Beberapa jam lagi kita akan melangkah ke bulan Rejab.
Maknanya kita sudah 2 bulan lagi menghampiri bulan Ramadhan...
Bulan Rejab adalah antara bulan-bulan Islam yang dinanti-nantikan.
So kat sini aku nak sharekan sedikit kelebihan-kelebihan bulan Rejab untuk panduan dan pedoman kita bersama.
"ADA APA DENGAN BULAN REJAB" |
Rejab
ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya
bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa
dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di
antaranya:
Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam, sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1
dan 10 Rejab dalam Islam"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
MAKNA / HURAIAN KALIMAH " REJAB "
Rahmat :
Diantara rahmat Allah
yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan ditambahkan
amalan-amalan seperti berpuasa pada siangnya dan mengerjakan
sembahyang-sembahyang sunat disamping fardhunya yang tertentu dan banyak
berzikir, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, beristighfar, mohon
keampunan dan taubat dosa-dosanya yang lalu dan pada malamnya berjaga malam
atau bangun tengah malam sembahyang sunat tahjud, sembahyang sunat tasbih,
berzikir, beristighfar, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, berdoa dan
sebagainya. Pad bulan rejab inilah dilipat gandakan pahalanya, dilipat ganda
keampunan dosa-dosanya dengan mudah mendapat keampunan dan taubat dari allah,
diangkat darjat keimanan oleh allah didunia, dan diangkat darjat yang tinggi
didalam syurga di akhirat. Sungguh beruntung sekali bagi hamba-hambaNya yang
menggunakan kesempatan bulan rejab ini berlumba-lumba memperbanyakan amalan
ibadat dalam hidupnya sungguh satu rahmat Allah yang terbesar yang
dianugerahkan kepada hambaNya denagn mendapat keredhaanNya yang besar dan
rugilah orang-orang yang ketinggalan rahmat yang melepaskan kita daripada
azab neraka dan mendapatkan kita ke dalam syurga.
Judu (Pemurah) :
Begitu sekali
pemurahNya dan baikNya allha kepada hambaNya yang beriman dan beralam soleh
kepadaNya dengan balasan pahalaNya yang begitu banyak sekali, dan diangkat
darjatnya yang tinggi didalam syurgadengan mudahnya diberi keampunan dan
taubat yang begitu bangyaknya pula. Sesungguhnya pemurahNya dan baikNya allah
terhadap hambaNya pada bulan yang mulia ini.
Berkebajikan :
Sungguh bulan Rejab
ini adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada hambaNya. Bulan yang
diperintah banuak berbuat amal kebajikan padanya, bulan yang digalakkan
berbuat amal ibadat, sembahyang fardhu dan sembahyang-sembahyang sunat, bulan
diperbanyakkan beristighfar memohon keampunan dan taubat ke hadrat allah,
berzikir, bertasbih, berselawat, berdoa bersedekah, dan segala rupa kebaikkan
dan kebajikan yang diperintah Allah dan rasulNya. Bulan Allah membuka pintu
kebajikan dengan luas (banyaknya amal-amal kebajikan, dan banyak serta besar
palu anugerah balasannya yang tidak terhingga). Banyak pemberian allah dan
banyak pula hambaNya lumba-lumba memenuhi amalnya - banyak Allah memberi
kebajikan dan banyak pula banyak pula hambaNya berbuat kebajikan. Bertambah
dekat hambaNya dengan Tuhannya dan bertambah dekat pula Tuhannya dengan
hambaNya. Betapa besar keredhaan allah terhadap hambaNya dan betapa besar
pula keredhaan hambaNya terhadap Allah.
BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan
Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara
tidak langsung iaitu Surah al Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah
(ayat 2, 36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad)
mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah "Peperangan
dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang
Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan
menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidil Haram (di Mekah), serta mengusir
penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah
SWT. (Al Baqarah ayat 217)
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur
Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan
berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan
bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran
istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui
Rasulullah SAW dan bertanya "Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang
datang menemui anda pada tahun pertama "Nabi bersabda" Kenapa
keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki
itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu
malam "Maka tanya Rasulullah SAW" Kenapa kamu seksa diri kamu? Lalu
sabdaNya" Berpuasalah pada bulan sabar yakni bulan Ramadhan dan satu
hari dari setiap bulan "Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar
lelaki itu "Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi." Tambahlah lagi "Mohon
lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda "Berpuasalah dalam bulan suci (haram
) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak 3 kali sambil mengucapkan itu
Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam
lalu dilepaskan"
(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majjah dan
Baihaqi dengan sanad yang baik)
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
1. Hijrah Pertama Dalam Islam
Ada di kalangan sahabat yang
mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila
pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan
orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke
negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini untuk
menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam
berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya
Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah
dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
2. Israk dan Mikraj
Israk dan Mikraj ertinya
Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan
diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5
waktu dari Allah SWT.
