Monday 29 April 2013

IKAN MASAK KICAP YANG SANGAT SIMPLE

Salam Isnin buat semua...

Amacam weekend??? Well dalam otak aku pagi nie plak tetibe terngiang-ngiang lagu nie...

Hariku
Harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah
Jika dirimu sentiasa
Di sisiku sayangku
Berikanku hanya satu
Hanya satu
Lagu
Hariku
Harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan suaramu divaku


Well, aku dengan En Hubby suka sangat lagu nie and kami dedicate kan lagu nie khas buat our little princess Hannah Hafiizan....



Orait...stop layan jiwang kejap. Hopefully cik kak kecik nie akan membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia & akhirat. Termasuklah lagi 2 Hafiizan tue, Hamzah Hafiizan & Hadie Hafiizan, mommy daddy sentiasa mendoakan semoga kalian semua menjadi anak-anak yang soleh dan berjaya di dunia & akhirat... Aminn Ya Allah...

Ok nie aku nak share sket resepi ikan kicap yang aku rasa agak simple dan sesuai disediakan untuk anak-anak kite.

Jiom kite semak aper bahan-bahan yang aku gunakan...

  • Ikan bawal/tenggiri or any ikan yang ada dalam fridge korang tue
  • Sebiji Bawang besar
  • 3 ulas Bawang putih
  • 8cm Halia (aku memang suka letak banyak-banyak)
  • 1 biji capsicum merah/kuning/hijau (aku letak 1 biji capsicum kuning & 1 biji capsicum merah)
  • 3 biji cili api (untuk sesiapa yang suka pedas, tapi aku tak letak since anak-anak aku semua tak makan pedas)
  • 2 biji tomato (since tomato besar aku takde stok dalam fridge, aku pakai cherry tomato
  • Kicap cair
  • Kicap manis
  • Serbuk kunyit dan garam untuk menggoreng ikan
  • Minyak masak
 Cara membuatnya :

  • Ikan dilumur dengan garam dan kunyit, kemudian di goreng garing
  • Kemudian, kurangkan sedikit minyak goreng ikan tadi dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing (make sure halia tue garing baru sedap!)
  • Setelah itu masukkan kicap cair dan kecap manis.
  • Kacau sebentar dan masukkan capsicum, tomato dan cili api jika digunakan.
  • Masukkan semula ikan yang telah digoreng tadi dan di gaul rata.
  • Tutup api dan bolehlak dihidangkan...


Mudahkan??? Sebenarnya untuk menyediakan masakan di rumah tidaklah susah jika kita tau basic kepada masakan tersebut.

Lagipun bagi aku walaupun makanan yang kita sediakan tue amat simple, tapi yang paling penting adalah effort kita untuk menyediakan makanan kepada suami dan anak-anak kita especially untuk ibu-ibu yang bekerjaya macam aku nie...haaa...riak plak dah makcik nie... Ya ampun!!! takde niat pon wei!!!

5 comments:

  1. http://www.theweeklypay.com/index.php?share=345786

    ReplyDelete
  2. Nampak mcm cdap je tu..hehe..simple je kan..

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas resepi yang sangat simple..tak sabar nak cuba balik ni.. :)

    ReplyDelete
  4. Sy zara, 19 tahun tgh bljar mask sndiri. At least sy kena pandai masak makanan yg basic mcm ikan kicap ni, tapi 1 sy tak tau. Capsicum merah tu apa ? Ad gambar x ?mana nak cari benda camtu ye ?

    ReplyDelete