Wednesday 24 April 2013

Sambal Kering Ikan Bilis...

Morning semua....

Actually nama masakan kat atas tue aku pakai hantam jer letak....

Tapi sambal nie memang favorite aku dari zaman dulu lagi.

Sangat mudah, tahan lama dan versatile gitue....

Naper aku kate versatile sebabnye sambal nie bukan sahaja boleh dimakan terus dengan nasi panas, tapi juga boleh dijadikan rencah untuk membuat nasi goreng kampung segera.

Selain itu juga, sambal nie boleh juga dimakan bersama-sama dengan roti...

Syiok kan!!!... Jiom kite tengok aper bahan-bahan yang diperlukan dan camner sambal nie aku buat....

Bahan-bahan :

  • *Ikan bilis
  • *Bawang besar/bawang merah
  • *Bawang putih
  • *Cili padi
  • Jus limau kasturi/air asam jawa 



Cara membuatnya :

Tumbuk bahan bertanda * sehingga lumat.


Kemudian masukkan sedikit minyak masak dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat tadi sehingga garing.

Sila abaikan warna kuali aku yang menawan tue...kuali tue dan berkhidmat 8 tahun kottt... Ko ado????

Letakkan garam sekucup rasa dan masukkan jus limau kasturi atau air asam jawa.

Kacau sehingga sambal tadi betul-betul kering dan bolehlah dihidangkan.


Oleh kerana sambal ini kering maka ianya tahan lama untuk disimpan.

So kalo tiba-tiba rase teringin nak makan nasi goreng kampung, bolehlah korang ambik sedikit sambal ini dan gorengkan bersama nasi dan sayur.

Selamat mencuba~~~






4 comments:

  1. wahhh...makan gan nasi panas 2 sodap sgt dh 2...mau 2,3 kali tambah nasi...hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang manyak syiok oooo.....pastu kalo travel pegi mane2 nak bawak bekal pon senang....

      Delete
  2. OK ni pun nak cuba jg.. gud idea!:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan...pasni bley hantar nasi goreng kampung ke rumah mertua...ekekekekeke

      Delete