Tuesday 2 April 2013

Al-fatihah

Sebelum ini aku ade mengikuti blog Warkah Buat Isteri yang dibuat oleh En Abil Fikri buat isterinya yang tercinta Puan Fauziah.

Sungguh hebat dan besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh En Abil Fikri dalam menjaga isteri kesayangan beliau yang terlantar akibat kerosakan saraf otak sejak tahun 2011.

Hari ini, melalui facebook Dana Sinar Fauziah , En Abil Fikri telah memaklumkan bahawa isteri tercinta telah pun pergi mengadap Ilahi lebih kurang 2 jam yang lalu.

Semoga roh Puan Fauziah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.....

1 comment: