Friday, 19 April 2013

Tips Mencuci Menggunakan Baking Soda

Haaa... korang kenal tak baking soda????

Sape yang kaki mem baking tue rasenyer dah biase kot dengan bende alah nie kan....

Actually En Hubby ade share 1 article berkaitan dengan kegunaan baking soda selain daripada untuk membuat cake atau cookies.

Jiom kite go through satu-satu kegunaan baking soda nie...

Cara-caranya :


    • 1
      Digunakan sebagai serbuk penyental (ala-ala ZIP) tue...Just taburkan sedikit baking soda di dalam sinki atau bathtub, basahkan dengan sedikit air dan silalah menyental...mane-mane kotoran yang berminyak, insyaAllah akan hilang. Bagi kotoran bekas sabun or daki, tak perlu berus pon boleh hilang. Then jangan lupa bilas dengan air bersih plak yer...

    • 2
      Membersihkan saluran paip. Caranya mudah gak... Korang hanya perlu mencampurkan separuh cawan cuka dengan separuh cawan baking soda. Kemudian tuangkan ke alam saluran paip dan dibiarkan selama beberapa minit. Selepas itu bolehlah dibilas dengan menuang 1 kettle air mendidih. Kaedah ini boleh mengelakkan daripada saluran paip tersumbat.


    • 3
      Menghilangkan kesan grease pada periuk belanga dan dapur masak dan juga mencuci oven. Sebenarnyer baking soda nie sangat efektif untuk menanggalkan grease. Aper yang korang perlu buat hanyalah dengan menaburkan baking soda di atas permukaan yang ber grease tue dan rub (aper bahasa melayu ye ek?? sental ke lap???) dengan kain kering. Baking soda tersebut akan mengerap ke semua kesan grease tue dan dengan mudah korang boleh bilas semula permukaan tadi.
    • 4
      Polish atau mengilatkan peralatan perak, tembaga atau stainless steel. Caranya pun agak mudah, which is korang just gosokkan baking soda menggunakan kain atau sponge lembab ke atas permukaan peralatan yang hendak digilap. Gilap secara perlahan-lahan dan lembut boleh membuatkan peralatan tadi kembali bersinar....
    • 5
      Memberi kesegaran kepada pakaian dan menghilangkan kesan degil pada pakaian. Caranya adalah dengan mencampurkan setengah cawan baking soda ke dalam cucian. Kaedah ini juga boleh digunakan bagi menghilangkan bau busuk pada pakaian. Untuk kotoran degil, korang boleh juga meletakkan baking soda yang telah dicampurkan dengan sedikit air atau cuka pada kesan kotoran tersebut sebelum dimasukkan ke dalam washing machine.InsyaAllah kesan degil tersebut akan hilang.
    • 6
      Menghilangkan bau busuk. Aper yang korang boleh buat untuk memastikan rumah sentiasa berbau segar adalah dengan menabutkan baking soda ke dalam tong sampah rumah anda!!!! 
 
 
Mudah kan!!!! Harapnya tips ini sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam membuat kerja-kerja rumah....

4 comments:

  1. Salam ezan,
    wah bnyk tul tips brguna nie. Kenelah jot down@safe page nie.
    TQ

    ReplyDelete
  2. salam tifa,
    actually saye memang suke dgn tips2 nie...saje masukkan dalam blog nie sebagai simpanan saya sendiri gak sambil boleh share dgn sesape yg sudi....thank you.

    ReplyDelete
  3. Bila baca tips-tips ni, takut la pulak nak guna baking soda dalam makanan. Bunyi mcm bahaya jer kalau masuk dalam perut. Semua disapu licin.

    ReplyDelete
  4. wah keren ini idenya ..
    dan membantu sekali untuk menyelesaikan pekerjaan rumah tangga...
    selain tips ini apa ada tips lain misalnya tips mencuci kaos kaki muslimah motif agar tetap awet

    ReplyDelete