Thursday, 20 February 2014

Anak oh anak!!!

Aku rase bende nie mesti some of the parents pernah face it...

Semalam Abang Hamzah balik dengan kasut sebelah die punyer... and another sebelah tak tau sape punyer and besar plak tue!!!

Adoiiii...fenin kepala mommy die tengok!
Biler tanye camner Hamzah boleh terambik sebelah kasut kawan nie...

Senang jer jawapan die " Ntah mommy, Hamzah pon tak tau. Nak dekat sampai rumah baru Hamzah sedar".

Maka pagi tadi En Hubby bawak la die ke sekolah tahfiz dengan harapan ade ade la budak tue tinggalkan kasut Hamzah and Hamzah pulangkan semula kasut budak tue.

Unfortunately memang takde la kasut Hamzah tue lagi... Nasib aku bekalkan kasut sekolah spare. Yerlaa...takkan nak biarkan Hamzah pegi sekolah pakai sebelah kasut size die, sebelah lagi kasut besar!!!!

Macam-macam kerenah dan celoteh anak-anak sekolah nie kan...

Aku harap Abang Hamzah lebih berhati-hati lagi lepas nie....

Wednesday, 19 February 2014

Keperluan dan Persediaan Untuk Menyusukan Anak Sepenuhnya

Salam semua...

Lama aku tak menconteng ape-ape kat blog aku nie kan.

Baru-baru nie 1 of my classmate kat uni ask me to share tips on keperluan dan persediaan untuk menyusukan anak sepenuhnya.

Well aku takde la pakar dalam bidang breastfeeding nie. Tapi melalui pengalaman aku menyusukan ketiga-tiga anak aku sebelum ini sehingga mereka mencapai usia 2 tahun so boleh la aku sharekan serba sedikit tips melalui pengalaman dan hasil pembacaan dan perkongsian bersama-sama other breastfeeding moms.


