Saturday 13 July 2013

Mohon Doakan Bersama...

Pagi semalam aku telah mendapat perkhabaran salah seorang sahabat kami  (Iskandar Kassim) di bumi Netherlands dulu sedang berada bertarung di ICU kerana mengalami masalah radang paru-paru dan komplikasi daripada rawatan kemterapi.

Ya Allah berat sungguh dugaan yang sedang ditanggung oleh sahabat kami tue dan isteri beliau Rozie Ahmad yang baru sahaja tiga minggu melahirkan anak ketiga mereka.

Dikesempatan ini aku ingin memohon jasa baik readers rumahbatamerah untuk sama-sama mendoakan semoga Iskandar diberi kekuatan untuk melawan penyakit beliau dan kembali sembuh seperti sediakala dan semoga Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga.... 

No comments:

Post a Comment