Wednesday, 27 November 2013

Animal Farm Bukit Tinggi

Salam semua...

Sempena cuti sekolah nie En Hubby dok fikir kemana nak bawak the Hafiizans nie berjalan.

Walaupun diikutkan Hamzah & Hadie tak bercuti seperti rakan-rakan yang lain sebab masih sambung kelas tahfiz mereka pagi hingga ke petang but to Hamzah mood cuti sekolah tetap ade sebab sekolah kebangsaan die tutup.

So Ahad dan Isnin lepas kami telah bawa mereka ke Bukit Tinggi untuk melawat Animal Farm kepunyaan sahabat kami.

Wow!!! I'm so impress with the animal farm.

Bermula dengan arnab sahaja sekarang animal farm tersebut lebih meriah dengan kehadiran keldai, sumatera deer, holland deer, guinea pig, peacock dan hill tortoise.

Perkara yang paling menarik dekat animal farm ini adalah kebanyakkan binatang-binatang disini telah dijinakkan.

Pengunjung dibenarkan untuk memberi makan binatang-binatang ini dengan makanan yang ada dijual dikaunter tiket.

Harga untuk masuk ke animal farm ini juga amat murah dimana dewasa hanya RM3 dan kanak-kanak RM2.

Rasanya animal farm nie akan menjadi destinasi utama kami apabila ada kelapangan.

Jarak dari Kuala Lumpur ke Bukit Tinggi juga tidaklah jauh sangat. Hanya mengambil masa dalam 35-45 minit sahaja.

Jiom kite layan few pictures and videos the Hafiizans sepanjang di Animal Farm Bukit Tinggi. 








No comments:

Post a Comment