Friday 14 June 2013

Be Alert!!!

Salam Jumaat semua...

Perghhhh....minggu nie aku terasa amat la cepat masa berlalu...esok hujung minggu kembali.

Well aku nak share sket kejadian yang berlaku sewaktu aku on the way ke office pagi tadi.

Kejadian nie berlaku di Highway Sg Besi menghala ke Pusat Bandar berhampiran susur ke Cheras.

Ada sebuah MyVi silver bernombor plat WWB XX56 yang dipandu oleh seorang wanita berbangsa melayu sedang memandu dihadapan kereta aku.

Time tue keadaan jalan agak jam la gak..tapi depan MyVi tue kosong jer...bagi aku die adalah salah seorang pemandu yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di waktu pagi sebab memandu dalam keadaan yang amat perlahan walaupun tiada kereta lain dihadapan die...

Dari kejauhan aku dah sound En Hubby, "aper hal MyVi tue asyik terbreak-break jer sedangkan depan die kosong jer kottt..." tak lama lepas aku cakap camtue terus secara tiba-tiba MyVi tue emergency break sampai kereta di terhenti dan die meneruskan perjalanan seperti biasa tanpa melihat persekitaran beliau aper yang berlaku.

En Hubby yang dok kat belakang die time tue pon hon that MyVi sekuat mungkin kerana tindakan beliau tersebut telah menyebabkan sebuah motosikal yang berada di belakang MyVi tersebut terbabas sehingga melanggar divider gara-gara nak mengelakkan MyVi yang sesuka hati emergency break tue.

En Hubby yang berada dalam keadaan geram terus over-take that MyVi dan tunjuk arah belakang beliau dengan harapan die pandang la ke belakang tengok hasil tindakan beliau. Yerlaa...sian giler orang motor tue samapi jatuh terlanggar divider gara-gara mengelak MyVi tue..

Then minah dalam MyVi tue selamber jer jalan tanpa perasaan or menoleh ke belakang!!!!

Arghhh...aku plak yang stress dengan minah yang sangat tidak alert dan self-fish tue!!!!!

Kalo korang ade kenal mane-mane kawan perempuan yang pakai kereta MyVi berwarna silver dan bernombor plat lebih kurang macam aku cakapkan tadi...sila la sampaikan pada beliau agar lebih berhati-hati ketika memandu.

Actually aku syak yang perempuan tue mungkin bz with her smart phone...

Well, aku memang tak pakai smart phone tapi aku perhatikan zaman sekarang dengan wujudnya smart phone nie sgt tidak sesuai digunakan ketika memandu... yer laa..sket-sket nak ber wassup laa...sket-sket nak check fb la...tgh driving tue!!!

Tolong la wahai rakan sekalian, utamakan keselamatan dijalan raya.... jangan fikirkan keselamatan anda sahaja...ingat juga keselamatan orang lain gak....

No comments:

Post a Comment