camera dengan aku...uhuhuhuhuhuhuhu... 
The Hafiizans 2013
Family aku di pagi raya

Mak & nenek...
With the cucus
The girls...

Family picture kat rumah abang ngah

Antara hidangan semasa ber bbq
Tukang bakar...

The kids dok dalam layan tv
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!!!!





Monday, 8 July 2013

Avillion Port Dicson

Salam korang...

Harini aku pegi keje dengan mata macam panda...

Semua gara-gara menunggu kemenangan Andy Murray on Wimbledon semalam.

Kalo last year Murray menangis sebab kalah dengan Federer, semalam Murray menangis sebab menang lawan Djokovic.

Finally after 77 years, semalam Murray telah melakar sejarah Britain dengan memenangi Wimbledon yang selama ini telah dimenangi oleh player-player dari negara lain. So consider kemenangan semalam adalah sejarah bagi Britain dalam arena tennis.

Orait...habis cerita tennis. Nie aku nak cerita plak cuti-cuti Malaysia kami sekeluarga on Khamis dan Jumaat lepas.

Sebenarnya takdela bercuti sangat sebab En Hubby ade team-building office die. Tapi disebabkan activity tue dibuat di Avillion Port Dicson, aper lagi...terus En Hubby hangkut aku & the Hafiizans ikut sekali since bilik untuk kami dapat special rate...

Well waktu kat sana memang banyak la activity the Hafiizans buat termasukla acara wajib berendam di dalam swimming pool, bermesra dengan binatang-binatang di pet farm, lepak-lepak sambil main blocks kat Kid's Cabin...etc..

Unfortunately, mungkin sebab aku kelam kabut handle the Hafiizans alone, since En Hubby busy with his team building, memang aku terlupa langsung nak ambik gambar diorang buat semua activity kat atas tue.

So kejap lagi korang layan jer la few pictures yang sempat dan aku ingat untuk snap...Yang lain tue biarla aku abadikan dalam kepala otak aku jerr...

Aper yang aku katekan about Avillion Port Dicson nie memang best laa... Kami tinggal di water chalet die.

Keluasan bilik sangat spacious dan siap ade day bed yang besar mengadap laut which automatically jadi tempat tido Hamzah & Hadie...

Syiok Hamzah tido sambil mengadap laut...

Petang Khamis tue plak hujan after kami check-in, so acara tido jer la petang tue since the kids dah kepenatan berendam sambil main slide kat swimming pool tengah hari tue.

Malam tue lepas En Hubby habis activity team building, die bawa Hamzah & Hadie to join him & his friends kat seminar room to siapkan few things for the next activity. Aku plak tak ikut sebab Little Princess Hannah dah selamat beradu...

Almost 2am baru diorang semua balik bilik...sepanjang diorang takde tue aku agak suspend la tinggal berdua dengan Hannah yang tengah tido sebab malam tue air pasang dan ombak agak kuat.

Dengar plak kat berita, Penang ombak naik sampai 3.5meter.... pergghhhh... hati aku dah berdebar time tue sebab kalo tsunami aku nak lari ke mane ek... since aku duduk kat water chalet. But alhamdulillah everything went back to normal bila air start surut....

Bangun pagi, lepas breakfast terus ajak the kids terjun swimming pool lagi sampai dekat pukul 11 baru balik chalet untuk mandi dan bersiap untuk check-out. 

Lepas check-out, bermulalah activity merempat kami anak-beranak since En Hubby punyer program habis jam 5 petang.

Nasib ade gak geng lain untuk lepak bersama. So takde la boring sangat.

Bermula dari lepak kat surau, then kami berpindah lepak kat Kid's Cabin.

Habis jer program En Hubby terus diajaknye aku & the Hafiizans main pantai dulu sampai dekat maghrib.

Pastu barulah kami dinner dan bertolak balik KL....

Fuhhhh...2 hari yang agak memenatkan sebenarnyer...tapi yang penting, the Hafiizans enjoy it....

The Hafiizans tengah syiok layan tengok air pasang

Besarkan the room & the bed...
 
The Hafiizans...Muahsss...

When they are serious....
 
Hamzah & Hadie's favorite activity
    
Hamzah concentrating on his paiting

Hadie with his art...ekekekeke
Bersungguh Hamzah & Hadie nak siapkan their painting...

Hannah dah start boring...pitty my little princess

After puas main kat beach...
 
The beach at Avillion

The water chalet

 

Tuesday, 2 April 2013

Kelik Kelate Mek...

Well macam aku cakap kat previous entry, last week aku telah menghadiri bengkel office di Kota Bharu, Kelantan.

So dikesempatan itu, dapat la aku baik sekejap jenguk nenek di kampung.

Aku pergi ke Kelantan menggunakan coastal road.

Memang agak jauh tapi bet sebab banyak pemandangan pantai dan laut dapat dilihat.

Sambil tue sempat la gak En. Hubby and kids main ATV kat Pantai Batu Buruk.

Sebenarnya aku rase best sangat dapat bawak my kids balik kampung mak aku untuk berjumpa moyang, atuk dan nenek sedara serta aunty, uncle diorang...

FYI, aku adalah mix blood malay-chinese, which arwah abah aku pure malay and mak aku cina Kelantan.

Bile balik rumah nenek Kelantan maka dapat la my kids merasa different culture sket...

Eventhough dapat meluangkan masa hanya untuk beberapa jam sahaja, tapi sudah cukup bermakna buat aku kerana dapat berjumpa nenek dan cousin aku.

Actually we just lost our beloved aunty last year and aku tak berkesempatan pon balik untuk melawat beliau masa tue.

RIP Aunty Peh So Teew (my mom's youngest sister)



Sepanjang aku berbengkel En. Hubby pandai mengambil hati anak-anak dengan membawa mereka bermain kites di Pantai Cinta Berahi Cahaya Bulan (PCB).

Puas Hamzah & Hadie dapat main kites pagi dan petang, while Hannah enjoying her 'sand bath'.

Balik Kelantn rugi kalo tak makan local food.

Sepanjang 4 hari di sana everyday En. Hubby belikan all my fav Kelantan's food.

Ade nasi kerabu,nasi tumpang, sup urat keting, nasi dagang, etok salai, jala mas, puding caremel, serikaya, kuih ufo (nie nama aku yang bagi dari dulu sebab tak tau name sebetul kuih tue.

Since dah kesedapatan makan tue (buruk lantak), so banyak la food yang aku lupa nak snap.

Dah habis makan baru la teringat...ekekekekeke...