Hannah bulan nie akan mencapai usia 21 bulan InsyaAllah.
Tidak dinafikan amount EBM yang aku perolehi semakin hari, semakin merudum.
Actually ade beberapa faktor yang secara kita tidak sedari menjadi punca susu merudum.
Antara faktor susu merudum adalah :
1.Teknik penyusuan yang salah
Ini adalah antara punca susu merudum yang berlaku tanpa kita sedari.
Kedudukan penyusuan baby atau suction daripada breastpump yang tidak betul boleh menyebabkan proses lekapan pada aerola tidak betul dan boleh mengakibatkan susu tidak dikosongkan sepenuhnya sewaktu tempoh penyusuan baby atau proses mengepam dijalankan.
Oleh yang sedemikian, posisi penyusuan baby dan pemilihan pump susu yang bersesuaian sangat penting bagi memastikan susu dapat dikosongkan bagi membantu penghasilan lebih banyak susu lagi.
2. Kekerapan mengepam atau perah yang kurang
Keadaan ini biasa dialami oleh ibu-ibu yang berkerjaya. Jika mengikut ideal timming untuk kekerapan mengepam atau perah ketika baby tidak bersama adalah setiap 2 jam sekali.
Namun, di atas desakan tanggungjawab tugasan yang sentiasa menanti, kekerapan mengepam atau perah di pejabat hanya dapat dilakukan at most 2 atau 3 kali sahaja sepanjang tempoh 8 hingga 10 jam kita di pejabat.
Untung bagi ibu-ibu yang bekerja dirumah kerana dapat memberi direct feeding kepada baby mereka. Yang mana secara langsung akan memberi rangsangan untuk susu dihasilkan dengan lebih banyak melalui konsep supply vs demand.
3. Stress
Faktor susu merudum yang sememangnya sukar untuk dielak oleh ibu-ibu yang bekerjaya mahupun suri rumah sepenuh masa.
Bagi mengatasi masalah ini, ibu-ibu perlu sentiasa berfikiran positif dan perlu bijak dalam menangani sebarang bentuk masalah yang datang menimpa bagi mengelakkan diri berada di dalam keadaan stress.
Mungkin semasa tempoh mengepam atau menyusukan baby, ibu-ibu boleh mengimbau kembali kenangan-kenangan manis yang pernah dilalui atau membelai anak kita.
Disamping itu juga, amalan doa daripada ayat-ayat suci Al-Quran juga dapat membantu ibu-ibu dalam usaha menghasilkan susu yang lebih banyak.
Antara doa yang boleh diamalkan adalah daripada Surah Al-Baqarah ayat 60.
Cara-cara mengamalnya :
- Berdoa :
- "Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susu anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. Amin".
- Baca Salawat ke atas nabi dan Bismillah sebelum menyusu atau mengepam
- Baca surah Al-Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umur 2 tahun. InsyaAllah...
4. Masalah hormon dan kesihatan
Jika ibu-ibu mengalami masalah kesihatan, seperti demam, selsema atau sebagainya perkara ini juga boleh menjadi faktor susu merudum.
Oleh yang sedemikian, segeralah dapatkan rawatan doktor bagi memastikan kesihatan ibu-ibu sentiasa berada di dalam keadaan baik.
Selain itu juga, adalah menjadi perkara biasa susu merudum ketika ibu-ibu datang haid. Keadaan ini berlaku kerana keadaan hormon di dalam badan kurang stabil.
5. Pengambilan pil perancang
Sesetengah pil perancang akan memusnahkan vitamin B didalam badan.
Vitamin B adalah sumber vitamin yang sangat penting dalam penghasilan susu.
Oleh yang sedemikian, ibu-ibu yang ingin mengambil pil perancang perlu memastikan kandungan pil tersebut sesuai bagi ibu yang sedang menyusukan.
6. Tidak cukup rehat
Apabila badan tidak cukup rehat, automatically susu akan merudum. Oleh itu, ibu-ibu perlu bijak mengurus masa bagi memastikan badan mendapat rehat yang cukup.
7. Pemakanan yang tidak seimbang
Sesudah habis sahaja tempoh berpantang selepas bersalin, kebanyakkan ibu-ibu tidak lagi mengendahkan cara pemakanan yang diambil setiap hari.
Hal ini sebenarnya secara langsung memberi kesan terhadap susu merudum.
Ibu yang masih menyusukan baby seharusnya pengambil makanan yang seimbang dari segi karbohidrat, protien, garam mineral dan serat disamping pengambilan air yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Minuman yang bergas, berkafien dan berais seharusnya dielakkan kerana ia boleh menjadi sebab kepada susu merudum.
8. Teknik mengepam yang salah atau tidak cekap
Teknik mengepam yang betul perlu dipelajari oleh ibu-ibu bagi mengelakkan kantung susu tidak dikosongkan dengan betul semasa sesi mengepam dijalankan.
Teknik marmet (perahan menggunakan tangan) adalah jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.
Sebenarnnya rangsangan skin to skin dapat membantu dalam penghasilan susu yang lebih banyak disamping dapat memastikan kantung susu dikosongkan dengan betul selepas dipam atau diperah.
9. Pengambilan pil antibiotik
Bagi ibu yang sedang menyusukan, jika boleh elaklah dari pengambilan pil antibiotik. Cuba gantikan pil antibiotik tersebut dengan sumber-sumber semulajadi seperti vitamin C atau pengambilan extract garlic.
Actually semua senarai diatas adalah sebahagian sahaja punca-punca atau faktor susu merudum. Banyak lagi faktor lain yang boleh mengakibatkan susu merudum bergantung kepada individu.
Jika ibu-ibu telah mengenalpasti punca susu merudum, berusahalah bagi mengatasi punca masalah tersebut disamping pengambilan makanan-makanan yang menjadi milk booster anda.
InsyaAllah, berkat usaha dan tawakal kita mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dalam menyusukan baby kita sehingga mereka mencapai usia 2 tahun...
Gambate ibu-ibu yang sedang menyusukan baby diluar sana!!!!!
Fuh, perkongsian yang sangat menarik. terima kasih. Moga Allah redha. :)
ReplyDeleteYela dear. Pola anak saya menyusu pon ikut suka dia. Tapi memang perasan rajin mengepam insyaAllah susu tu keluar juga. Anak skrg dah 18 bulan.
ReplyDeleteHi , sangat bagus ye share info mcm ni sbb baru saya tahu yg stress ni salah satu punca susu merudum.. kesian saya dgr org cerita yg susu dia merudum , susah nak menyusu baby sbb susu tak keluar.. ada org recommend juga guna Pump It Breastfeeding Survival Kit , 1 set ada 3 jenis dalam tu.. ingaktn supplement rupanya sapu2 jee.. Alhamdulilah , boleh cuba nnti :)
ReplyDelete