  1. Perkara paling penting sebelum memulakan breastfeeding nie adalah nekad dihati. Sebab sepanjang tempoh 2 tahun breastfeed anak ni akan ade banyak cabaran dan dugaan yang akan ditempuhi. Kalau hati tak kuat tue yang ramai kecundang di tengah jalan dan end up akan bagi anak minum formula milk.
  2. Restu dan sokongan daripada suami. Bende nie jangan dipandang ringan. Sebab tanpa restu dan sokongan daripada suami kita pasti semangat nak breastfeed anak tue mudah luntur. Tapi kalau dapat full support from husband, sure kite berkobar-kobar nak fully breastfeed anak kite. Lagi pon kitekan nak jadi isteri dan ibu mithali...so perlu la dapatkan restu suami dulu sebelum melakukan ape-ape. If possible sharekan sebanyak mungkin benefit breastfeeding dengan suami kite. InsyaAllah pasti husband pasti akan merestui dan memberi sokongan yang sepatutnya.
  3. Waktu mengepam susu. Perkara ini amat penting dimana breastfeeding mom perlu mendisiplinkan diri untuk mengepam once in 2 to 3 hours. Wajib!!! Bagi memastikan susu sentiasa di stimulate bagi mengelakkan susu cepat kering. Basically jumlah susu yang dihasilkan oleh breast kita adalah berpandu kepada supply and demand concept. The more we pump out the milk, the more milk akan di produce oleh breast kita. So elakkan daripada selalu skip waktu mengepam. Ini adalah antara masalah utama working mother. Jangan risau jika didapati susu telah mula merudum. Anda boleh cuba melakukan power pumping diwaktu malam or boleh juga cuba supplement atau ubat daripada doktor bagi merangsang semula breastmilk.  
  4. Join breastfeeding group untuk mendapatkan moral support dan info daripada breastfeeding mom yang lain. Kalo kita lihat sekarang ini telah banyak breastfeeding group di buat di laman facebook atau NGO diluar sana seperti Kumpulan Ibu2 Menyusukan, Susuibu.my dan sebagainya. InsyaAllah hasil daripada perkongsian dan info serta tips yang diberi dan dikongsikan oleh breastfeeding mom yang lain akan secara langsung atau tidak langsung memberi semangat serta membantu dalam our breastfeeding journey.
  5. Bagi ibu-ibu yang bekerja seperti saya, breastpump amat diperlukan untuk collect ebm (expressed breast milk) sewaktu bekerja. Kalau dilihat ade banyak jenis pump di pasaran sekarang nie. So semuanya terpulang kepada budget dan kemampuan masing-masing. Macam aku dulu, time Hamzah memang tak pump la sebab time tue duduk di Holland jadi full time housewife. Waktu Hadie pula aku dah start bekerja. Since baru nak memulakan hidup di Malaysia time tue aku hanya mampu beli madela harmony manual breast pump. Seriously to those yang nak pakai manual breastpump, highly recommended la madela harmony tue. Sebab die ade 2 phase expression yang membantu untuk merangsang susu keluar dulu sebelum kite start mengepam sepenuhnya. kelemahan manual pump ni plak ianya mengambil masa min 40mint untuk siap pump kedua-dua belah breast dan tangan agak lenguh laaaa.... 
    Time Hannah, kami bermodal siket so tukar kepada spectra dew 350. Spectra adalah salah satu brand electric breast pump yang highly recommended juga dikalangan breastfeeding mom kerana harga yang berpatutan dan kite boleh laras level pumping...Keistimewaan pakai spectra ni adalah ianya double pumping, so tempoh mengepam dapat dipendekkan kepada 20 minit sahaja. Since level pumping boleh dilaras, memang sangat selesa la bagi kita memilih level kekuatan pump yang sesuai dengan diri kita. Cuma breast pump spectra ni memerlukan direct electric power from socket. So few time waktu ken bertugas diluar pejabat, takde power socket di surau, terpakse mengepam di toilet. Tapi, demi untuk Hannah time tu, mommy pump juga...
    Finally time Hakim, En Hubby telah bermurah hati menghadiahkan mommy madela freestyle. Memang sangat convenience, ringan dan portable.Walaupun menggunakan battery, tekanan pump tetap kekal sama sehingga battery habis, so tidak mengganggu proses mengepam. Battery can last for 3 hours, so 1 session will take 20 minnutes means sekali charge battery boleh guna untuk max 8 ke 9 session sebelum perlu dicharge semula. So far madela freestyle adalah the best breast pump yang aku pernah guna setakat ini. Untuk breastpump yang lain-lain tu rasenye korang boleh la google dan bace review daripada orang yang pernah menggunakannya ok!!!
  6. Tempat meyimpan ebm. Since time Hadie aku mengepam hari ini untuk kegunaan esok harinya, so ebm aku simpan terus di dalam botol. Tapi time Hannah, disebabkan stok ebm yg terlalu banyak, aku simpan ebm di dalam botol dan plastic zap seperti didalam gambar dibawah.



  7. Baju untuk breastfeeding. Baju ni takde la wajib ade, tapi baju yang di design khas untuk breastfeeding ni sangat memudahkan kita menyusukan anak especially in public. Tak perlu kite nak selak baju luas-luas.


  8. Poncho. Nie pon another optional item. Aku sendiri tak pernah ade. So far aku cover pakai tudung jer or pahmena. Ikut keselesaan masing-masing.


  9. Warmer -  diperlukan untuk memanaskan ebm. Tapi aku tak pernah ade pon sebab aku prefer direct feeding my kids tak kira dimana dan bila-bila masa. Ebm memang exclusively aku sediakan untuk my kids kat nursery sahaja. Namun jika korang rase tak selesa nak breastfeed anak in public boleh la bawa bekal ebm untuk diberi kepada anak. Warmer ade yang memerlukan direct electric power from socket dan ade juga yang portable cucuk didalam kereta. Kalau rase taknak pakai warmer nie, boleh juga rendam ebm didalam air panas (conventional way).


  10. Ice pack dan cooler bag. Sangat diperlukan untuk menyimpan ebm selepas dipump di pejabat atau dimana-mana sahaja. Biasanya ice pack untuk cooler bag ni boleh bertahan sehingga 10 ke 12 jam. Cukup la kot masa untuk memasti ebm tidak rosak sehingga kita transfer ke dalam fridge.

