Friday, 10 May 2013

Rezeki Dipagi Jumaat

Salam ukhwah buat semua...

Actually aku masih lagi dalam keadaan kagum dan kaget dengan kejadian pagi tadi.

Arini ntah camner En Hubby boleh siap lebih awal daripada aku & siap tolong kejutkan the boys to mandi dan bersiap ke sekolah...

Syukur alhamdulilah....

Pastu lepas subuh terus gerak ke Sri Petaling. Since subuh masuk awal sekarang nie then kami pon gerak betol punyer awal, 6.15a.m dah terpacak kat Sri Petaling.

Terus En Hubby ajak pegi breakfast dulu kat kedai mamak favorite kami sekeluarga.

Tengah-tengah makan, kami disapa oleh seorang hamba Allah. Beliau memberi salam dan bermain dengan Hannah sebentar.

Hamba Allah nie memang totally stranger tapi kami dah dapat agak beliau adalah ahli tabligh yang singgah di Sri Petaling.

Then orang tue makan di meja tak jauh dari kami bersama sahabat die lagi sorang.

Time Hamzah nak cuci tangan kami let him go alone tapi kami perhatikan dari meja kami.

Hamba Allah tadi rupanya ade di sinki untuk cuci tangan juga. Tak disangka die membantu Hamzah mencuci tangan siap sabunkan dan siap cucikan mulut Hadie... Jazakallah wahai tuan yang budiman...

Tak cukup dengan itu, lepas aku makan, terus aku masuk ke dalam kereta dengan Hannah sebab segan la kan lelaki-lelaki daripada masjid tabligh dah semakin ramai nak makan breakfast kat kedai tue.

Dari dalam kereta aku nampak Hamba Allah nie membayar makanan die sambil menunjuk ke arah meja kami.

Dalam hati dah berkata, orang ni bayarkan makanan kami ker???

Time tue En Hubby tengah bawak Hadie cuci tangan. Biler En Hubby nak pegi bayar rupanya betol la Hamba Allah tadi telah membayar kesemua makanan kami...

Subhanallah...kami memang tidak menyangka. Terus En Hubby ke meja Hamba Allah tadi untuk mengucapkan terima kasih. Time tue Hadie terus salam beliau.

Hamzah time tue ade dengan aku dalam kereta. Time Hadie salam die, terus die peluk dan cium Hadie....

Well, bukan aku nak cakap aper la kan..dengan keadaan sekarang nie tidak disangkal masih ramai lagi insan yang berhati mulia.

Aku dengan En Hubby hanya berpandangan sesama sendiri dan buat conclusion mungkin die rindukan anak-anak die sebab melalui percakapan die, En Hubby cakap Hamba Allah tue bukan orang local, mungkin sabah or sarawak or Brunei.

Aper pon kami sekeluarga sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah telah limpahkan kepada kami pagi ini.

Semoga Allah akan murahkan lagi rezeki Hamba allah tersebut dan dipermudahkan segala urusan beliau dalam menyebarkan ilmu Allah....

Sesungguhnya di muka bumi ini masih ramai lagi manusia-manusia yang berhati mulia.


Aku mendoakan agar Hamba Allah tadi dikurnia rezeki yang melimpah ruah oleh Allah disamping semoga kami dan anak-anak kami tergolong daripada orang-orang yang beriman dan beramal soleh... insyaAllah.... 


No comments:

Post a Comment