Tuesday 9 April 2013

Breastfeeding & Flu

Selsema merupakan satu penyakit yang agak normal untuk semua orangkan.

Tapi macam mana pula dengan ibu yang breastfeed (bf) anak diorang...

Gambar dari En Google


Q : Adakah perlu untuk ibu memberhentikan bf kepada anak jika ibu dijangkiti selsema???

Jika ibu telah terdedah dengan persekitaran selsema tetapi masih belum sakit, tidak jadi masalah untuk bf anak atas menyimpan stok EBM. Sebenarnya didalam susu ibu terdapat antibodi yang secara langsung akan membina sistem imunisasi anak kita.
Tetapi jika ibu telah mempunyai symptom selsema yang teruk, adalah dinasihat meminta bantuan orang lain untuk memberi anak anda EBM menggunakan botol.

Q : Bagaimana hendak melindungi anak jika ibu telah dijangkiti selsema?

Jika ibu tidak telah dijangkiti selsema beberapa langkah boleh diambil bagi mengelakkan daripada anak turut dijangkiti bersama :

  • Kurangkan sentuhan terhadap ibu dan baby
  • Cuci tangan dengan sabun dan air suam sebelum menyentuh atau memegang bayi.
  • Pakai topeng muka
  • Jika tiada topeng muka, pastikan ibu bersin atau batuk ke aras bertentangan dengan anak atau tutup dengan tisu bukan direct ke muka baby. Kemudian buang dengan elok tisu yang digunakan dan pastikan tangan ibu dicuci semula
  • Gunakan tuala atau selimut yang bersih dah kering apabila ibu ingin memegang atau menyusukan baby. Pastikan tuala atas selimut yang digunakan adalah sentiasa kering dan bersih.
  • Sebelum bf baby, pastikan breast ibu dicuci dengan mild soap dan dibilas dengan air suam.
  • Pastikan peralatan makan, minum, tuala, pakaian, katil bantal atau selimut tidak dikongsi antara ibu dan baby semasa selsema sehingga ibu betul-betul pulih dari selsema.
Q :  Bolehkan ibu yang bf baby mengambil ubat selsema???

A :  Boleh!!!! Ibu boleh mengambil ubat antiviral yang telah ditetapkan oleh doktor seperti oseltamivir (Tamiflu) or zanamivir (Relenza) mengikut yang dos yang telah ditetapkan

Q :  Bolehkah bf baby yang telah dijangkiti selsema???

A :  Wajib!!!! sebab, baby yang selsema memerlukan lebih banyak air dan susu ibu adalah cecair yang terbaik dalam membentuk imunisasi badan baby.

Haaa... so lepas nie jika anda dijangkiti selsema, harapnya anda telah tau aper yang perlu dilakukan kepada diri dan baby ok!!!!
 

No comments:

Post a Comment