Salam korang...
dah Jumaat baru aku teringat nak buat entry ek!!!
Sian blog aku nie..sorry la semenjak semakin sarat nie mood nak ber blogging makin ke laut...
Tambahan lagi plak keje kat office sekarang nie makin melambak... mentang-mentang lepas nie aku nak cuti 3 bulan....
Ok, this is some info untuk sesiapa berminat dan menantikan kehadirannya...
Terry Fox Run!!!!.. Acara tahunan yang memang kami sekeluarga nantikan...
For the time being tak pernah lagi kami miss mendaftarkan diri join larian nie...
Actually macam aku nie tak lari pon...just jalan tolak troller anak jer...
Tahun nie agak lewat siket diorang buat, iaitu pada 1 Disember 2013 di Taman Tasik Titiwangsa.
Kalo diikutkan tahun-tahun sebelum nie biasanya acara nie diadakan dalam bulan November.
Tapi tak kisah la penting tahun nie acara ini tetap diteruskan.
Terry Fox Run nie sebenarnyer hanyalah fun run untuk mengutip dana Terry Fox Foundation bagi membantu pesakit cancer seluruh dunia.
Terry Fox nie sebenarnya adalah seorang Canadian yang pernah menghidapi penyakit kanser tulang.
Mungkin kalo korang berminat nak tau lebih lanjut pasal Terry Fox and Terry Fox Foundation boleh la lawati laman web nie.
So bagi sesiapa yang join the Terry Fox Run 1 Disember nanti, nampak sorang mak buyung terhegeh-hegeh jalan menolak stroller anak dara die tue...tegur-tegur la yer....
No comments:
Post a Comment