Thursday 27 June 2013

Perginya Seorang Sahabat Buat Selamanya...

Salam korang...

Hari ni aku agak sebok bermesyuarat di Pejabat Peguam Negara dari pagi hingga ke petang.

Sepanjang di sana mobile phone aku perlu ditinggalkan di kaunter front door. kirenye aku terputus hubungan seharian.

Habis meeting kol 4.15ptg team kami dikejutkan dengan sms yang memberitahu  salah seorang sahabat kami telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Sungguh terkilan rase hati sebab last time aku tembung arwah dipejabat hanya sempat melaung say hi jer...then arwah tergesa-gesa berlalu pergi.

Arwah pernah menjadi rakan seunit aku dulu dan pernah juga die berkongsi cerita masalah peribadi beliau pada masa itu.

Beliau adalah seorang yang sangat baik hati dan happy go lucky...

The last time aku bersembang tanye khabar beliau adalah pada bulan march lepas, tue pon melalui chat box di FB.

Time tue arwah ade gak crite kat aku yang die kurang sehat but getting much better.

Sesungguhnya ajal maut adalah ketentuan Ilahi...

Rest in peace my dear friend Ruslan Ulin Abdullah @ Roland Ulin. Semoga arwah di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh... Al-Fatihah....

7 comments:

  1. Salam saya adalah rakan beliau semasa di sekolah menengah (MRSM). Sedih kerana tidak dapat meneman jenazah arwah ke kubur. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon rasa sangat ralat kerana tak dapat melawat arwah semasa arwah berada dihospital. Sesungguhnya semua itu telah ditentukan oleh Allah...

      Semoga roh arwah tenang disana...

      Delete
  2. Saudara Ezan, saya ialah shabat karib arwah sebelum arawah melanjutkan pelajaran ke MRSM Taiping, semasa arwah di Tingkatan 4 Sains 2 di Sekolah Menengah Kai Chung, Bintangor, Sarawak. Semasa arwah menuntut di UK arwah kerap mengutus surat tentang khabar berita arwah di perantauan. Kali terakhir saya bertenu dengannya ialah pada tahun 2011 dan kali terakhir saya mendengar suara arwah ialah pada bulan Jun 2013 apabila arwah membuat panggilan antarabangsa ke New Zealand (tempat saya bekerja dan menetap sekarang). Saya dimaklumkan p[emergian arwah oleh seorang lagi sahabat dari Sarawak pada bulan Disember yang bary sahaja berlalu. Sungguh terkilan...Mudah-mudahan roh arwah dicucuri rahmat Allah s.w.t. dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Today adalah birthday arwah... Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh... Al-Fatihah...

      Delete
  3. Terima kasih Saudara Ezan kerana mengingatkan saya hari ini ialah harijadi arwah. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. Muhd. Ruslan dalam kenangan: Seorang yang tabah berani menegakkan kebenaran dan diberi hidayah tentang kebenaran ad-din Islam tercinta. Arwah seorang yang cekal hati di dalam apa jua keadaan, susah atau senang. Roland @ Ruslan, saya bangga pernah menjadi sahabatmu. Dan Sdr. Ezan, terima kasih atas nukilan blog saudara yang sedikit sebanyak mengisi "void" setelah saya mendapat tahu pemergian arwah.

    ReplyDelete