  11. Peti sejuk / deep freezer. Bergantung kepada berapa banyak stok ebm kita. Time Hannah ebm aku terlalu banyak sehinggakan freezer dekat rumah tue 100% digunakan untuk simpan ebm sahaja dan siap tumpang freezer nursery lagi sehinggakan ade ebm yang lama aku terpaksa buang sebab hendak memberi ruang kepada ebm baru. Ade some of breastfeeding mom, chest freezer tue pon penuh dengan ebm... wow!!! murah sungguh rezeki anak die kan. Time Hakim nie aku ade plan gak nak beli freezer memandangkan fridge baru nie freezer agak limited. Tapi plan tu masih kiv bergantung kepada jumlah ebm aku nanti. Tak perlu rushing....




  12. Teknik menguruskan ebm. Ebm nie agak sensitive. Jika tidak diuruskan dengan betul, nutrien di dalam ebm boleh rosak. So pengetahuan untuk menguruskan ebm perlu ada pada ibu yang breastfeed anak dan juga perlu disampaikan kepada orang yang menjaga anak kita agar ebm tidak rosak. Jika ebm telah rosak, nutrition di dalam ebm akan hilang = anak minum air kosong jer laaa...


Untuk makluman korang, semua gambar dan illustration post aku kali ini adalah daripada en google sepenuhnya dan ianya adalah sekadar untuk perkongsian ilmu.

Harap dengan info-info tadi dapat membantu ibu-ibu diluar sana.... 

Monday, 20 January 2014

Our New Family Members...

Salam semua...

Diam tak diam dah 3 minggu blog aku nie dibiarkan bersawang...

Aper pon aku nak ucapkan terima kasih kepada reader rumahbatamerah yang setia membuka dan meng 'google' blog aku nie.

Untuk pengetahuan korang semua, alhamdulillah on 7 January 2014, Selasa jam 5.02a.m anakanda keempat kami telah selamat dilahirkan...

Kalau ikut perancangan doktor, on 10 January 2014, Jumaat nak start induce aku...

Tapi kita merancang dan Allah jua yang menentukan... on 6 January subuh tue aku dah start tak sedp hati walaupun time tue belum keluar apa-apa tanda aku nak bersalin.

Pagi tu memang scheduled untuk aku berjumpe with my gyne untuk menentukan procedure bersalin aku on 10 January tue.

On the way hantar the kids ke sekolah tiba-tiba aku boleh plak request kat En Hubby untuk patah balik rumah sebab nak kutip pakaian aku and baby...

Ikutkan time tue memang belum ade ape-ape tanda yang aku nak bersalin pon. Cuma hati nie macam tak tenteram plak bile memikirkan pakaian untuk diri sendiri, En Hubby and the Hafiizans aku tak packing langsung.

Tapi mengenangkan En. Hubby quite rushing pagi tue sebab ade meeting yang perlu di attend maka kami straight to the hospital to meet our gyne.

Sampai kat hospital the assistant ask me to take the urine for testing... Time tue la baru aku realise that ade blood stain...

Terus the doctor asst ask me to buat CTG. Result from CTG ikutkan baru ade mild contraction and in-active contraction.

Tapiiiii...biler my gyne check rupenyer dah bukak 3cm and the condition will allow me to bersalin anytime from then...

Aper lagi...ready tak ready terpakse la aku check-in hospital pagi tue gak..

En Hubby plak terpaksa patah balik rumah packing pakaian kami semua... (arghhhh...betapa rase guiltynya aku time tue hanya Allah sahaja yang tau...)

Duduk di ward seharian tanpa rasa sakit contraction memang sangat membosankan...

The doctor dah cakap if by 7 January morning tak bersalin juga, she will induce me. Maka, aku duduk la diam-diam dalam bilik hospital menanti dan terus menanti tanpa rasa any contraction pain.

Setiap kali CTG dilakukan every 3 hours, the result masih lagi contraction very mild and tak active... until pukul 2.30a.m aku terjaga untuk buang air and found out ade lendiran darah keluar agak banyak and contraction pain dah start terasa.

Time tue terus call the mid-wife and die check dah buka 6cm...terus jer aku ditolak ke labour room.

Pukul 4.30am my gyne sampai terus pecahkan air ketuban dan sesi pushing the baby out pon bermula....

Setelah almost 30 minutes bersabung nyawa, finally our little prince Hakim Hafiizan selamat dilahirkan dengan berat 2.86kg dan panjang 48cm.





Ahamdulillah syukur ke atas rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kami sekeluarga.

Harini genap 14days Hakim dilahirkan dan mommy & baby alhamdulillah sehat walaafiat....