Salam korang...
Syukur alhamdulillah finally hujan turun membasahi kebanyakan tempat di Malaysia.
Bangun pagi nie kat kawasan rumah aku terasa kesegaran udara pagi yang telah dirindui...
Tapi Hamzah & Hadie tetap ke sekolah memakai topeng muka sebab jerebu belum habis sepenuhnya lagi.
Well, hari ni aku nak mengimbau kembali tarikh 26/06/1996 yang memberi kesan yang amat mendalam dalam hidup aku selamanya.
Waktu tue aku baru baru berusia 15 tahun dan bakal menduduki peperiksaan PMR.
Dalam keadaan penat baru balik dari sekolah tiba-tiba telefon rumah berbunyi dan satu perkhabaran yang memang aku tak sangka diterima daripada abang ngah aku time tue....
Arwah abah telah pergi mengadap Ilahi buat selamanya... Sesungguhnya time tue diri aku memang belum bersedia untuk menghadapi situasi macam tue sebab aku tau arwah abah adalah seorang yang kuat. Lebih membuatkan aku terkilan masa tue sebab abah takde la berada dalam keadaan sakit yang tenat pun. Hanya ke hospital untuk membuat check-up dan rawatan lanjutan untuk penyakit darah tinggi beliau saje.
Namun Allah lebih menyayangi beliau dan kami sekeluarga perlu akur dengan ketentuan ajal dan maut yang telah Allah janjikan...
Bermula pada saat itu, mak adalah segalanya bagi kami. Die membesarkan kami 5 beradik yang masa tue masih lagi belajar.
Berkat doa dan kecekalan mak membesarkan dan mendidik kami semua seorang diri, alhamdulillah kesemua kami 5 beradik telah berjaya menggenggam segulung ijazah dan sekarang masing-masing telah mempunyai kerjaya tersendiri.
Hari ini 17 tahun berlalu, segala kenangan manis bersama arwah abah akan tetap tersemat dihatiku selamanya.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Mahmud bin Sider... Semoga abah tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Aminnn...
Sayu saya membacanya...semoga allahyarham abah awak dirahmati Allah.
ReplyDeleteSaya pun dah kehilangan insan yg dipanggil bapak sejak 4thn lalu..kerana kanser.
Terima kasih Ujie... Semoga arwah bapak awak pon dirahmati dan diberkati Allah...Aminn..
Delete