Terdapat khilaf ulamak mengenai
tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat
menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak
penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa
ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil
qatie dari al quran dan hadis sahih.
Peristiwa Yang Berlaku Sebelum dan Semasa Perjalanan Israk Rasulullah
S.A.W
Peristiwa Yang Berlaku Semasa Perjalanan Mikraj
Rasulullah S.A.W
3.
Peperangan Tabuk
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk
di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000
orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan
diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang
sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang
disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4.
Pembebasan Baitul Maqdis
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al
Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan
Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi
ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah
500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya
selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam
di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari
Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul
Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5.
Lahirnya Imam Syafie RH
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah,
Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada
imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti
mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga
dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al
Umm.
Hadith- Hadith berkaitan Bulan Rejab
Satu
perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan
Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadith-hadith Sahih. Amalan
tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab
adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.
Namun
masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di
bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti
qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain
lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut
apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.
|
Antara Hadis yang menjelaskan
kelebihan Bulan Rejab
- Sabda Nabi S.A.W: hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
- Sabda Nabi S.A.W: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
- Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul -Qadarnya.
- Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi ( Firdaus) . Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
- Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka ( panjangnya setahun perjalanan).
- Malam awal Rejab mustajab doanya ( adalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi).
- Puasa empat hari pada bulan Rejab diafi'atkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat.
- Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab keluar daripada kubur bercahaya mukanya.
- Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.
- Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka lapan pintu syurga.
- Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru: tidak ditolak dia masuk ke syurga.
- Puasa sepuluh hari pada bulan Rejab Allah jadikan bagi hamparan perhentian di titi sirotolmustaqim pada tiap-tiap batu.
- Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
- Puasa sembilan belas hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai di hadapan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
- Puasa dua puluh hari pada bulanRejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
- Berkata Saidina Ali:
- Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
- Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
- Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
- Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala qalam.
- puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.
- puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim di hari kiamat.
- puasa sahari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya
- Berseru dari langit : Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar : dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati dengan puasa, masuk kubur dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa (Al-Hadis), lepas dari azab kubur (Al-Hadis) - (berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya).
- Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), dimapunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya :
- Diampunkan dosanya yang lalu.
- Dipeliharakan umurnya yang tinggal.
- Terlepas dari dahaga di hari qiamat.
- Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
- Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
- Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
- Tiap hari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan rejab seperti ibadat seribu haji dan umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulun Rejab, bulan Allah.
- Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allh daripada api neraka, kerana kenuliaan bulan Rejab.
- Allah jadikan dibelakang bukit Jabar Qaf bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad. Allah menjawab : Telah aku ampunkan mereka!
- Barang siapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
- Sesiapa berpuasa pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya : " Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tiada aku tolakan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah ArasyKu, engkau kekasihKu dari segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara engkau". ( Dari Kitab RaudhatulIfkar).
- Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa 1000 tahun. Kerana kebesaran hari Israk Mikraj.
- Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kepicikan oang mukmin pada bulan rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar didalam Syurga Firdaus.
- Siap berbuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga) seperti dia berpuasa 3000 tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasad, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di mizan, 70 hajat ketika berlalu di titi Siratol mustaqim.
- Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana keagungan, kebesaran dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan kebajikanNya terhadap hamba-hambaNya yang beriman dab beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan sengan (bulan Allah).
Rejab bulan menabur benih
Syaaban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai
Rejab menyucikan badannya
Syaaban menyucikan hatinya.
Ramadhan menyucikan rohnya
Rejab bulan maghfirah ( keampunan)
Syaaban bulan Syafaat.
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
Rejab bulan taubat
Syaaban bulan Muhibbah
Ramadhan dilimpahi amalan seperti hujan mencurah banyakknya.
Rejab diganda 70 pahala
Syaaban diganda 700 pahala
Ramadhan diganda 1000 pahala atau lebih
Artikel ini disediakan
Oleh: Ustazah Sabariah Bt. Haji Salleh (P.P.T)
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS
No comments:
Post a Comment