Wednesday 10 July 2013

Ayam Halia

Salam korang...

Camner sahur pagi tadi???

Bagi aku hari pertama sahur alhamduillah sangat dipermudahkan bila Hamzah & Hadie sangat bersemangat untuk bangun sahur.

Since malam tadi aku balik lewat malam, so takde la lauk yang fancy-fancy aku sediakan.

Cukupla sekadar lauk rutin yang menjadi kegemaran sekeluarga.

Aku masak ayam halia jer malam tadi.

Resipi ayam halia ni adalah resipi turun temurun keluarga mak aku and masakan ini juga adalah lauk wajib aku semasa berpantang. Cuma waktu dalam pantang tue, minyak sayuran ditukar dengan minyak bijan untuk menumis.

Bagi sesiapa yang berminat nak cuba jiom kite tengok resipinya....

AYAM HALIA

Bahan-bahan :


 1/2 ekor ayam
*Seulas bawang besar
*3 ulas bawang putih
*4 ke 5 inchi halia (lagi banyak lagi best!!!)
Kicap cair
Minyak untuk menumis
Air

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * sehingga garing (garing tau!! bukan sampai naik bau sahaja or sampai hangit plak...)

2. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam separuh masak

3. Masukkan kicap cair secukup rasa dan gaul sebati dengan ayam tersebut buat seketika


4. Masukkan air mengikut kesukaan anda. (jika suka bersup lebih letak la air lebih sehingga menutupi ayam, tapi jika tak berapa suka bersup sangat bley la kurangkan sedikit air)

5. Biarkan sebentar sehingga ayam betul-betul masak dan tutup api untuk dihidangkan.


Simplekan resipi nie. Memang sangat mudah dan pantas disediakan.

Selamat mencuba....  

2 comments:

  1. Replies
    1. Sila-sila cuba...kami anak cina memang membesar dengan makan lauk nie la selalu...paling mudah dan sedap!!!
      Anak-anak pon suke sebab tak pedas....

      Delete