Wednesday, 20 March 2013

Tips diet paling mudah....

Untuk sesiapa yang nak tau tips diet yang paling mudah tanpa rasa berlapar jiom kite share kt sini.

Tips ni telah menjadi amalan aku dan En Hubby selama 3 bulan dan alhamdulillah aku berjaya turun 10kg dan En Hubby almost 15kg dalam tempoh itu.

1. Bilangan meal = breakfast (heavy), lunch (heavy or fruit or salad) & dinner (heavy or fruit or salad. Means kalo lunch dah makan heavy, dinner hanya makan fruits or salad jer... if possible salad jangan la letak mayo or thousand island. cukup sekadar olive oil, balsamic vinegar or lemon with honey sket then letak la honey siket..sedap korang!!!). Then kalo lunch just light then dinner boleh la heavy sket.

2. Portion meal = Untuk heavy meal make sure makan ikut portion. Cuba korang lengkungkan tapak tangan tue... haaaa...banyak tue la nasi atau karbohidrat yang perlu korang makan untuk 1 meal. Then protein plak... cube korang genggam tangan tue, sebesar penumbuk korang tue la protion untuk protein sekali makan. How about vegetables & fruits??? cuba tadah tangan macam baca doa... minimum portion untuk sayur atau buah sekali makan adalah sebanyak itu...

3. Amalan = minum sesudu jus lemon yang diperah tanpa air pagi sejurus bangun tidur. jus lemon tanpa air adalah bersifat alkali. Ini dapat membantu kita dalam membakar lemak badan. Disamping itu jangan lupa untuk minum segelas air suam sebelum tidur. Kerana ianya dapat membantu melancarkan lagi peredaran darah kita semasa tidur.


4. Do & don't semasa dan selepas makan = 
  • sebelum menyuap makanan di dalam mulut, baca doa makan jangan lupa...
  • suap jer makanan tue ikut la sunnah nabi dengan mengunyah makanan tersebut secara perlahan-lahan dan hancur betul baru telan. Proses ini sebenarnya membantu anda merasa kenikmatan mengunyah makanan tersebut dan secara tidak langsung membuatkan anda makan sedikit pon akan rasa kenyang.
  • jangan limpahi nasi anda dengan kuah. jika makan lauk berkuah macam kari ke, sup ke..pastikan anda hanya cedok lauk sahaja kedalam pinggan nasi tue. kuah if possible masukkan di dalam mangkuk dan di hirup berasingan. kenapa??? sebab bila kuah tue dituang ke atas nasi, automatically nasi akan mengembang dan portion nasi akan jadi banyak!!! so asingkan kuah untuk di hirup secara berasingan.
  • selepas atau sedang makan, elakkan dari minum minuman sejuk atau berais. Seelok-eloknya minum minuman yang panas. ini membantu lemak atau minyak yang kita makan tadi tidak terus bergumpal untuk diproses di dalam perut. 
 Rasenyer banyak dah tips-tips tue. Mudahkan untuk diamalkan. InsyaAllah semoga dengan amalan-amalan tersebut kita dapat mempertingkatkan kesihatan tubuh badan kita!!!

5 comments:

  1. wow.. thank ezan. support la aku diet skit. wahahahah next time jangan ajak aku makan luar tau. aku pantang diajak.

    ***kirk kirk kirk (bunyi cengkerik)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite tengok nanti sape ajak sape...muahahahahahaha

      Delete
  2. thanks for the tips..kebetulan saya mmg tgh on diet!!! amalan minum lemon without air tu akan saya cuba......

    ReplyDelete
  3. Sharing is caring...
    Caring is loving...

    ReplyDelete