Wednesday, 30 October 2013

Simple Beef Stew

Salam semua...

Harinie alhamdulillah sempat gak aku blik rumah and masakkan dinner for the kids...

Walaupun simple food but the Hafiizans love it...

Nie resepi yang mak aku suka masakkan dari aku kecik lagi...

Semua main campak-campak jer so memang takde exact amount for the bahan-bahan.




Simple Beef Stew


Bahan-bahannya :

*Daging
*Bawang besar
*Bawang putih
*Serai
*Tomato puree
*Sos tiram
*Kicap cair
*Lada hitam
*Garam secukup rasa
*Carrot
*Kentang
Tepung jagung

Cara membuatnya :

Rebus semua bahan bertanda * sehingga daging empuk dan masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Siap untuk dihidang dan boleh dimakan bersama roti atau nasi...


Selamat mencuba...

Tuesday, 22 October 2013

5 Makanan Untuk Mengurangkan Risiko Kanser Payudara

Sumber : Yahoo


21 Okt - Seperti yang kita sedia maklum, kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Pakar percaya gaya hidup yang berbeza dan tabiat makan tidak sihat merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembiakan sel kanser payudara terutama bagi wanita yang sudah menopaus.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda mula mengamalkan tabiat makan yang sihat bermula sekarang untuk mengurangkan risiko kanser payudara. Sempena dengan bulan mencegah kanser payudara, dibawah merupakan beberapa jenis makanan yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser ini.

Buahan dan sayur sayuran
Buah buahan merah (lobak, tomato) oren dan sayur – sayuran yang kaya dengan karotenoid boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 20 peratus. Karatenoid boleh didapati dalam tomato dan lobak merah.

Ikan & kacang
Menurut British Medical Journal, Asid lemak Omega 3 yang ditemui dalam ikan dapat meningkatkan sistem imunisasi seseorang dan juga melancarkan peredaran darah. Ia dapat mengurangkan risiko sebanyak 14 peratus . Asid lemak ini juga boleh ditemui dalam kacang seperti mentega kacang .

Buah beri
Strawberi dan rasberi mengandungi kandungan asid elagik yang tinggi. Asid elagik bukan sahaja membantu mengurangkan risiko mendapat kanser payudara, tetapi juga kanser kulit, pundi kencing dan paru – paru bermasalah.

Makanan yang mempunyai vitamin D
Vitamin D boleh didapati daripada kacang soya, badam atau susu. Makanan ini mempunyai kandungan Vitamin D yang tinggi.

Bijirin
Bijirin kaya dengan serat. Penyelidikan membuktikan bahawa dengan mengambil 10 gram bijirini sehari dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 7 peratus.

Monday, 21 October 2013

Smoked Salmon & Spinach Quiche Recipe...

Haaa.. puas dah menikmati gambar quiche aku????

Well semuanya telah selamat masuk perut kami semua...ekekekekeke...

Mulanya takot gak aku nak buat besar camnie sebab takot the Hafiizans taknak makan biler nampak all the spinach dalam the quiche.

Tapi biler aku sebut jer takde langsung rase sayur tue and mostly rase smoked salmon and cheese sahaja terus laju jer diorg makan.

Hamzah malam tu tak makan pon sebab dah tertido. Tapi since ade banyak left-over dinner tue aku simpan dalam fridge.

Bangun pagi terus kelaparan. Bayangkan 1/4 quiche tue Hamzah makan sorang. Then portion untuk daddy and aku punyer pon Hamzah sebat. Balance adik-adik die pon Hamzah habiskan. End up aku rase Hamzah makan almost 1/2 of the quiche.

Nasib ade stock frozen chicken pie dalam freezer so En Hubby breakfast makan chicken pie sebab 1/2 of the quiche habis lenyap pagi tue gak.

Jiom kite tengok recepi quiche yang sebenarnya sangat mudah.

Well aku tak ikut exactly mane-mane recepi sebenarnya. Ikut sedap tekak jer tau!!!

Smoked Salmon & Spinach Quiche 

Bahan-bahannya :

2 keping flexi pastry (aku pakai brand Kawanku)

1 kotak kecil thick cream
100 gram spinach (aku beli new zealand spinach yang dah ready washed)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 pack smoked salmon
1 cawan grated cheddar cheese
1/4 cawan parmesan cheese
5 biji telur
1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara membuatnya :

  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan masukkan daun spinach.
  2. Setelah daun spinach agak masak sedikit padamkan api dan ketepikan.
  3. Di dalam dulang pie masukkan kulit pastry.
  4. Campurkan thick cream dan telur.
  5. Kemudian masukkan spinch tadi, smoked salmon yang telah dicarik sedikit, 1/2 cawan cheddar cheese, 1/4 cawan parmesan cheese dan lada hitam kedalam campuran thick cream dan telur tadi.
  6. Gaul rata semua bahan tadi dan tuang kedalam dulang pie.
  7. Taburkan baki cheddar cheese keatas adunan dan bakar selama 45 minit.
  8. Setelah siap, bolehlah di hidangkan.

Selamat mencuba!!!!