Wednesday, 28 August 2013

Bersama Tun Dr Mahathir, Pemimpin Kesayangan Rakyat Malaysia

Salam korang...

Aku baru jer masuk office hari nie...

Pagi tadi aku telah mendapat peluang untuk bersama-sama pemimpin kesayangan semua Tun Dr Mahathir.

Walaupun aku hadir sebagai delegate dari Royal Institution of Surveyor Malaysia, RISM (Building Surveyor Division), tapi aku tetap berasa bangga kerana buat pertama kali dalam hidup aku dapat bersua dan duduk bersama Tun Dr Mahathir.

Rombongan kami seramai 10 orang, memberi peluang untuk aku bercakap sendiri secara terus dengan Tun.

Wow!!! Bagi aku ini adalah peluang dan pengalaman yang amat berharga.

Walaupun Tun sudah berusia 85 tahun, namun he is very sharp person.

Aku sebut jer nama aku sekali terus sepanjang perbualan beliau ingat nama aku.

Wahhh...bangga plak rasa dalam diri ini.

Aper pon aku mohon kepada semua reader rumahbatamerah untuk mendoakan agar Tun Dr Mahathir terus diberikan kesihatan oleh Allah S.W.T.

Tidak dinafikan dari riak fizikal beliau nampak keuzuran yang sedang beliau alami...

Terserlah kegembiraan aku berjumpa pemimpin yang disegani

Delegates bersama Tun Dr Mahathir
Penyampaian cenderahati kepada Tun oleh Chairman RISM, BS Division
 

Orange Cake


Salam korang...

Aku baru jer menyiapkan orange cake untuk En Hubby bawak ke jamuan raya office die...

Actually dah few times gak la aku buat orange cake nie sampai aku pon dah lupa mane sumber asal recipe nie since bahan-bahan dan cara membuatnya sangat mudah.

Walaupun esok En Hubby tak dapat menyambut jamuan raya office die esok sebab tetibe diarahkan untuk keluar mesyuarat di luar...Aku tetap buatkan jugak orange cake untuk En Hubby dropkan ke office die esok since die dah janji nak bawak cake for the jamuan.

Orange Cake


Bahan-bahannya :

3/4 cawan butter, dibiarkan pada suhu bilik
1 cawan gula caster
3 biji telur
1 sudu teh vanilla extract
1 sudu teh garam
3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh parutan kulit orange 
1 cawan perahssn jus orange

Cara membuatnya :

Pukul butter, gula caster dan vanilla extect sehingga kembang pada kelajuan sederhana.
Masukkan garam dan parutan kulit limau.
Masukkan telur sebiji demi sebiji berselang seli dengan tepung dan jus orange.
Kemudian bakar adunan tadi ke dalam oven yang telah dipanaskan selama 40 hingga 45 minit.
Apabila cake telah masak dan sejuk bolehlah ditabur dengan gula icing ataupun juga boleh di tuang dengan glaze icing sugar.


Senang kan?!?!?!....Alhamdulillah so far cake nie masih lagi menjadi kegemaran En Hubby.

So selamat mencuba!!!!

Monday, 26 August 2013

Makan-makan Hujugn Minggu

Salam korang...

Camner weekend korang semalam???

Hope semua baik-baik belaka....

Bagi aku kat rumahbatamerah plak semalam ade la buat makan-makan siket jemput keluarga mertua, family friends, cousins En Hubby and jiran depan rumah.

Since menu yang dirancang pon simple jer mengenangkan mak buyung yang mudah keletihan dan kekurangan man-power maka semua preparation untuk makan-makan semalam kami sediakan dalam tempoh 4 jam in total...

Hebat tak kami??? Keluar rumah pergi pasaraya Giant pukul 12.30 tengah hari. Makan dulu kat Pak Li baru gerak beli bahan-bahan masakan....

Then singgah Jaya Grocer dan sampai rumah jam 2.30 petang.

Janji MIL pukul 4.30petang... So aku bersilat masak sorang-sorang kat dapur while En Hubby and the boys bersilap mengemas and menyediakan tempat BBQ.

Lucky menu yang aku pilih semalam adalah laksa sarawak mengenangkan pes laksa sarawak yang officemate aku bagi balik cuti raya haritue ade...

Maka takde la renyah mana kerja aku..meaning tak perlu nak menumis bagai laaaa...semua main potong-potong dan rebus-rebus jer...

About 4.30 MIL and jemputan pon sampai...perghhhh...nasib laksa sarawak dah masak...and aku terlupa nak buat the sambal belacan since belacan takde pon kat rumah...

Maka aku jemput dulu tetamu makan the laksa while aku kat dapur mengadun orange cake plak...

En Hubby kat luar the fire-up the BBQ pit... and luckily SIL ade bantu En Hubby ber BBQ.

To me & En Hubby makan-makan semalam consider berjaya gak la bila semua makanan almost finish dan tak banyak pembaziran berlaku...

Okla tuekan.... last tetamu kami adalah jiran depan rumah yang balik almost pukul 10 malam...

Perghhh...sambung mengemas dan mencuci pukul 11 malam Little Princess Hannah dah start menangis sebab mommy die buat tak tau jer kat die seharian....

So nak tak nak pukul 11 malam aku dan En Hubby telah di kerah oleh cik Hannah naik ke bilik...

Hannah selamat tido, mommy daddy yang tak bley tido sebab keletihan yang amat...

Pinggang aku usah cakap lagi laaaa...memang mengerang kesakitan malam tadi sampai ingat nak MC arinie...

Tapi mengenangkan ade program yang telah dirancang dipejabat yang tak boleh aku elakkan lagi maka aku menguatkan gak diri datang office hari ni...

Bayangkan harini aku meeting pagi sampai ke petang... perghhh....

Letih pon letih jugak tapi aku dan En Hubby berpuas hati dengan hasil air tangan kami semalam.

Mungkin terlalu banyak kelemahan yang boleh diperbaiki tapi bagi aku dengan En Hubby semalam yang penting kami dapat membuatkan semua tetamu tersenyum kekenyangan... satu nikmat buat kami tuan rumah... Alhamdulillah....

Since aku cakap awal tadi aku dan En Hubby bersilat semalam maka memang confirm la takde sekeping gambar pon kami snap....

Boringnyer blog aku sekarangkan dah sangat kurang gambarnyerrr....

InsyaAllah lepas nie aku kene tanam tekad untuk lebih rajin snap picture ok...

Okla korang aku nak kene gerak pick-up En Hubby and kids nie...

Until then....bubye semua....