Tuesday 3 September 2013

Bila Petrol Naik Harga...

Salam korang...

Maka dengan rasminya hari ini petrol Ron 95 telah dinaikkan harga sebanyak RM0.20


Banyak sungguh rungutan dan comment aku baca dari kawan-kawan kat mukabuku tue...

Well bagi aku sebenarnya how you take it laaa....

Selama nie pon bekalan petrol Ron 95 di Malaysia rendah dari harga pasaran kerana mendapat subsidi daripada kerajaan.

So bila subsidi sebanyak RM0.20 ditarik balik oleh kerajaan terus semua rakyat merungut dan menyalahkan kerajaan...

Ermmm... well terus terang aku katekan seluruh rakyat Malaysia termasuk aku memang aku merasa sedikit bebanan petrol kereta yang digunakan harian untuk ke tempat kerja dengan kenaikan ini.

Tapi kalo dikaji semula dari sudut ekonomi global kenaikan harga petrol dunia sekarang memang tengah melonjak naik akibat daripada krisis yang sedang berlaku di Mesir dan beberapa negara timur tengah lain.

Adakah kerajaan mampu menanggung subsidi petrol yang semakin meningkat naik ini sedangkan sebagai negara yang sedang membangun lebih banyak dana perlu di salurkan bagi proses pembangunan.

Taknak komen banyak-banyak sangat sebab aku pasti ramai keyboard worrior yang rasa mereka lebih pandai daripada penganalisa ekonomi yang bertauliah diluar sana...

Tapi apa yang pasti aku dapat katakan, harga petrol global tidak pernah statik dan sentiasa meningkat terutama apabila berlaku krisis di negara-negara pengeluar minyak utama dunia.

Sampai bila negara kita mampu untuk menanggung subsidi petrol kepada rakyat jika harga petrol global terus melambung tinggi.

Aku jamin walau siapa pun memerintah Malaysia ini, tidak ada satu kerajaan pon yang berani memberi jaminan 100% yang mereka tidak akan mengurangkan harga subsidi petrol kepada rakyat apabila harga petrol global melonjak tinggi...

Sama-samalah kita menggunakan akal fikiran untuk mengkaji fakta semasa....

Well ini adalah pendapat aku sahaja...terpulang pada korang nak terima atau tidak...

Jangan marah yerr...nanti kene jual RM0.20 baru tau!!!..Haippp!!!!

No comments:

Post a Comment