Monday 8 April 2013

Hamzah Menang Hadiah!!!

Ikut plan asal Hamzah & Hadie nak ikut aunty diorang pegi ice skating kat Sunway sabtu pagi.

Skali on Friday Hamzah dah pass surat kat En Hubby yang menyatakan Hamzah telah berjaya menang Hadiah untuk aktiviti goreng dan derma yang pernah sekolah die anjurkan tak lama dulu.

Penyampaian hadiah plak dibuat on Saturday sempena mesyuarat PIBG sekolah.

Maka plan main ice skating terpaksa dibatalkan dan kami anak beranak pepagi dah sampai sekolah Hamzah.

Dari awal program goreng dan derma tue dibuat Hamzah dah bagitau kitorang yang ade hadiah pihak sekolah sediakan kalo sape dapat kumpul duit terbanyak. Antara hadiah yang di sediakan adalah basikal, mini tablet, control car, control motorbike dan hamper.

Hamzah plak punyer la excited kate ade control car and die nak dapatkan control car tue.

Kad gores dan derma tue plak En. Hubby pegang sampai la ke tarikh akhir letak kat office die jer. So kutipan yang En Hubby buat memang 100% dari kawan-kawan office die dan poket sendiri...

Ermmm...En Hubby lupa punyer pasal, tak kutip pon kat family yang lain. Kalo tak sure dapat lagi banyak!!!

Aper pon Hamzah telah berjaya dapat kutipan ke tujuh terbanyak and the best part is Hamzah berjaya dapatkan kereta control idaman hati die tue!!!

En Hubby plak, tak pepasal nama die dicalonkan menjadi AJK PIBG sekolah Hamzah. 

Nie gara-gara officemate die la yang dah jadi Timbalan YDP PIBG terus calonkan En Hubby untuk jadi AJK plak...


 










No comments:

Post a Comment