Thursday 11 April 2013

Kehebatan Susu Ibu

Sebenarnya aku amat sedih bila melihat baby yang baru lahir terus diperkenalkan dengan susu formula...

Tau tak korang sebenarnya susu ibu adalah cecair yang sangat powerful!!!

Allah memberi keistimewaan kepada ibu-ibu yang baru lepas bersalin dengan penghasilan susu ibu.

So ibu-ibu diluar sana, jangan lah kita mensia-siakan kurniaan Allah kepada kite...
Hannah waktu 5 months young & exclusively breastfeeding


Jiom kite tengok sama-sama apakah kehebatan susu ibu nie pada baby.

Sistem Imunisasi
Sistem imunisasi yang sangat baik berikutan kandungan susu ibu yang mempunyai antibodi dan vaksin yang baik untuk baby. Ianya juga mengurangkan risiko kanser pada zaman kanak-kanak.

Tinggi IQ
 Sejenis kolestrol dan jenis lemak lain di dalam susu ibu membantu pertumbuhan tisu saraf.

Endokrin Sistem 
Mengurangkan kadar penyakit Diabetis.

Kulit
Kurang mendapat alahan pada kulit

Telinga
Kurang mendapat jangkitan telinga

Mata
Penglihatan lebih tajam

Mulut
Perkembangan otot muka lebih baik

Sendi dan Otot 
Kanak-kanak yang minum susu ibu kurang mendapat penyakit otot.

Tekak
Kanak-kanak yang minum susu ibu kurang mendapat Tonsillectomies

Lidah
Rasa susu ibu yang pelbagai membuatkan baby lebih menerima perlbagai jenis makanan apabila baby mula makan makanan pepejal nanti. Baby juga lebih seronok dengan rasa susu ibu yang pelbagai berbanding dengan susu formula yang mempunyai rasa yang sama sepanjang masa.

Saluran Kencing
Kurang mendapat jangkitan pada saluran kencing.

Usus
Kurang mendapat sembelit.

Jantung
Baby yang menyusu susu ibu mempunyai rendah kolestrol apabila dewasa kelak. Kadar degupan jantung juga lebih rendah pada baby yang menyusu susu ibu dan mengurangkan kadar serangan jantung.

Sistem Pernafasan
Bayi-bayi yang menyusui susu ibu kurang jangkitan pernafasan, kurang nafas berbunyi, kurang pneumonia dan kurang selsema.

Apendiks
Kanak-kanak yang membesar dengan susu ibu kurang mendapat apendiks zaman kanak-kanaknya.

Sistem Penghadaman
Kurang mendapat cirit-birit. Jika diberi susu ibu sehingga enam bulan atau lebih secara ekslusif, boleh mengurangkan risiko alergik kepada makanan. Juga boleh mengurangkan penyakit ulcerative colitis apabila dewasa kelak.

Buah Pinggang
Kandungan garam dan protein yang minimum membolehkan susu ibu lebih mudah dicerna oleh buah pinggang baby.

Banyakkan kelebihan susu ibu...

So aper lagi ibu-ibu, tanamkan azam anda untuk memberi yang terbaik untuk baby dengan memberikan mereka susu ibu secara ekslusif sehingga baby mencapai umur 6 bulan dan seterusnya sehingga mencapai usia 2 tahun. InsyaAllah....


p/s : Maksud memberikan susu ibu secara ekslusif adalah tidak memberikan apa-apa makanan atau minuman lain melainkan susu ibu sahaja kepada baby. Apabila baby mencapai usia 6 bulan, baby perlu diperkenalkan dengan makanan pepejal secara perlahan-lahan.       

No comments:

Post a Comment