Rasenyer sebelum nie aku pernah bagitau yang Alhamdulillah kesemua anak-anak aku fully breastfeed sampai usia mereka 2 tahun...
Waktu anak yang sulung tue ikutkan time tue aku memang takde dapat bantuan daripada sesiapa.
100% breastfeed Hamzah atas kesedaran sendiri.
Yelaaa...time tue aku baru berusia 24 tahun dan aku adalah orang yang pertama sekali kawen dikalangan kawan-kawan aku diusia 23 tahun...
Then terkena pulak time tue aku tak bekerja dan menjadi full time housewife di bumi Netherlands, maka takde alasan untuk aku tak fully breastfeed Hamzah time tue kan...
Time Hadie pulak aku dah selamat pulang ke tanahair for good dan memulakan tugas sebagai kakitangan awam.
Kelahiran Hadie agak unik coz Hadie lahir di subuh hari yang sepatutnya aku melapor diri kerja.
End-up En. Hubby yang tolong laporkan diri bagi pihak aku di kementerian.
So dapat la aku cuti bersalin, bergaji penuh selama 60hari...rezeki-rezeki.
Ingat lagi masa aku mula-mula masuk kerja di pejabat nie, ada seorang Hamba Allah yang suci hatinya yang banyak memberikan aku kata-kata semangat untuk meneruskan perjuangan breastfeed nie...
Sahabat aku Anis Fuad telah banyak memperkenalkan aku dengan forum-forum dan artikel-artikel berkaitan breastfeeding. Beliau juga turut mencoretkan perjalanan breastfeeding beliau di blog http://anisfuad79.blogspot.com/
Sehingga hari ini kami berdua masih lagi bertukar-tukar pendapat dan support each other on breastfeeding.
Disamping itu juga, kami berdua secara langsung atau tidak langsung telah memberi inspirasi kepada beberapa orang sahabat di office untuk fully breastfeed anak-anak mereka.
Boleh dikatakan kami berdua nie ala-ala breastfeeding consultant la kat office nie...
Takat dengar bunyi pump kami di bilik masing-masing tue rasenyer rakan-rakan office yang lain dah tau dah aper aktiviti yang sedang kami lakukan...
Sesungguhnya setiap titis air susu ibu itu banyak khasiatnya... Oleh itu jangan la kita membazir dengan nikmat yang Allah telah kurniakan....
malu i... hahaha
ReplyDelete