Friday 2 August 2013

22 & 23 Ramadhan....

Salam korang...

Pantas sungguh masa berlalukan. Dalam tempoh kurang lagi seminggu Ramadhan akan meninggalkan kita....

Bersempena Aidilfitri yang hampir kunjung tiba aku telah mengambil kesempatan menyesakkan diri di Jalan TAR waktu lunch hour.

Niat dihati nak cari baju melayu untuk En Hubby, Hamzah & Hadie.

Unfortunately takde plak warna yang aku berkenan....

End up semalam aku ajak En Hubby singgah Ampang Park kejap dan berjaya membeli sepasang baju melayu untuk suami tercinta...

Since misi membeli baju melayu Hamzah & Hadie belum tercapai, maka esok pagi-pagi aku dah plan nak ajak En Hubby and the Hafiizans untuk pegi ke Wisma Yakin... Harapnye jumpe la baju melayu untuk anak-anak terunaku...

Ok, nie aku nak cerita plak pasal iftar 22 Ramadhan kami.

Well, kelmarin kami dengan jayanya berbuka di rumah MIL....

Pergghh...syiok berbuka bila MIL rupanya belikan mee tarik warisan untuk iftar haritue...

Bagi sesiapa yang tak tau lagi aper itu mee tarik warisan boleh jengok entry aku kat sini.

Thank you so much ibu sebab belikan mee tarik kegemaran aku tue walaupun sebenarnya aku bagitau die yang kami akan datang berbuka quite last minute.

Untuk sahur plak aku gorengkan nugget for Hamzah & Hadie, while aku dengan En Hubby makan nasi briyani yang aku order kat office.

Orait, kite sambung plak dengan cerita semalam yang bersamaan dengan 23 Ramadhan.

Actually merupakan ulang tahun kelahiran insan yang amat aku sayangi dan aku hormati.

Dialah segalanya dalam hidup aku... Melahirkan aku, membesarkan aku, mendidik aku seterusnya tidak jemu mencurahkan kasih sayangnya kepada aku..

Orang itu tiada tandingnya dan dia adalah mak aku, Hjh Wahida Abdullah @ Peh So Gim.

Happy Birthday Mak!!! Semoga mak panjang umur, murah rezeki dan sentiasa diberikan kesihatan...

So bagi meraikan birthday mak semalam aku pepagi dah call pesan kat mak untuk berehat jer takyah masak untuk berbuka semalam.

Sebab aku nak balik kerja masakkan lauk untuk berbuka ker??????? Muahahahahahaha...kirim salam la yer.. balik keje pon sampai rumah dah dekat pukul 7 takde maknenye aku nak masak bagai..

Aku mintak mak choose nak makan kat mane since mak tue payah bebenar nak ajak makan kat kedai...

End up mak ajak makan kat The Mahattan Fish Market.


Maka balik keje semalam aku terus singgah rumah mak dulu.

After berbuka ala kadar dan usai solat maghrib terus kami bertolak ke Setia City Mall.

Perhhh...betol punyer ramai orang semalam...biasanya mall tue kalo weekdays memang kosong.

Tapi semalam boleh tahan ramai orang berbanding biasa.... mungkin ramai yang bershopping last minute untuk raya kot...

Sampai tempat yang dituju sekali ramai orang la plak..so terpakse la Q menunggu about setengah jam baru la dapat tempat duduk.

Since masing-masing dah lapar and the Hafiizans dah start mengantuk terus jer aku order set Ramadhan yang disediakan.


Kalo tengok set tue agak banyak makanannya. Risau gak aku kalo tak habis.

Tapi since semua foodnya sedap belaka... habis licin semua kami makan...

Alhamdulillah...

Selesai makan terus salam mak dan adik aku, Yomie terus kami bergerak balik rumah since dah dekat pukul 10 malam...

Pagi nie untuk sahur aku just grillkan chicken sosej untuk Hamzah & Hadie.

Aku dengan En Hubby plak makan bubur lambuk yang mak bekalkan... well to me bubur lambuk mak masak is still the best!!!!

Okla korang...actually office aku dah start sunyi nie..ramai yang akan memulakan cuti aidilfitri start today...

Since aku boleh diketegorikan sebagai orang local jer, seperti tahun-tahun sebelum ini aku akan menjadi penunggu office sampai sehari sebelum raya....

Hati nie ade gak rase macam nak merayau tengah hari nie...tapi member plak takde... So buat semua reader rumahbatamerah, aku ingin mengucapkan Selamat berpuasa semua!!!! (masih Ramadhan lagi kan....)
 

No comments:

Post a Comment