Tuesday 9 April 2013

Tolongla Penunggang Motosikal

Actually aku takdela nak kondem orang yang menaiki motosikal kat Malaysia nie.

Tapi makin hari aku tengok makin melampau pulak penunggang motosikal nie.

Aku adalah salah seorang pengguna tegar laluan highway di KESASS, NPE, Metramac, NKVE dan Mahameru.

Tue adalah highway-highway yang menjadi laluan aku almost setiap hari bekerja.

Lately aku perhatikan penunggang motosikal nie conquer semua lane di highway sampaikan kite yang bawak kereta nie nak menukar lane pon tak boleh diakibatkan motosikal  nie.

Dah la conquer semua lane tue...then jalanraya tue macam hak penunggang motosikal sepenuhnya. Kereta-kereta nie hanya menumpang jer kat jalan tue.

Di tengah-tengah traffic jam syiok jer diorang mencelah-celah. Siap hon lagi bila kereta nak tukar lane tanpa menyedari kehadiran mereka.

Memang la pemandu kereta kene berhati-hati ketika hendak menukar lane. Tapi motosikal niekan  kecil dari segi size. Kedudukan diorang yang suke duduk kat blakang kereta, most of the time kat blind spot kereta menyebabkan pemandu terlepas pandang kehadiran diorang yang mencelah dan melulu jer...

Bila berlaku kemalangan biasanya kereta dipersalahkan.

Then kalo kemalangan or kereta hampir menghimpit diorg dan angkat tangan tanda sorry, ade plak yang kurang ajar mengejar balik kereta tersebut dan memukul atau menendang kereta tersebut.

Tue la yang berlaku pada En Hubby dan aku pagi tadi sebenarnya. 

Seriously  En Hubby dah tak dapat nak mengelak lagi coz dah bagi signal nak tukar lane dah lame. Tengok dah clear tengah-tengah bergerak ke lane sebelah sebuah motosikal dari mana datangnyer mencilok dan hampir En Hubby menghimpit.

Ikutkan memang salah motosikal tue sebab main cilok-cilok jer time jam. Tapi kite angkat gak la tangan sorry.

Die boleh kejar kereta kami dan memukul side mirror kereta kami.

Arghhhh!!!!.. stress aku pagi nie!!!

Sekarang nie pemandu kereta terpaksa take extra precaution terhadap penunggang motosikal. Manakala kebanyakan penunggang motosikal pula semakin bermaharaja lela. (Bukan semuanya macam tue tau!!!)

Ade pernah 1 insiden nie pula, penunggang motosikal berada di lorong kanan sekali dengan kelajuan yang agak perlahan di highway...

Adoi!!! yang nie memang buat aku tepuk kepala jer laaa....

Tue belum lagi isu lampu motor tidak dipasang atau telah rosak, motor tiada side mirror, pakai pakaian gelap semasa menunggang motosikal dan macam-macam lagi laaa...

Aku rase pihak polis traffic perlu mengambil langkah memberi kesedaran keselamatan jalan raya kepada penunggang-penunggang motosikal sekarang nie.

Maaf la jika ade yang terasa hati. Tapi ini adalah kenyataan.

Samada setuju atau tidak, kebanyakkan daripada kita yang menunggang motosikal ke pejabat bukan kerana tidak mampu membawa kereta ke office.

Tetapi dengan niat agar tidak tersangkut di traffic jam kerana motosikal boleh mencilok-cilok di celah kereta. Betol tak??????????? (Haip!! jangan nak tipu!!!)

Kes mat rempit tue plak usah cakap laaa..tue memang patut disekolah kan semula!!!!

No comments:

Post a Comment