Wednesday 28 August 2013

Orange Cake


Salam korang...

Aku baru jer menyiapkan orange cake untuk En Hubby bawak ke jamuan raya office die...

Actually dah few times gak la aku buat orange cake nie sampai aku pon dah lupa mane sumber asal recipe nie since bahan-bahan dan cara membuatnya sangat mudah.

Walaupun esok En Hubby tak dapat menyambut jamuan raya office die esok sebab tetibe diarahkan untuk keluar mesyuarat di luar...Aku tetap buatkan jugak orange cake untuk En Hubby dropkan ke office die esok since die dah janji nak bawak cake for the jamuan.

Orange Cake


Bahan-bahannya :

3/4 cawan butter, dibiarkan pada suhu bilik
1 cawan gula caster
3 biji telur
1 sudu teh vanilla extract
1 sudu teh garam
3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh parutan kulit orange 
1 cawan perahssn jus orange

Cara membuatnya :

Pukul butter, gula caster dan vanilla extect sehingga kembang pada kelajuan sederhana.
Masukkan garam dan parutan kulit limau.
Masukkan telur sebiji demi sebiji berselang seli dengan tepung dan jus orange.
Kemudian bakar adunan tadi ke dalam oven yang telah dipanaskan selama 40 hingga 45 minit.
Apabila cake telah masak dan sejuk bolehlah ditabur dengan gula icing ataupun juga boleh di tuang dengan glaze icing sugar.


Senang kan?!?!?!....Alhamdulillah so far cake nie masih lagi menjadi kegemaran En Hubby.

So selamat mencuba!!!!

No comments:

Post a Comment