Monday, 1 July 2013

Majlis Tahlil Dan Sambutan Ramadhan

Salam korang....

Diam tak diamlagi 8 hari lagi Ramadhan Al-Mubarak akan berkunjung tiba...

Camner persediaan korang untuk Ramadhan kali nie???

Aku so far Alhamdulillah puasa telah selamat diganti...then the boys (Hamzah & Hadie) dah tak sabar nak berpuasa.

Harapnya tahun ni dapat la kami sekeluarga berpuasa penuh seperti tahun sebelum nie...

Kalo nak diikutkan ini adalah tahun ke-3 Hamzah akan berpuasa, dan tahun kedua plak untuk Hadie.

Jazakallah buat ustazah-ustazah di tadika tahfiz diorang yang banyak membantu dalam memberi semangat untuk Hamzah & Hadie berpuasa penuh.

So far aku takde tips nak dikongsikan bagi mengajar anak berpuasa penuh walaupum Hamzah start berpuasa penuh diusia 5 tahun dan Hadie mula berpuasa penuh diusia 4 tahun...

Rasenyer all credits aku bagi kepada ustazah-ustazah diorang la kot yang banyak memberi kata-kata semangat dan menceritakan kebaikan dan keistimewaan berpuasa di Ramadhan.

Semoga Allah permudahkan kami sekeluarga berpuasa pada tahun ini.

Bersempena Ramadhan yang akan berkunjung tiba, semalam kami sekeluarga telah mengadakan majlis tahlil di kampung arwah abah di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

Alhamdulillah, meriah sungguh majlis tersebut berjalan. Tapi di sebabkan aku yang sebok dengan Cik Kak Hannah tue lupa plak nak ambik gambar banyak-banyak sepanjang majlis.
Hannah with daddy dah berpeluh sakan kepanasan....
Pelbagai juadah yang telah dimasak oleh Ucu aku dan anak-anaknya. Ade sambal udang galah (cousin aku pancing sendiri kat sungai belakang rumah), ayam goreng rempah, rendang itik, gulai kawah daging (mak aku masak), ikan patin asam pedas (cousin aku pancing sendiri kat sungai belakang rumah), acar timun, paceri nenas, ulam-ulam, sambal belacan, budu....etc..memang penuh meja dengan lauk laaa... dan seperti tahun sebelum nie aku biasa la sponsor buah jer...ekekekekekekeke...
Mak & Noor (cousin aku) syiok melayan kepala ikan patin asam pedas
Bile dah kate kenduri buat kat kampung tue, memang penuh la rumah sampai ke luar... And the best part is, yang datang tue sebenarnya adalah seluruh kaum keluarga... Time tu la baru dapat berkenalan dan berkumpul dengan saudara-mara yang lain... 

Hamzah & Hadie plak memang enjoy la biler dapat balik kampung nie. Sebab diorang bebas berlari kesana kemari bersama sepupu-sepupunya yang lain... Btol ramai geng die skarang kat kampung tue....

Okla...aku sebenarnya hari nie pening-pening lalat sket...mungkin nie consider alahan aku mengandung kali nie...so take care semua..have a nice day!!!

2 comments:

  1. salam ramadhan buat ezan dan keluarga serta hannah yang cute;);)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you MamaTiaMia.... Salam Ramadhan to Mama TiaMia, Uwan, Tia, Mia & Family....

      Delete