Thursday 8 August 2013

27, 28 & 29 Ramadhan & Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Salam semua...

Sebelum aku memulakan bicara, aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin kepada semua reader rumahbatamerah.

Aku rasa Ramadhan tahun nie sangat cepat berlalu tanpa aku sedari...

Semoga Allah akan memberi peluang kapada aku & keluarga untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan pula....

27 & 28 Ramadhan aritue aku berbuka di rumah MIL.

Wahhh...nenek dah start buat preparation for menyambut Syawal time tue...

So rumah MIL dah start meriah dengan suasana menyambut 1 Syawal.

Malam 28 Ramadhan, nenek dah start operasi menganyam ketupat.

Alhamdulillah dapat gak aku tolong nenek menganyam ketupat sedikit waktu dok tunggu waktu balik kat office hari rabu haritu...

Officemate aku terkejut gak tengok bakat terpendam aku menganyam ketupat...ekkekekeke...(kembang kejap aku...)

Then 29 Ramadhan aku decided untuk memulakan cuti sempena hari raya...

Plan asal nak pegi rumah mak awal pagi sebab nak tlong die anyam ketupat dan basuh ayam..

Sekali celik mate tengok jam dah dekat pukul 9.00 pagi daaaa...

En Hubby pon dah selamat hampir sampai ke office..

Aper lagi terus bersilat la aku siapkan the Hafiizans untuk dibawa bersama ke rumah mak aku....

Risau gak sebab aku dah terjanji dengan mak nak tolong die masak tahun nie...

Sampai jer depan pintu rumah mak lega hati aku biler tengok nenek and adik aku baru nak start menganyam ketupat.

SIL aku plak volunteer cuci ayam pagi tue and bantu mak masak kuah kacang...

So aku mulakan operasi aku dengan membantu nenek dan adik aku anyam ketupat while the Hafiizans syiok bermain bersama cousin-cousin die...

Operasi merebus ketupat bermula jam 2.30 petang... 

Sementara menunggu ketupat masak direbus kami memulakan operasi merendang daging plak....

Pukul 5 petang aku rushing balik rumah since En Hubby dah sampai dirumah and die takde kunci nak masuk rumah..uhuhuhuhuhu

Mungkin disebabkan keadaan aku tengah berbadan dua nie membuatkan aku agak mudah letih....

Sampai jer rumah terus join the Hafiizans tidur....

Sedar-sedar dah pukul 6.45 petang and again aku bersilat menyiapkan the Hafiizans untuk berbuka di rumah mak seterusnya pergi beraya di rumah MIL.

On the way ke rumah mak & MIL malam nie Hamzah tak habis-habis request daddy die pasangkan lau balik kampung...

Sian anak-anak aku sebab perjalanan balik kampung diorang adalah setakat Shah Alam - Klang Sentral & Shah Alam - Damansara jer...

Ape pon the Hafiizans was so excited malam nie menyambut ketibaan Syawal especially Hamzah yang telah berjaya 3 tahun berturut-turut berpuasa penuh, while Hadie pon tetap aku bagi credit walaupun tahun nie die kurang sehari berpuasa Ramadhan kerana demam panas & cirit-birit hari tue. Kalau nak dibandingkan tahun lepas Hadie berjaya juga berpuasa sebulan...

As a mother, I'm so proud with them cause pada usia semuda Hamzah, 7 tahun dan Hadie, 5 tahun bersemangat untuk berpuasa penuh di bulan Ramdhan....

Semoga Allah mengekalkan semangat mereka itu sampai bila-bila...Amin Ya Allah...

Tema kami anak beranak malam nie adalah beraya di China since masing-masing pakai baju yang MIL belikan semasa die pergi ke Xian few months ago...

Unfortunately sekeping gambar pon aku tak ambik memandangkan camera aku yang ada dalam handbag tertinggal di rumah MIL malam semalam...

Pastu plak bila dah kate beraya tue surely la masa dipenuhi bersama keluarga tersayang... so no time bergambar-gambar nie....

Okla korang dah tengah malam nie... aku nak kene tidur sebab esok nak kejutkan the boys untuk pegi solat raya....

Akhir kata daripada aku....



No comments:

Post a Comment