Friday, 6 September 2013

Bila Anak Tak Suka Makan Ubat Batuk...

Salam korang,

Rasanyer topic nie agak biasa bagi ibu-ibu mempunyai anak yang berusia 10 tahun ke bawah kot...

Well masalah nie turut dihadapi oleh aku.

Everytime anak-anak mengalami masalah batuk up to the stage sampai termuntah punyer la susah nak pujuk diorang untuk makan ubat batuk especially yang diperolehi daripada clinic.

Sebab rasenyer agak pedas dan mengantukkan.

So biasanya biler the kids batuk aku akan sapukan tiger balm kat dada die depan dan belakang.


So far alhamdulillah agak membantu juga kaedah yang diajarkan oleh mak aku tue...

Selain daripada itu juga, mak aku galakkan makan jeli gamat jika batuk berterusan. Alhamdulillah kaedah nie pon sangat pantas melegakan batuk dan kahak.


Buat masa ini hanya satu jenis sahaja ubat batuk yang boleh diterima oleh anak-anak aku iaitu Ivy leaf extract.

Sebab ubat batuk yang nie agak manis rasanya seperti green tea pon ade.

Harapnyer dengan perkongsian ini dapat membantu korang dalam mengatasi masalah anak batuk.

Selamat mencuba!!!

Wednesday, 4 September 2013

Ron 97 pon Naik Harga...

Salam korang...

Baru dapat sms from the star yg Ron 97 jugak akan turut naik RM0.15/liter.

Macam aku cakap sebelum nie...semua ini adalah impak daripada kenaikan harga petrol global akibat dari krisis negara timur tengah.

Bukan kita di Malaysia jer menerima tempias daripada kenaikan petrol dunia...

Satu dunia turut merasakannya...

Tindakan terpaksa diambil oleh kerajaan agar tanggungan subsidi tidak meningkat naik kerana dana subsidi tersebut boleh salurkan untuk pembangunan negara dan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia...

Fikir-fikirkanlah..bertindak menggunakan akal fikiran yang cerdik, bukan mengikut nafsu sahaja...

Jika sekadar merungut dan complaint sahaja tidak akan membantu menyelesaikan masalah.

Jiom kite mulakan langkah penjimatan dan perbelanjaan secara bijak bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat dari hari ke hari....

Tuesday, 3 September 2013

Bila Petrol Naik Harga...

Salam korang...

Maka dengan rasminya hari ini petrol Ron 95 telah dinaikkan harga sebanyak RM0.20


Banyak sungguh rungutan dan comment aku baca dari kawan-kawan kat mukabuku tue...

Well bagi aku sebenarnya how you take it laaa....

Selama nie pon bekalan petrol Ron 95 di Malaysia rendah dari harga pasaran kerana mendapat subsidi daripada kerajaan.

So bila subsidi sebanyak RM0.20 ditarik balik oleh kerajaan terus semua rakyat merungut dan menyalahkan kerajaan...

Ermmm... well terus terang aku katekan seluruh rakyat Malaysia termasuk aku memang aku merasa sedikit bebanan petrol kereta yang digunakan harian untuk ke tempat kerja dengan kenaikan ini.

Tapi kalo dikaji semula dari sudut ekonomi global kenaikan harga petrol dunia sekarang memang tengah melonjak naik akibat daripada krisis yang sedang berlaku di Mesir dan beberapa negara timur tengah lain.

Adakah kerajaan mampu menanggung subsidi petrol yang semakin meningkat naik ini sedangkan sebagai negara yang sedang membangun lebih banyak dana perlu di salurkan bagi proses pembangunan.

Taknak komen banyak-banyak sangat sebab aku pasti ramai keyboard worrior yang rasa mereka lebih pandai daripada penganalisa ekonomi yang bertauliah diluar sana...

Tapi apa yang pasti aku dapat katakan, harga petrol global tidak pernah statik dan sentiasa meningkat terutama apabila berlaku krisis di negara-negara pengeluar minyak utama dunia.

Sampai bila negara kita mampu untuk menanggung subsidi petrol kepada rakyat jika harga petrol global terus melambung tinggi.

Aku jamin walau siapa pun memerintah Malaysia ini, tidak ada satu kerajaan pon yang berani memberi jaminan 100% yang mereka tidak akan mengurangkan harga subsidi petrol kepada rakyat apabila harga petrol global melonjak tinggi...

Sama-samalah kita menggunakan akal fikiran untuk mengkaji fakta semasa....

Well ini adalah pendapat aku sahaja...terpulang pada korang nak terima atau tidak...

Jangan marah yerr...nanti kene jual RM0.20 baru tau!!!..Haippp!!!!