Wednesday 3 April 2013

Tips Memperbanyakkan Susu Ibu

Salam semua,

Kalo semalam saya buat entry pasal susu merudum, hari nie aper kate kite semak pula tips-tips untuk memperbanyakkan susu ibu.

Actually tips-tips nie aku kumpulkan hasil bacaan berkaitan breastfeeding yang aku dapat waktu mengandungkan Hannah dulu.


 Zikir dan Doa
  •  Berzikir dengan kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Selain daripada itu, boleh juga bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
  • Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
  • Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lain-lain Amalan

1. Mind Set

 Minda yang telah anda set sedari awal sangat mempengaruhi penghasilan susu ibu.Jika anda set anda dari keturunan tiada susu, maka tiadalah susu yang keluar, tetapi jika anda set Insyaallah aku akan berjaya menyusukan si manja selama mana yang dia mahu.Tentu ramai yang terfikir apa kaitannya membanyakkan susu ibu dan minda?Begini. sebenarnya minda kita memainkan peranan penting untuk menghantar isyarat ke payudara untuk mengeluarkan susu.   

2.  Percaya Dan Yakin 

Ibu-ibu perlu mempunyai kepercayaan yang tinggi pada diri sendiri khasnya ibu muda yang baru melahirkan anak pertama. Polisi penyusuan susu ibu pun sudah menyatakan Penyusuan Eksklusif selama 6 bulan. Yakin anda mampu menyusukan anak anda sepenuhnya tanpa bantuan susu formula.



3. Pam Dengan Konsisten 

Pengepaman yang konsisten sangat membantu khasnya bagi ibu yang bekerja. Ini kerana si ibu akan berjauhan seketika dengan anak. Maka tujuan pam ini adalah sebagai usaha untuk mengekalkan kuantiti susu. Kekerapan mengepam terpulang kepada kemampuan ibu, namun yang paling baik untuk ibu yang tiada masalah, memadailah 3 kali sesi mengepam sepanjang hari bekerja. Jika ibu punyai masalah produksi susu kurang, perlu menggandakan sesi tersebut, mungkin setiap 2 jam sekali. JANGAN sesekali anda Skipped masa mengepam, kerana ini akan menjejaskan kuantiti produksi susu.


4. Pam Sehingga Payudara Benar-benar Kosong
 

Ini sangat perlu kerana jika tidak mengosongkan benar-benar payudara kemungkinan akan berlaku saluran susu tersumbat, hanya susu cair saja yang banyak keluar,melambatkan proses penghasilan semula susu, bengkak susu, pengaliran susu tidak lancar. Oleh itu pastikan ibu benar2 mengepam payudara sehingga kosong.



5. Minum Air Banyak

Amalkan minum air masak sebanyak 3 liter sehari kerana ibu yang menyusu akan membakar banyak kalori, dan mudah berpeluh dan ini menyebabkan bendalir dalam badan semakin berkurangan dan perlu sentiasa diganti.





6. Makan Seimbang 

Ibu menyusu tidak perlu diet atau menyekat pemakanan. Hanya perlu memastikan mendapatkan diet yang seimbang seperti makan nasi, sayur, sumber protien seperti ayam, ikan daging,telur dan sebagainya.



7. Amalkan Suplemen 

 Ini bukanlah wajib, namun ianya satu additional kepada kesihatan ibu. Jika ibu kurang sihat mesti penghasilan susu ibu akan tejajas. Suplemen akan membantu mencukupkan nutrisi ibu, dan sekaligus ibu akan lebih bertenaga, sihat dan cergas.


8.Urutan

Lakukanlah urutan sekali sekala pada sekitar payudara ataupun seluruh badan. Cara ini adalah sebagai penghargaan untuk ibu supaya dapat kembali cergas dan saluran darah yang lancar.
Kebersihan - Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dengan laju


9. Pam waktu malam

Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
Melihat muka anak - Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.


10. Doa

 Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.


11. Rehat dan jangan stress 

Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stress akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).


12.  Susui bayi sehingga betul kenyang 

Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.


13.  Melakukan tendem

 Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi (tendem)


Selain daripada amalan-amalan di atas, terdapat juga makanan dan minuman yang dikenalpasti sebagai milkbooster.

 
Makanan
  1. Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
  2. Bayam
  3. Broccoli; sumber kalsium yang baik.
  4. Sawi
  5. Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  6. Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
  7. Kacang Hijau; bubur kacang hijau
  8. Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  9. Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.
  10. Petola, daun turi; masak lemak manis
  11. Kacang Buncis
  12. Kacang Dal; makan dengan roti canai
  13. Pucuk betik
  14. Roti; segala jenis roti especially roti planta
  15. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  16. Madu; sebagai pemanis dalam minuman
  17. Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
  18. Ikan Tenggiri
  19. Sengkuang Cina
  20. Biskut bijirin -
  21. Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin / di proses
  22. Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)

Minuman
  1. Air masak; minum lebih 3 liter sehari
  2. Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
  3. Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus
  4. Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam
  5. Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
  6. Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  7. Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  8. Soya
  9. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  10. Air Kelapa
  11. Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula
  12. Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  13. Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  14. Milkmaid tea
  15. Melilea Organic Soya Drink
  16. Autumnz Organic Nursing Tea
  17. Joy Angel Nursing Tea

Makanan Tambahan (optional)
  1. Pil Kalsium
  2. Obimim
  3. Omega 3
  4. Vitamin C
  5. Jamu yang membanyakkan air susu contoh PIL ASI, jamu nona roguy (phytonatal)
  6. Alfalfa (Shaklee)
  7. Bidadari (DCL)
  8. GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC
  9. Habatussauda
  10. Organic Spirulina
  11. Melilea Greenfield Organic
  12. ML; Goat's Rue Vegetarian Capsules
  13. ML; More Milk Plus Vegetarian Capsules
  14. ML; More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)  

Wajib ditinggalkan
- Minuman Ais
- Minuman bergas


Keberkesanan tips-tips ini sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri.

Setiap manusia mempunyai kesesuaian tubuh badan yang berlainan.

Aper yang penting kite berusaha. Wallahualam

2 comments:

  1. good tips..suke tau..hehe..nnti nak wat masa adik rizq lak..da siapkan body & stamina ni..berjaga malam tuk pam..

    eh! shaklee sangat membantu. :)

    rinie borhan
    shaklee indipendent distributor (id: 919511)
    izariniborhan@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Go rinie!! InsyaAllah boleh punyer...
      Hannah alhamdulillah until today akak memang tak bg die FM lagi.
      Memang production susu tak sebanyak macam dulu.
      Tapi Hannah pon intake EBM die pon tak banyak gak since die dah pandai makan bende lain...
      Good luck Rini!!!

      Delete